Mastitis atau dalam bahasa yang difahami puting susu ibu tersumbat adalah keradangan pada payu dara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ini akan membuat anda berasa seperti dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan ‘duktus tersumbat’ sebab anda akan terasa benjolan disebabkan susu yang bertakung dalam duktus payu dara.
Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah selsius dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. Jika anda mengalami mastitis, anda bukanlah keseorangan. Kira-kira seorang dalam 10 ibu yang menyusu badan akan dijangkiti dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti.
Mastitis selalunya disebabkan oleh ‘stasis susu’ yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu ‘mengundur ke belakang’ sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia dialirkan keluar. Selalunya ini kerana bayi anda tidak mampu mengosongkan payu dara anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi kurang tahu bagaimana melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah payu dara bengkak yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual. Ia juga mungkin berlaku jika berlaku trauma kepada payu dara, yang akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.
SEBAB-SEBAB PUTING SUSU TERSUMBAT
- Penyusuan pada lekapan yang salah.
- Payudara tak dikosongkan dengan baik.
- Penyusuan yang tidak kerap.
- Penggunaan corong pam yang tidak sesuai atau terlalu kecil dengan puting ibu.
- Pengunaan pam susu yang tidak sesuai dengan ibu.
- Oversupply atau susu terlalu banyak. Penghasilan susu sangat banyak sehingga menekan kawasan areola dan bahagian saluran susu.
- Jangkitan kulat. Kadangkala anda perasan ada lebih dari satu titik putih pada permukaan nipple yang menyebabkan lebih dari 1 saluran susu yang tersumbat. Ini diikuti dengan rasa sakit pada bahagian itu walaupun breast dah dikosongkan (baby dah menyusu, atau dah pump tapi masih sakit lagi).
CUBA INI JIKA PAYUDARA ANDA TERSUMBAT
- Jangan berhenti menyusu kerana ini akan memburukkan lagi mastitis. Jumpa doktor dengan segera. Doktor akan menasihatkan anda berjumpa kaunselor penyusuan atau memberikan anda antibiotik bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. Anda juga akan dinasihatkan supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat tahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada infeksi.
- Anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut, iaitu pastikan bayi anda melekap dengan baik pada payu dara anda dan dia menyusu dengan betul. Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik. Untuk memastikan payu dara yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik. Ada ibu mendapati pam payu dara dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.
- Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin. Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Parasetamol (Panadol) boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.
- Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika payudara anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda.
- Tidak perlu berhenti menyusu semasa menghidap mastitis. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis, walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau.
- Anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada payudara untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan. Ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan.
- Jika bayi anda tidak mengosongkan payudara yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam untuk mengosongkannya. Jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol.
- Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada payudara yang radang bengkak.
Sumber: Internet