Puting bayi atau pacifier boleh jadi penyelamat ketika perjalanan balik kampung, terutama bila si kecil mula meragam di tengah kesesakan jalan raya.
Perjalanan jauh, cuaca panas, dan suasana dalam kereta yang sempit boleh buat bayi rasa tidak selesa, lalu menangis tanpa henti. Dalam situasi macam ni, puting bayi dapat membantu menenangkan mereka dan memberi sedikit kelegaan kepada Mama Papa.
Namun, penting untuk memastikan penggunaannya selamat dan sesuai supaya ia benar-benar bermanfaat tanpa sebarang kesan negatif.
Jadi, sebelum Mama sediakan puting dalam bag si kecil untuk perjalanan balik raya nanti, jom kita lihat 10 pilihan puting bayi terbaik yang Mama boleh belikan supaya si kecil dapat menggunakannya dengan selesa.
Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Puting Bayi

Kelebihan Puting Bayi
- Menenangkan bayi – Gerakan menghisap secara semula jadi boleh membantu bayi merasa lebih tenang dan kurang menangis.
- Mengurangkan stres – Jika bayi perlu menjalani suntikan atau prosedur perubatan kecil, memberikan puting boleh membantu mereka menenangkan diri.
- Tidak menyebabkan masalah gigi jika digunakan dengan betul – Pakar mencadangkan penggunaan puting tidak melebihi usia 3 tahun, dan sebaiknya dihentikan sepenuhnya sebelum usia 6 tahun untuk mengelakkan kesan negatif terhadap pertumbuhan gigi.
- Mudah dihentikan – Berbanding tabiat menghisap jari, penggunaan puting lebih mudah dikawal kerana ibu bapa boleh mengambilnya daripada bayi pada waktu yang sesuai.
Kekurangan Puting Bayi
- Boleh menyebabkan masalah gigi jika digunakan terlalu lama – Jika bayi masih menggunakan puting selepas usia 3 hingga 6 tahun, ia boleh menyebabkan gigi menjadi tidak sejajar.
- Menyebabkan kebergantungan – Sesetengah bayi mungkin terlalu bergantung kepada puting dan sukar tidur tanpa menghisapnya.
- Boleh mengganggu penyusuan – Pakar menyarankan agar elakkan memberi puting kepada bayi yang masih dalam tempoh awal penyusuan, terutamanya sebelum mereka mencapai usia sebulan, kerana ia boleh mengganggu pembentukan rutin penyusuan yang baik.
10 Pilihan Puting Bayi Terbaik untuk Si Kecil Mama
1. Kuku Duckbill Orthodontic Pacifier

Kuku Duckbill Orthodontic Pacifier diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi yang tidak beracun, lembut, dan tahan lama.
Ia menggalakkan pernafasan melalui hidung secara semula jadi, sekali gus mengurangkan risiko bakteria masuk melalui mulut.
Direka khas untuk si kecil berusia enam bulan ke atas, ia memberikan keselesaan menenangkan dan memenuhi refleks hisapan.
Sesuai untuk menyokong perkembangan oral si kecil dengan sihat.
Harga: RM12.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Kuku Duckbill Orthodontic Pacifier
2. Haakaa Silicone Pacifier

Haakaa Silicone Pacifier direka menyerupai bentuk semula jadi payudara Mama, membantu pernafasan hidung yang selesa dan semula jadi.
Reka bentuknya yang lembut dan ergonomik menghalang pembentukan vakum serta tidak meninggalkan kesan pada wajah si kecil.
Diperbuat daripada silikon bebas BPA, PVC, dan phthalate, ia memenuhi piawaian FDA dan tidak mengandungi warna tiruan. Sesuai untuk si kecil berusia tiga bulan ke atas.
Puting ini ada dalam warna amber.
Harga: RM59.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Haakaa Silicone Pacifier – Amber
3. Chicco Physioforma Silicone Soother Soft Luxe

Reka bentuk inovatifnya dilengkapi lubang pengudaraan untuk meningkatkan aliran udara serta kemasan lembut yang menenangkan si kecil ketika tumbuh gigi.
Bentuk puting eksklusifnya membantu meletakkan lidah ke hadapan, menyokong saluran pernafasan terbuka dan pernafasan fisiologi.
Diperbuat daripada silikon yang bersih dan higienis, Chicco Physioforma Silicone Soother Soft Luxe menyokong perkembangan oral dan mudah disterilkan.
Sesuai untuk si kecil berusia dua hingga enam bulan, ada dalam warna hijau, kelabu, dan jingga.
Harga: RM28.70
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Chicco Physioforma Silicone Soother Soft Luxe
4. Puku Baby Pacifier Puku Petit

Puku Baby Pacifier Puku Petit sesuai untuk si kecil baru lahir. Puting ini bebas BPA dan memenuhi piawaian keselamatan US FDA.
Reka bentuk ortodontiknya menyokong perkembangan oral yang sihat.
Mudah dibersihkan dan disteril sebelum setiap penggunaan, ada dalam warna merah jambu serta menawarkan pilihan yang selamat dan menenangkan untuk si kecil.
Harga: RM12.60
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Puku Baby Pacifier Puku Petit
5. Simba 3D Thumb Shape Pacifier – Simba Patent

Simba 3D Thumb Shape Pacifier diperbuat daripada silikon gred makanan yang diimport dari Jepun dan diperakui selamat. Sesuai untuk si kecil berusia enam bulan ke atas.
Reka bentuk unik berbentuk ibu jari memastikan penjajaran gigi dan gusi yang betul, walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.
Dilengkapi dengan bekas penyimpanan untuk memastikan ia sentiasa bersih.
Harga: RM26.10
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Simba 3D Thumb Shape Pacifier – Simba Patent
6.UPIS Pacifier (Stage 1)

UPIS Pacifier (Stage 1) diperbuat daripada silikon lembut yang meniru sentuhan Mama, membantu si kecil berasa selamat secara emosi.
Ia menyokong perkembangan fungsi mulut dan menghalang tabiat menghisap jari.
Sesuai untuk si kecil yang menyusu formula atau susu Mama, ia memberikan kestabilan dan keselesaan pada mereka.
Harga: RM34.40
Dapatkan di: Motherhood.com.my – UPIS Pacifier (Stage 1)
7. Dr Brown’s Prevent Butterfly Shield Pacifier

Dr Brown’s Prevent Butterfly Shield Pacifier dilengkapi saluran udara bebas sedutan.
Puting ini mengurangkan tekanan di dalam mulut, sekali gus menurunkan risiko masalah gigi seperti gigitan silang (crossbite).
Reka bentuk batang yang nipis tidak mengganggu perkembangan oral, manakala mentol pelepas sedutan memberikan keselesaan maksimum.
Sesuai untuk si kecil berusia dua hingga 12 bulan, puting ini ada dalam warna merah jambu.
Harga: RM20.75
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Dr Brown’s Prevent Butterfly Shield Pacifier
8. Piyo Piyo Thumb Shape Pacifier (Orange)

Piyo Piyo Thumb Shape Pacifier direka khas untuk menyesuaikan dengan bibir si kecil.
Puting berbentuk ibu jari ini menggalakkan hisapan semula jadi dan senaman rahang untuk menguatkan gigi si kecil.
Dilengkapi dengan penutup lutsinar untuk kebersihan, serta diperbuat daripada bahan yang lembut, tidak berbau, dan tahan ubah bentuk.
Pilihan pacifier yang praktikal dan tahan lama.
Harga: RM16.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Piyo Piyo Thumb Shape Pacifier (Orange)
9. Sophie La Girafe 2 Silicone Pacifiers Set

Set ini mengandungi dua puting pacifier dengan reka bentuk comel Sophie la Girafe.
Puting fisiologi menyokong perkembangan semula jadi lelangit dan rahang, manakala lubang pengudaraan memastikan keselesaan maksimum kepada si kecil.
Pilihan yang menawan dan berfungsi untuk kesejahteraan si kecil.
Harga: RM59.90
Dapatan di: Motherhood.com.my – Sophie La Girafe 2 Silicone Pacifiers Set
10. [Little B House] Newborn Nipple Baby Cartoon Silicone Sleeping Soft Silicone Pacifier

Little B House Pacifier direka untuk menenangkan si kecil yang baru lahir dan membantu kestabilan emosi.
Diperbuat daripada silikon lembut yang tidak beracun, ia menyerupai puting Mama dan sesuai dengan lelangit si kecil dengan selesa.
Lehernya yang lebar memudahkan penggunaan serta merangsang perkembangan otak melalui pergerakan hisapan semula jadi.
Harga: RM6.20
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Little B House Newborn Nipple Baby Cartoon Silicone Sleeping Soft Silicone Pacifier
Perjalanan Balik Raya Mama dengan Puting Si Kecil Lebih Mudah

Perjalanan jauh balik kampung memang seronok, tapi kalau si manja mula merengek, boleh buat mama pening kepala! Nasib baik ada penyelamat kecil iaitu puting bayi!
Tapi ingat, Mama, kalau nak bagi puting, pastikan ia sentiasa bersih dan selamat digunakan, terutama bila travel jauh.
Kalau si kecil tak mahu, Mama jangan paksa tak semua sukakan puting, dan itu normal. Lagi satu, jangan sesekali sapu benda manis macam madu atau gula pada puting, sebab ia boleh jejaskan kesihatan gigi dan perut si kecil.
Dengan penggunaan yang betul, puting bayi boleh bantu tenangkan si kecil sepanjang perjalanan, kurangkan drama dalam kereta, dan buat balik raya Mama lebih lancar dan aman.
Jadi, jangan lupa bawa “penyelamat kecemasan” ni dalam bag mereka, ya! Selamat balik kampung Mama!
Shopping & Parenting Lebih Mudah dengan Motherhood Parenting SuperApp!

Mama Papa, tak perlu lagi bersusah payah mencari keperluan si kecil atau mendapatkan info keibubapaan, sebab semuanya ada dalam Motherhood Parenting SuperApp! Dengan satu aplikasi, segala urusan berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, dan perkembangan anak boleh diakses dengan mudah, cepat, dan selamat.
Apa yang Mama boleh dapat?
- Shopping mudah – Pelbagai produk keperluan Mama & anak dalam satu tempat
- Info & tips parenting – Artikel berguna untuk membantu perjalanan keibubapaan
- Promosi eksklusif – Nikmati tawaran istimewa dan harga lebih jimat
Semua ini boleh diakses di hujung jari! Tak kira di mana Mama berada, Motherhood Parenting SuperApp akan jadi teman setia yang membantu memudahkan perjalanan keibubapaan.
Muat turun sekarang dan rasai pengalaman membeli-belah serta mendapatkan info parenting dalam satu aplikasi yang direka khas untuk Mama Papa.
Mama boleh dapatkan produk-produk di atas di Motherhood.com.my dengan memuat turun aplikasi Motherhood SuperApp yang penuh dengan informasi kehamilan, keibubapaan, resepi dan banyak lagi!
Mama nak menyusukan si kecil dengan selesa dengan mudah? Klik di SINI.