KelabMama

Puting Baby @ Pacifier: 6 Perkara yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Foto Kredit: momwoot.com

Bagus ke tak kalau guna puting baby ni?

Mama ada berikan puting baby pada si manja Mama tak?

Sebenarnya masih terdapat banyak perdebatan mengenai penggunaan puting baby atau lebih dikenali sebagai pacifier.

Foto Kredit: sudocrem.co.uk

Keputusan untuk menggunakan puting bayi – atau tidak – terserah kepada ibu bapa itu sendiri. Ada sesetengah ibu bapa memberikan puting baby pada si manja sebagai ‘alat penenang’ selain botol susu.

Pertimbangkan apa yang harus dan tidak boleh dilakukan sebelum anda memberi bayi anda pacifier ini, dan bagaimana cara terbaik untuk membantunya membiasakan diri tetapi bukanlah sehingga menjadi satu rutin harian si manja.

Takut melarat penggunaannya sampai besar nanti.

Kebaikan Puting Baby Pada Si Manja

Menurut MayoClinic, bagi sesetengah bayi, penggunaan puting baby dapat memberi kepuasan kepada dirinya di antara sesi penyusuan.

Antara kelebihan pacifier pada bayi adalah:

Foto Kredit: thepostpartumparty.com

Kesan Memberi Puting Kosong Pada Bayi

Foto Kredit: Shutterstock

Apa Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu Sebelum Berikan Puting Bayi?

Foto Kredit: .front.xoedge.com

Sekiranya Mama memilih untuk memberi puting kepada bayi anda, ingatlah 6 perkara ini:

  1. Jangan gunakan puting baby sebagai benda pertama apabila anak meragam atau menangis. Kadang-kadang perubahan kedudukan anda yang mendukungnya atau semasa sesi membuai si manja dapat menenangkannya. Mama boleh cuba menawarkan puting untuk bayi anda hanya selepas atau di antara penyusuan.
  2. Jangan sesekali memaksa bayi anda untuk menggunakan puting baby. Mama boleh cuba untuk menawarkannya, tetapi biar dia sendiri yang memilih untuk menggunakan puting baby tersebut atau tidak.
  3. Pastikan ia SENTIASA bersih! Ini yang paling penting ya Mama! Mama harus kerap rendamkan puting tersebut dalam air panas sebagai proses sanitasi, terutamanya bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan. Untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, Mama boleh mencuci putingnya dengan sabun dan air.
  4. Jangan letakkan benda manis pada puting walaupun bayi anda sudah boleh makan solid foods.
  5. Pastikan ia selamat. Ganti puting baby dengan kerap dan gunakan ukuran yang sesuai dengan usia bayi anda. Selalu periksa tanda-tanda puting itu sudah rosak atau tidak elok untuk digunakan lagi.
  6. Berhati-hati dengan klip pacifier tersebut. Pastikan talinya tidak terlalu panjang sehingga boleh membelit lehernya atau membahayakan si manja.
Foto Kredit: todaysparent.com

Tidak menjadi masalah untuk Mama berikan pacifier pada si manja, namun, Mama harus tahu bahawa semakin meningkat usianya, risiko penggunaannya adalah lebih merisaukan berbanding faedahnya.

Sebab tu penting untuk Mama berikan pacifier yang sesuai mengikut usianya.

Ada anak-anak sudah boleh berhenti menggunakan pacifier apabila mencecah usia 2 ke 4 tahun. Mama jangan lupa untuk berikan kata-kata semangat apabila si manja tidak lagi ingin menggunakan pacifier ya!

Sekiranya sukar untuk anak anda ‘meninggalkan’ puting baby tersebut, Mama boleh mendapatkan nasihat pakar untuk membantu anda.

Semoga bermanfaat untuk mama!