KelabMama

Pusat Perubatan Mahkota Tawar Teknologi HIFU untuk Rawatan Tidak Invasif Fibroid dan Adenomiosis

Pusat Perubatan Mahkota telah menjadi hospital yang pertama sekali di negara ini untuk memperkenalkan teknologi Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU) untuk rawatan fibroid dan adenomiosis.

Dengan teknologi HIFU, hospital itu mampu mengubah landskap rawatan wanita di seluruh negara. HIFU merupakan satu rawatan yang tidak invasif, canggih, terbukti dengan keputusan klinikal positif sementara mengekalkan kesuburan wanita.

Mesin High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) yang digunakan di Pusat Perubatan Mahkota.

Apakah Fibroid rahim dan Adenomiosis?

Fibroid rahim dan adenomiosis merupakan dua ketumbuhan ginekologi jinak yang biasa memudaratkan kualiti hidup wanita dalam tahun kesuburan wanita.

Walaupun kedua-dua ketumbuhan ini terjadi di dalam rahim, namun mereka adalah masalah ginekologi yang berbeza.

Fibroid merupakan ketumbuhan otot jinak yang tumbuh pada dinding rahim, sedangkan adenomiosis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim (endometrium) dijumpai di dinding otot rahim (miometrium).

Fibroid rahim dan adenomiosis boleh menyebabkan gejala seperti pendarahan haid yang berat dan menyakitkan, ketidakselesaan pada bahagian perut bawah, sakit belakang, sensasi kenyang atau tekanan di kawasan pelvis, kembung, dan sakit semasa hubungan seks.

Rawatan untuk Fibroid rahim dan Adenomiosis

Rawatan biasa untuk fibroid dan adenomiosis adalah histerektomi dan penyingkiran adenomiosis (adenomiomektomi). Kebanyakan wanita enggan menjalankan histerektomi.

Miomektomi dan adenomiomektomi boleh menyebabkan kesan sampingan semasa kehamilan.

Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi yang ditumpukan untuk memanaskan dan memusnahkan tisu yang disasarkan.

Dr. S. Selva menerangkan mengenai teknik rawatan HIFU.

Ia digunakan untuk merawat keadaan kesihatan seperti batu karang ginjal, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid jinak, penyakit prostat, ketumbuhan padat, dan juga dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, HIFU teknologi digunakan untuk merawati fibroid rahim dan adenomiosis.

HIFU teknologi menawarkan rawatan tidak invasif untuk penyingkiran (pengecutan) adenomioma dan ia merupakan satu alternatif untuk pembedahan pembuangan fibroid rahim.

Transduser ultrabunyi berkeamatan tinggi mengarahkan gelombang bunyi ke lokasi khas, menaikkan suhu tisu dari 60°C hingga 80°C, mengakibatkan nekrosis koagulatif tisu.

Dr. S. Selva menerangkan mekanisme rawatan HIFU.

HIFU dilakukan dengan bimbingan oleh Magnetic Resonance Imaging (MRgFUS) sebagai modaliti pengimejan atau Ultrabunyi (USgHIFU), yang menggunakan imbasan ultrabunyi sebagai modaliti pengimejan untuk menumpukan rawatan ke kawasan tersasar dalam tisu sambil mengelakkan kerosakan pada tisu yang lain.

Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS adalah:

Dr. S. Selva menerangkan faedah-faedah rawatan HIFU.

Oleh kerana HIFU menggunakan teknologi prosedur yang tidak invasif, pesakit tidak memerlukan ubat bius semasa prosedur dan bebas luka. Prosedur ini juga mempunyai kelebihan pada masa pemulihan jika dibandingkan dengan pembedahan seperti miomektomi atau histerektomi.

Wanita dengan keinginan untuk hamil mendapat banyak manfaat dari rawatan HIFU kerana prosedur ini dapat memusnahkan tisu berpenyakit dengan tepat, memelihara otot dan tisu rahim di sekitarnya.

Teknologi HIFU juga mengurangkan pembentukan parut pada dinding rahim, maka pengembangan rahim untuk menampung kandungan dan kontraksi semasa bersalin dapat dipertahankan (1,2,3,4).

Dr. S. Selva – Pakar Obstetrik & Ginekologi, dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Mahkota.

“Prosedur HIFU adalah pengubah keadaan kerana memberikan penyelesaian yang dapat mengurangkan ketakutan dan kesan kesuburan yang mungkin dihadapi pesakit dalam penyingkiran fibroid dan adenomiosis. Selain itu, teknologi canggih yang tidak invasif ini juga akan memberi manfaat kepada pesakit dengan tempoh pemulihan yang singkat, membolehkan mereka kembali ke rutin harian dalam masa yang singkat,” kata Dr. S. Selva, Pakar Obstetrik & Ginekologi, dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Mahkota.

Beliau menambah: “Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung antara 1 hingga 4 jam dan dalam kebanyakan kes, rawatan dapat dilakukan dalam satu sesi. Hanya pesakit dengan fibroid yang besar atau dalam bilangan yang besar memerlukan beberapa sesi. Perlu diberi penekanan ialah pesakit tidak akan mengalami pendarahan semasa prosedur, maka pemindahan darah tidak diperlukan. HIFU juga mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin timbul akibat pembedahan penyingkiran adenomioma atau fibroid rahim. Yang penting sekali, pesakit yang ingin hamil tidak perlu menunggu rahim sembuh sepenuhnya. Hubungan seksual boleh dijalankan setelah kitaran haid selepas prosedur. Kajian menunjukkan kehamilan berjaya dalam beberapa bulan selepas rawatan HIFU untuk fibroid sama ada melalui kehamilan semula jadi atau rawatan reproduktif berbantu.”

“Sebagai pusat perubatan yang mengutamakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi, kami berusaha meningkatkan hasil yang lebih baik demi kepentingan pesakit. Pengenalan perkhidmatan HIFU membawa kami selangkah lebih dekat dalam meningkatkan rawatan pesakit dengan hasil yang lebih baik. Kami berkomitmen untuk terus mengikuti tren terbaru dalam industri dengan membawa lebih banyak teknologi perubatan terkini untuk menawarkan rawatan yang terbaik kepada pesakit,” kata Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI.

Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI.

Rujukan:

  1. Pregnancy outcomes in patients with uterine fibroids treated with ultrasound-guided high-intensity focused ultrasound. Zou M, Chen L, Wu C, Hu C, Xiong Y. s.l. : BJOG, 2017, Vol. 3, pp. 30-35.
  2. Vaginal delivery outcomes of pregnancies following ultrasound-guided high-intensity focused ultrasound ablation treatment for uterine fibroids. Liu X, Xue L, Wang Y, Wang W, Tang J. 1, s.l. : Int J Hyperthermia, 2018, Vol. 35, pp. 510 – 517.
  3. Pregnancy outcomes in nulliparous women after ultrasound ablation of uterine fibroids: A single-central retrospective study. Shu LJ, Wang Yong, Chen J, Chen W. 3977, s.l. : Scientific Reports, 2017.
  4. Pregnancy and Natural Delivery Following Magnetic Resonance Imaging-Guided Focused Ultrasound Surgery of Uterine Myomas. Yoon SW, Kim KA, Kim SH, Ha DH, Lee C, Lee SY. 3, s.l. : Yonsei Med J, 2010, Vol. 51, pp. 451 – 453.

Mengenai Pusat Perubatan Mahkota

Ditubuhkan pada 1994, Pusat Perubatan Mahkota (Mahkota) merupakan salah satu hospital swasta tertier yang komprehensif di Selatan Malaysia. Hospital ini menawarkan perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan perubatan terkini. Hospital ini juga merupakan salah satu hospital paling komprehensif yang memfokuskan sub-kepakaran perubatan dengan kes pembedahan yang tinggi.

Dengan kapasiti 305-katil berlesen di dalam lapan wad serta seramai 120 pakar dari pelbagai disiplin, hospital ini juga disokong oleh pasukan pengurusan, doktor dan kakitangan.

Mahkota adalah destinasi pelancongan perubatan unggul di Malaysia dan merupakan anggota elit Malaysian Healthcare Travel Council yang melayani kira-kira 100,000 pesakit asing setiap tahun. Selain memperoleh akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) edisi ke-5, ia juga merupakan hospital swasta pertama di Melaka yang menerima akreditasi Joint Commission International (JCI).

Mahkota adalah hospital utama Health Management International Pte Ltd (HMI Group) dengan rekod prestasi lebih dari 25 tahun.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Mahkota sila layari http://www.mahkotamedical.com.