KelabMama

Fahami 5 Punca Sakit Tumit Yang Biasa Dialami di Kaki Kanan dan Kiri

Kaki menampung berat badan Mama semasa berjalan, berlari dan melompat. Sendi di bahagian tumit pula ialah tempat paling banyak menerima tekanan disebabkan aktiviti yang dilakukan. 

Terdapat 5 punca yang biasa dialami seseorang yang menderita sakit tumit. Dengan adanya maklumat ini, semoga kita boleh menjaga tumit kaki dengan lebih baik. 

Apa Maksud Sakit Tumit Kaki?

Kredit gambar: Root of Science

Tumit kaki berperanan menyokong seluruh berat badan semasa berjalan dan juga bertindak untuk menyerap tekanan ketika berjalan dan melompat. 

Boleh dikatakan sendi pada tumit kaki ialah yang paling penting dan tulang terbesar di antara 26 tulang kaki yang lain. 

Sakit tumit kaki ialah apabila terdapat benjolan tulang pada tulang tumit. Lebih tepat lagi di bahagian bawah tulang. 

Dalam istilah sains, sindrom benjolan tulang (heel spur syndrome) dipanggil sebagai plantar fasciitis. 

Rasa sakit tumit kaki akan lebih ketara apabila Mama mula bergerak dan menapak. Tekanan yang terkena pada bahagian tumit itu membuatkan rasa sakit. 

Ini kerana ketika Mama mula berjalan, kesan tekanan meningkat iaitu 1 ¼ kali ganda dari berat badan. Manakala ketika Mama berlari, tekanan terhadap tumit kaki berganda menjadi 2 ¾ daripada berat badan. 

5 Punca Sakit Tumit Yang Biasa Dialami

#1 Berat Badan Berlebihan

Berat badan berlebihan menjadi faktor utama yang membebankan tumit kaki. Tekanan yang terlalu besar pada kaki boleh menyebabkan pembengkakan dan radang pada tisu di sekitar tumit. 

Oleh itu, penting untuk menjaga berat badan yang sihat melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.

#2 Pemilihan Kasut Tak Sesuai

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Pemilihan kasut yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan sakit tumit kaki. Kasut yang terlalu sempit atau terlalu longgar mungkin tidak menyokong lengkungan kaki dengan betul lalu menyebabkan tekanan tambahan pada tumit.

Kita seharusnya memilih kasut yang sepadan dengan saiz kaki dan sesuai untuk aktiviti harian atau sukan yang ingin dilakukan.

#3 Kecederaan Tumit Kaki

Kredit gambar: Merdeka.com

Kecederaan tumit kaki dan terseliuh tumit juga merupakan punca umum sakit tumit. Aktiviti fizikal yang melibatkan lonjakan atau gerakan yang tiba-tiba boleh menyebabkan kecederaan pada tisu di sekitar tumit. 

Pastikan untuk sentiasa melakukan pemanasan sebelum melakukan aktiviti fizikal dan memakai kasut yang sesuai untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan tumit kaki.

#4 Sindrom Terowong Tarsal 

Kredit gambar: symmetryptmiami.com

Terdapat satu terowong di bahagian kaki yang menghubungkan saraf-saraf di anggota badan itu. Jika kawasan terowong itu terhimpit disebabkan komplikasi lain, maka tapak kaki juga turut mendapat kesan dan akhirnya mengakibatkan rasa sakit di bahagian tumit kaki. 

Kristal urat menjadi keras dan bergerak ke tempat yang sejuk pada kaki iaitu bahagian sendi kaki besar.

Mama akan perasan bahagian sendi kaki menjadi merah, agak timbul dan bengkak disusuli dengan sensasi panas. Kawasan yang terkesan ini akan menjadi super sensitive spot atau terlalu sensitif ketika disentuh. 

#5 Tumit Terseliuh

Kredit gambar: baltimoreperipheralnervepain.com

Tumit antara tempat yang sering mendapat impak ketika melakukan aktiviti sukan. Urat yang tidak cukup meregang mengakibatkan terseliuh di tumit kaki. 

Mama tak perlu bimbang kerana sakit tumit terseliuh ini boleh dipulihkan dan sembuh dalam masa kurang seminggu. 

Dapatkan penjagaan tumit kaki yang sepatutnya dan elakkan buat aktiviti lasak yang melibatkan tumit kaki. 

Kredit gambar: benchmarkpt.com

Sakit tumit kaki bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Kaki Mama mungkin telah mengalami banyak hentakan atau tekanan semasa melakukan aktiviti. 

Kenal pasti punca sakit tumit yang Mama biasa alami dan ambil langkah pencegahan agar kaki tetap terpelihara dan dalam keadaan baik. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Tingkatkan kualiti kesihatan melalui tips dan panduan kesihatan yang lain di SINI.