KelabMama

Kenapa Payudara Papa Besar? Kenali Punca “Man Boobs” atau Gynecomastia

Man Boobs atau payudara lelaki besar atau gynecomastia

Bukan Mama je ada masalah payudara ptosis, malah Papa juga turut menghadapi masalah Man Boobs atau gynecomastia. Mungkin pada awalnya Papa hanya menganggap lemak dada, tetapi sebenarnya ia adalah satu keadaan yang dipanggil ginekomastia.

Mesti Papa tertanya-tanya adakah ia normal dan boleh ke kembalikan semula bentuk payudara Papa kan. Jom baca perkongsian Mama Siti tentang ginekomastia.

Apa itu Gynecomastia?

Gynecomastia adalah keadaan di mana tisu payudara pada Papa membesar atau bengkak. Ini biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron dalam tubuh.

Peningkatan tahap estrogen atau penurunan tahap testosteron boleh merangsang perningkatan pertumbuhan tisu payudara pada Papa. Gynecomastia ini boleh menjejaskan satu atau kedua-dua payudara dan kadangkala tidak sekata.

Malah, ginekomastia juga mempunyai empat tahap yang menunjukkan keadaan payudara Papa semakin jatuh kebawah. Selain itu, ia juga menyebabkan Papa rasa sakit pada payudara Papa.

Untuk pengetahuan Papa, ginekomastia ini boleh terjadi pada semua peringkat umur lelaki, termasuk bayi lelaki, remaja, dan warga emas. Meskipun keadaan ini biasanya tidak serius, ramai Papa tidak mahu ia kelihatan seolah-olah memiliki payudara seperti Mama.

Apa Simptom Ginekomastia yang Papa Perlu Tahu?

Dan bila waktu yang perlu Papa berjumpa dengan doktor?

Gynecomastia biasanya tidak berbahaya dan boleh sembuh sendiri, tapi keadaan ini boleh menjadi isu besar bagi Papa kerana penonjolan payudara yang membesar. Ia boleh menyebabkan rasa malu dan menjejaskan kesihatan mental Papa juga walaupun tidak memberi kesan besar kepada kesihatan fizikal.

Punca-punca Gynecomastia Berlaku

Gynecomastia disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh Papa, di mana hormon testosteron berkurangan berbanding hormon estrogen. Penurunan testosteron mungkin akibat keadaan yang menghalang kesan hormon tersebut pada tubuh.

Selain itu, bukan hanya sekadar ketidakseimbangan hormon terdapat penyebab lain seperti:

  1. Penggunaan Ubat : Beberapa ubat seperti ubat anti-kejang, antidepresan, terapi hormon, dan ubat kanser tertentu boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan mendorong gynecomastia.
  2. Keadaan Kesihatan : Beberapa keadaan perubatan, seperti gangguan tiroid, buah pinggang, hati, atau ketumbuhan pada kelenjar adrenal atau testis, boleh mempengaruhi pengeluaran hormon dan menyebabkan gynecomastia.
  3. Malnutrisi : Kekurangan zat makanan atau kelaparan boleh menyebabkan perubahan hormon yang menyumbang kepada perkembangan gynecomastia.
  4. Penyakit : Beberapa penyakit seperti HIV/AIDS atau keadaan lain yang mempengaruhi sistem hormon Papa boleh meningkatkan risiko gynecomastia.
  5. Faktor Genetik : Dalam beberapa kes, gynecomastia terjadi disebabkan genetik keluarga.
  6. Lain-lain : Penggunaan alkohol, dadah, dan beberapa produk seperti minyak nabati tertentu atau suplemen herba juga boleh mempengaruhi hormon dan menyebabkan gynecomastia.

Jadi, bayi yang baru lahir biasanya boleh mengalami gynecomastia disebabkan kadar hormon estrogen yang tinggi. Bagi remaja lelaki pula, ia disebabkan oleh fasa akil baligh yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Sementara bagi warga emas kerana paras hormonnya terjejas akibat proses penuaan.

Rawatan Bagi Merawat Ginekomastia

Rawatan ginekomastia bergantung kepada punca asas. Jika penggunaan ubat atau bahan tertentu menyebabkan pembesaran payudara, anda mungkin perlu berhenti menggunakannya atau beralih kepada ubat lain. Dan jika ginekomastia disebabkan oleh penyakit, rawatan penyakit boleh membantu melegakan bengkak.

Untuk kes ginekomastia yang teruk dan baru-baru ini, terapi perubatan boleh dicuba. Sekiranya, tidak berkesan, Papa boleh lakukan pembedahan dengan membuang tisu kelenjar payudara Papa.

Kebanyakan kes ginekomastia akan sembuh dan kembali ke keadaan asal tanpa melakukan apa-apa rawatan dalam tempoh antara 6 bulan hingga 2 tahun. Namun, boleh juga menjadi kanser jika ginekomastia Papa disebabkan oleh keadaan lain seperti hipogonadisme, kekurangan zat makanan, atau sirosis, puncanya perlu dirawat untuk mengelakkan ginekomastia daripada terus berlaku.

Papa jangan risau! Ginekomastia ini keadaan biasa yang dihadapi oleh lelaki dari semua peringkat umur dan boleh menjadi cabaran dalam hidup.Dan penting untuk Papa dapatkan nasihat doktor untuk tentukan punca sebenar dan mengetahui pilihan rawatan yang ada.

Bagi Mama Siti bukan Mama saja yang ada keunikan badan sendiri, Papa juga mempunyai keunikan tersendiri dan tidak ada definisi maskulin yang sama untuk semua orang.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak informasi kesihatan untuk Mama Papa di SINI.