Punca kolesterol yang utama ialah berpunca pemakanan yang tak sihat. Tapi, siapa sangka sebenarnya ada banyak punca kolesterol yang lain turut menpengaruhi masalah kolesterol tinggi.
Mari kita baca penjelasan Dr. Samhan di bawah supaya kita semua boleh kawal tahap cholesterol yang tinggi.
5 Punca Kolestrol Yang Sering Menyerang Rakyat Malaysia
1. Stress yang Berpanjangan
Stress yang kronik boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit, termasuklah cholesterol tinggi tau.
Ada kajian yang menunjukkan bahawa, stress ni boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam badan dan mengurangkan tahap kolesterol baik (HDL).
2. Ubat-ubatan Dengan Kolesterol Tinggi
Sebagai contoh ubat seperti pil perancang, retinod, kortikosteroid, antiviral dan anti sawan mungkin ada kesan yang tak disangka-sangka pada badan kita.
Tapi bukan tu je, ubat tekanan darah tinggi seperti diuetik dan beta-blockers juga boleh menjadi salah satu punca cholesterol tinggi dalam badan.
3. Terlalu Banyak Duduk
Duduk yang berpanjangan juga boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan badan betul ke? Betul Mama. Malah, ia juga boleh menyebabkan obesiti, penyakit jantung dan cholesterol tinggi.
Apabila kita duduk yang terlalu lama, enzim yang tukarkan cholesterol jahat kepada cholesterol yang baik akan berkurang sebanyak 95 peratus.
4. Kehamilan
Semasa hamil, badan Mama akan menggunakan cholesterol untuk membantu janin membesar dan berkembang.
Sebab itulah, kalau tahap cholesterol dalam badan Mama yang mengandung akan meningkat dengan drastik pada semester kedua dan ketiga.
Malah, tahap cholesterol ini juga akan menjadi kekal tinggi walaupun selepas melahirkan baby.
5. Diet Tinggi Gula Punca Kolesterol Tinggi
Suka makan makanan yang manis? Sebenarnya bukan lemak je yang boleh menyebabkan cholesterol tinggi, gula pun sama juga.
Diet yang tinggi ni boleh menyebabkan hati kita menghasilkan lebih banyak cholesterol dan trigliserida dalam badan.
Menurut kajian lagi, individu yang mendapatkan 10 peratus kalori mereka daripada gula mempunyai risiko tiga kali ganda akan mengalami masalah cholesterol tinggi.
Jadi, jangan kita fokus pada makanan je tau, punca yang lain pun kita perlu take note juga supaya dapat mengawal kolesterol dalam badan dengan baik.
Ketahui lebih banyak info mengenai kesihatan Mama dan Papa di SINI.