KelabMama

7 Punca Gegata dan Rawatan Segera Yang Mama Boleh Lakukan Pada Yang Tersayang

Gegata, urtikaria dan kelopak garam ialah keadaan kulit yang bengkak, merah dan gatal. Kadang-kala, akan terdapat benjol pada kawasan yang terjejas. 

Oleh itu, penting untuk kita tahu punca terjadinya gegata dan bagaimana cara merawat penyakit ini. 

Terus ikuti perkongsian Mama Siti kali ini mengenai punca dan cara sembuhkan gegata.  

7 Punca Gegata Melalui Persekitaran, Gaya Hidup dan Cuaca

#1 Haiwan Peliharaan

Kredit gambar: petchef.my

“Bela kucing pun salah kah?”

Bela kucing tak salah, cuma tindak balas sel dalam badan terhadap stimulus boleh menyebabkan gegata muncul di permukaan kulit. 

Jika Mama perasan gegata muncul selepas menyentuh haiwan peliharaan, berkemungkinan besar merekalah puncanya. 

#2 Bersenam dan Berpeluh

Kredit gambar: Bola.net

Kadang kala aktiviti yang baik seperti ini pun boleh menjadi punca gegata di kulit pada anggota badan. 

Punca gegata berlaku sebenarnya adalah daripada peluh ketika melakukan aktiviti bersenam. Peluh kemudian mencetuskan abnormal terhadap interaksi kulit dan akhirnya menjadi gegata.   

#3 Kerap Menggaru

Kredit gambar: GoodRx

“Gatal lah Mama Siti, nak buat macam mana lagi?” 

Teknik dan kekerapan menggaru kulit sebenarnya tidak menjadikan rasa gatal itu reda, sebaliknya ia hanya akan merengsakan dan meradangkan kulit. 

Teknik yang lebih baik ketika rasa gatal adalah dengan menggaru dengan tapak tangan dan bukan dengan kuku. 

#4 Jangkitan Bakteria dan Virus

Secara saintifiknya, melalui kajian makmal; gegata berpunca dari bakteria yang nanti jangkiti saluran kencing (UTI) dan sakit tekak. Selain itu, rekod juga menunjukkan virus jenis hepatitis dan norovirus juga menjadi punca penyakit gegata. 

#5 Tekanan

Kredit gambar: Vinmec

Tekanan atau stress pun boleh menyumbang kepada punca terjadinya gegata terhadap seseorang. Keadaan stress memang mengambil masa untuk kita kuasai cara mengawalnya. 

Bagi yang sering tertekan, barangkali Mama pernah mendapat penyakit gegata sama ada sedar atau tidak sahaja. 

#6 Suhu Rendah (Sejuk)

Kredit gambar: BBC

Bukan semua orang akan mendapat gegata yang berpunca daripada persekitaran sejuk. Punca gegata berlaku boleh jadi oleh kerana suhu sejuk secara semula jadi atau kerana pendingin hawa. 

Cara doktor mencari punca gegata untuk kategori suhu rendah adalah dengan meletakkan kiub ais di permukaan kulit pesakit. 

#7 Suhu Tinggi (Panas)

Kredit gambar: Vox

Akibat pendedahan berlebihan kepada sinaran ultraungu (UV) jenis UVA dan UVB juga mendorong kepada menjadinya gegata. 

Sinaran UV sebenarnya boleh menembusi serta merosakkan komponen kulit kita. Keadaan boleh menjadi bertambah buruk jika tiada perlindungan pada kulit. 

Oleh itu, kawal tempoh Mama ketika di luar dan jangan lupa pakai sunscreen.   

Cara Sembuhkan Gegata Dari Rumah!

#1 Losen Calamine

Kredit gambar: Amazon.com

Mama Siti akan sarankan Mama untuk mulakan dengan cara hilangkan gegata melalui losen calamine. 

Sebelum menggunakannya, goncang dahulu botol losen supaya bahan-bahan yang mendak bercampur semula. Selepas itu, sapu losen calamine di kawasan yang dijangkiti dan biarkan hingga ianya kering. 

#2 Daun Bidara

Kredit gambar: Katadata

Dapatkan beberapan helai daun bidara. Selepas itu, ramas dan tumbuk kasar atau separa halus sebelum dimasukkan ke dalam air yang telah dibacakan 3 qul dan ayat kursi. 

#3 Air Garam

Kredit gambar: BBC

Rawatan gegata melalui air garam adalah dengan melarutkan garam dalam air suam hingga pekat dan kemudian disapukan ke anggota badan yang terkena gegata tadi. 

Untuk hasil yang lebih menyeluruh, Mama juga boleh mulakan mandi dengan air garam agar kesannya sampai ke seluruh badan. 

#4 Bedak Sejuk

Kredit gambar: Shopee

Campurkan air biasa dengan bedak sejuk. Selepas itu, sapu ke seluruh permukaan kulit yang dijangkiti gegata. 

Terus amalkan tips hilangkan gegata hingga penyakit tersebut sembuh. 

Kredit gambar: Baptist Health

Jika terdapat kulit yang bengkak, merah dan gatal di permukaan kulit, berkemungkinan besar Mama sedang menderita sakit gegata. 

Segera carai punca dan rawat dengan kaedah yang sesuai. Mama Siti disini terus mendoakan kesihatan Mama. 


Dapatkan tips penjagaan dan kecantikan kulit di SINI!