KelabMama

“Jom Bercuti Bestie”- 11 Pulau di Perak Ada Banyak Aktiviti Air dan Alam Semula Jadi!

pulau di Perak

Menjadi negeri yang terletak di utara Malaysia dan bersempadan dengan negeri Kelantan, Selangor dan Thailand menjadikan Perak mendapat kelebihan bentuk muka bumi. 

Pulau-pulau yang terdapat dalam negeri ini sepatutnya menjadi salah satu tempat menarik di Perak yang wajib dilawati. 

Ayuh, kita lihat senarai pulau di Perak serta aktiviti yang ditawarkan setiap satunya.  

11 Pulau di Negeri Perak dan Aktiviti Menarik

#1 Pulau Giam

Kredit gambar: TOURISM MANJUNG

Cara datang ke Pulau Giam adalah dengan menaiki bot atau berkayak dari Teluk Nipah. Setibanya disini, Mama akan melihat hamparan batu besar di tepi pantai yang menyerupai penyu dan kepala buaya. 

Pantai di Pulau Giam ini sesuai untuk mereka yang ingin berkhemah atau melakukan aktiviti snorkeling.

#2 Pulau Pangkor

Kredit gambar: CruiseMapper

Aktiviti sukan air seperti snorkeling, selam skuba dan berkayak antara yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Pulau Pangkor. 

Kalau Mama nak menjelajah pulau-pulau berhampiran, sewa sahaja perkhidmatan pengangkutan air yang terdapat di pulau ini. 

#3 Pulau Rumbia

Kredit gambar: Okezone Techno

Di pulau ini, Mama boleh melakukan aktiviti menyelam, snorkeling dan memancing. Kewujudan batu karang berhampiran Pulau Rumbia serta fenomena ‘blue tears’ mengujakan lagi lawatan di salah satu gugusan Pulau Sembilan ini.

#4 Pulau Talang

Kredit gambar: myecotour travelog

Pulau Talang berada dalam negeri Perak. Pulau ini terletak di kawasan Pantai Remis dan sering menjadi lokasi ‘kaki pancing’ oleh penduduk tempatan.

Kalau Mama teringin berkhemah (camping) di Pulau Talang, hendaklah menyediakan segala kelengkapan perkhemahan sendiri ya.

Sebabnya pulau ini tidak mempunyai kemudahan penginapan untuk pelawat yang datang. Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah;

#5 Pulau Desa Lestari

Kredit gambar: Rider Chris

Pulau ini sebenarnya bukanlah sebuah pulau tetapi ialah tapak perkhemahan yang berbentuk seperti pulau. 

Di tempat ini, ada tempat pertembungan dua sungai yang dipanggil tanjung. Selain boleh bermandi-manda, Mama boleh memanfaatkan kelebihan ini untuk merakamkan ‘content’ di media sosial. 

Lokasinya yang berhampiran dengan Pos Kuala Mu merupakan satu kelebihan untuk pengunjung berjalan-jalan sambil melihat cara hidup orang asal yang tinggal di situ. 

#6 Pulau Mentagor

Kredit gambar: Facebook JKDM

Pulau ini terletak di bahagian pantai barat dan merupakan pulau kedua terbesar di luar pantai negeri Perak. 

Terdapat sebuah marina untuk pelabuhan kapal-kapal layar berlabuh. Namun begitu, pulau yang tidak berpenghuni ini tidak mendapat sambutan dari pelayar kapal layar.  

#7 Pulau Agas

Kredit gambar: Umpan

Blue tears ialah cara Pulau Agas mengalu-alukan kedatangan Mama. Mama Siti juga ingin menyeru kepada semua peminat aktiviti memancing datang ke sini kerana inilah tempat habitat pelbagai jenis spesies ikan seperti ikan merah dan ikan barakuda. 

#8 Pulau Pasir Hitam

Kredit gambar: Tripadvisor

Destinasi pulau yang seterusnya terletak dalam daerah Taiping. Pulau ini dilengkapi dengan balai polis, sekolah dan banyak rumah-rumah kediaman di atas air. 

Rata-rata penduduk Pulau Pasir Hitam terdiri dari masyarakat Tionghua. Di sini, Mama boleh mencuba aktiviti river cruise di kawasan paya bakau. 

#9 Pulau Nipis

Kredit gambar: TOURISM MANJUNG

Sebelum ini, Pulau Nipis sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh Malaysia untuk menyaksikan keindahan fenomena ‘blue tears’ pada waktu malam. 

Namun begitu, taman negeri Perak ini terpaksa ditutup sementara untuk menjaga kelestarian ekosistemnya. 

#10 Pulau Bangau, Teluk Intan

Kredit gambar: LIBUR

Sebuah pulau yang terbentuk dari beting pasir ini ialah permata tersembunyi di negeri Perak. Sejak 19 tahun dahulu, pulau ini mula disedari dan menjadi salah satu lokasi eko-pelancongan di Teluk Intan. 

Pulau seluas enam hektar ini ialah tempat persinggahan burung bangau dan burung hijrah di Sungai Perak. Jika diizinkan, Mama berpeluang melihat sendiri sarang burung bangau dan menyaksikan anak burung menetas. 

#11 Pulau Misa Melayu

Kredit gambar: Peraktastic

Sesampainya disini, kita seakan dibawa ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu dahulu kala. Uniknya lagi di sini, lelaki dan perempuan berhias bak pendekar dengan pakaian tradisional Melayu lengkap. 

Pulau Misa Melayu dibuka bertujuan untuk memartabatkan budaya Melayu kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa demi menjaga kelestariannya. 

Kredit gambar: Pinterest

Mama Siti harap Mama ambil peluang untuk menikmati pengalaman bercuti di Perak tahun ini. Minta-minta pulau-pulau ini terus terpelihara dan tidak berlaku seperti Sungai Gabai di Selangor. 

Selamat bercuti dan menikmati alam semula jadi! 


Terokai lebih banyak tempat menarik dan lokasi percutian di SINI!