KelabMama

11 Pulau Di Johor Yang ‘Underrated’ Tetapi Penuh Aktiviti. Anak-anak Pasti Teruja!

pulau di Johor

Kalau dahulu, pulau-pulau di negeri selatan Malaysia tidak sepopular pulau-pulau di utara mahupun di Timur Malaysia. Malahan ada juga sebahagian pelancong yang tidak tahu langsung kewujudan pulau-pulau yang ada di selatan tanah air, iaitu di negeri Johor.

Tapi, kini, tidak lagi. Kebanyakan pulau ini terletak di daerah Mersing. Akses ke tempat tersebut tak lain tak bukan dengan menaiki bot dengan kadar bayaran tertentu.

Tahukah Mama? Disebabkan pulau-pulau ini masih belum dikenali, ia memberi kelebihan dari segi ekosistem dan landskapnya. Mama bakal melihat terumbu karang yang masih terpelihara serta pasir pantai yang hampir tiada sampah.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ayuh kita ketahui lebih lanjut 11 pulau di negeri Johor yang pasti memukau pandangan mata dan menenangkan jiwa Mama.

Senarai 11 Pulau di Negeri Johor

#1 Pulau Harimau

Kita mulakan dengan Pulau Harimau. Mama Siti rasakan Pulau Harimau ini agak ‘underrated’ berbanding pulau-pulau yang lain di Malaysia. 

Pertama, landskap nya persis seperti Pulau Carribean. Tiada penduduk di tempat ini, ia sekadar dijadikan tempat pelancongan.

Keunikan pulau ini ialah ia mempunyai struktur gua yang memukau serta terdapat lagun di dalam pulau ini. Disinilah pelancong melakukan aktiviti seperti menyelam dan snorkeling di air laut yang jernih kebiruan.

Bagi mendapatkan informasi tentang pakej pelancongan, Mama boleh rujuk di sini

#2 Pulau Dayang

Kredit gambar: tempatmenarik.my

Pulau yang seterusnya ialah Pulau Dayang. Pulau Dayang popular dengan aktiviti memancing, skuba dan snorkeling.

Kaki pancing selalu datang ke Pulau Dayang dengan harapan ingin merasai sendiri pengalaman memancing ikan Black Marlin iaitu spesies ikan seperti ikan todak namun berbeza dari segi corak pada badan dan bentuk sirip.

Terdapat sebuah resort di Pulau Dayang tetapi pengunjung perlu membawa barang basah sendiri sekiranya ingin bermalam disini. 

Diluar sana, terdapat agen yang boleh membantu Mama mengunjungi pulau ini. Hubungi sahaja mereka dan buat tempahan segera. 

#3 Pulau Besar

Ada apa pula di Pulau Besar ini?

Masih berada di daerah Mersing, Johor. Pulau ini dahulunya dikenali dengan nama Pulau Babi Besar. 

Terdapat beberapa resort di Pulau Besar yang menawarkan pelbagai jenis penginapan. Penginapan chalet, rumah keluarga dan dormitory antara yang tersedia. 

Uniknya hampir kesemua tempat penginapan ini mengangkat konsep alam semula jadi atau penginapan ala kampung.  

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti berikut; 

Gabungan pakej penginapan serta aktiviti yang terdapat di pulau ini melayakkan ia menjadi destinasi honeymoon pasangan yang baru berkahwin. Informasi tentang Pulau Besar boleh didapati di pautan ini. 

#4 Pulau Tinggi

Kredit gambar: kayakasia

Pulau Tinggi terletak kira-kira 40 minit melalui perjalanan bot laju dari Jeti Tanjung Leman, Johor. Pulau ini ialah salah satu dari Taman Marin Johor. 

Kalau di pulau-pulau lain kebanyakannya hanya mempromosikan aktiviti air, di Pulau Tinggi Mama boleh melakukan aktiviti hutan juga. 

Disebabkan saiz pulau ini yang agak besar, Mama boleh melakukan aktiviti seperti berikut.

​Kredit gambar: ruggedmom.com

Senarai aktiviti nya sahaja buat kita teruja. Apa lagi kalau dah sampai sana nanti kan. Mama boleh dapatkan maklumat lanjut tentang perjalanan ke Pulau Tinggi di sini ya. 

#5 Pulau Tengah

Kredit gambar: Tourism Johor

Pulau Tengah ialah sebuah pulau persendirian yang dikendalikan oleh Resort Batu Batu. Pantai berpasir putih yang berkilauan seperti perak dengan pengalaman percutian mewah ada disini.

Mama bahkan boleh menyewa keseluruhan pulau ini bagi program persendirian seperti majlis pertunangan dan perkahwinan, majlis korporat dan percutian keluarga.

Tidak lain dan tidak bukan, Mama masih boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling and skuba, melihat penyu bertelur, mengunjungi pulau berhampiran serta menyaksikan tumbuhan eksotik. 

#6 Pulau Aur

Kredit gambar: http://akukahtuah.blogspot.com

Pulau Aur terletak sangat berhampiran dengan Pulau Dayang. Oleh itu, jika berpeluang mendaki Bukit Letak Semalu, Mama dapat melihat pemandangan yang indah pulau-pulau berhampiran. 

Namun begitu untuk sampai ke puncak Bukit Letak Semalu, Mama perlu mengharungi batu-batu besar dan berbukit-bukau. 

Kredit gambar: pulauaurbluewaterholidayresort.wordpress.com

Selain itu, Mama boleh mengunjungi Teluk berhala, sebuah perkampungan nelayan yang dilengkapi dengan sekolah, balai polis, masjid dan gerai makan. 

Tidak dilupakan aktiviti sukan air yang terdapat di pulau ini. Menyelam skuba, snorkeling dan mendaki bukit. 

Mama berminat nak ke Pulau Aur, dapatkan informasi di sini ya.  

#7 Pulau Rawa

Kredit gambar: pulaumalaysia.com
Kredit gambar: melancong.com.my

Pulau yang belum ramai pengunjung setakat ini namun itu memadai jika Mama inginkan keadaan damai dan lebih privasi. 

Oleh itu ia sangat sesuai dijadikan destinasi berbulan madu. Pasir halus yang memutih di pantai dan dikelilingi oleh terumbu karang memberikan ketenangan.

Kredit gambar: HolidayGoGoGo

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Rawa seperti: 

Lihat sahaja senarai aktiviti nya. Nak bercuti hujung minggu pun tiada masalah, kebanyakan aktiviti yang terdapat di Pulau Rawa jarang diperolehi di semenanjung Johor. 

#8 Pulau Pemanggil

Kredit gambar: Cari Destinasi

Sesuai bagi Mama yang suka menerokai tempat batu. Perjalanan 20 minit menaiki bot dari Pulau Pemanggil membawa Mama ke persisiran yang terpencil dengan perbatuan dan pokok-pokok.

Selain itu, Mama berpeluang melihat burung dan haiwan liar di Batu Buau. Ada sedikit keunikan bagi aktiviti sukan air di Pulau Pemanggil. 

Disini terdapat aktiviti menyelam dan memancing di laut dalam. Antara yang selalu dijumpai ialah ikan kakak tua (bumphead parrotfish) yang kerap dijumpai di luar pantai dan juga jerung terumbu muncung hitam (black-tip reef shark).

Dapatkan lebih informasi tentang Pulau Pemanggil di pautan ini. 

#9 Pulau Sibu

Kredit gambar: Harian Metro

Kita masih lagi di daerah Mersing. Satu lagi Pulau yang menjadi destinasi percutian Pulau ini juga dipenuhi dengan gua laut yang dibentuk daripada batu.

Disebabkan bentuk geografinya yang unik itu, aktiviti yang jarang boleh dilakukan di pulau-pulau lain ialah subwing. Ianya terdiri daripada dua sayap yang disambung di tengah dengan sebuah pemusing.

Pengalaman seperti ini belum tentu diperolehi di pulau-pulau lain di Malaysia. Selain itu, masih terdapat aktiviti lain di Pulau Sibu seperti:

Senarai aktiviti di Pulau Sibu mungkin memerlukan Mama meluangkan lebih banyak masa di pulau ini. 

Mama boleh membuat tempahan di banyak laman sesawang di internet. Contohnya di laman tripfez.com

#10 Pulau Kukup

Kredit gambar: malaysia.travel

Sebuah pulau yang dikelilingi paya bakau. Oleh itu, selain boleh melakukan sukan air, aktiviti disini kebanyakannya berkonsepkan paya bakau

Aktiviti Pulau Kukup:

#11 Pulau Hujung

Kredit gambar: amitravel.my

Tempat paling ideal untuk menenangkan minda dari kesibukan dan gaya hidup bandar yang sibuk.

Namun begitu, tiada penginapan di pulau ini. Oleh itu, kebanyakan pengunjung menghabiskan masa sehari sahaja di pulau yang tenang ini. 

Apa aktiviti yang Mama boleh lakukan disini?

Sememangnya tempat ini khas buat mereka yang ingin melarikan diri buat seketika dari kesibukkan kota dan kekusutan di minda. 

Cara untuk datang ke sini adalah dengan menaiki bot di Jeti Mersing.

Pulau-Pulau di Johor sememangnya menawarkan sesuatu yang baru buat Mama. Sama ada ingin mengunjungi pulau yang lengkap dengan penginapan seperti Pulau Rawa atau ingin bertenang bersendirian di Pulau Hujung, semuanya terpulang kepada Mama.

Boleh kata, sekurang-kurangnya semua orang mesti datang ke pulau-pulau di sekitar negeri Johor. Mama Siti yakin ia boleh membantu Mama mencipta memori baru dan meleraikan kekusutan di minta buat seketika. Selamat bercuti!


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.