KelabMama

Puasa Sunat Syaaban: Langkah Awal Menyambut Ramadan dengan Lebih Bermakna

puasa sunat syaaban

Percaya tak kalau Mama Siti cakap, kunci bagi puasa di bulan ramadan dapat dibentuk dengan puasa sunat syaaban? Pernah terfikir tak? Sebelum kita masuk ke dalam bulan Ramadan, kita akan menempuhi Bulan Syaaban yang terkenal dengan Nisfu Syaaban dan amalan puasa sunat Syaaban. Tetapi kenapa dengan bulan Syaaban?

Mari kita mengenali dengan lebih lagi tentang keistimewaan bulan Syaaban, khsusunya amalan puasa sunat Syaaban – macam “warm-up session” sebelum kita menghadapi bulan Ramadan yang lebih mencabar.

Artikel ini akan menerangkan makna, keutamaan, dan kebaikan puasa sunat Syaaban serta bagaimana ia menjadi satu titik persediaan spiritual sebelum memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Kelebihan Bulan Syaaban

Bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah, dan ianya juga dikenali sebagai bulan ‘penyimpangan’ atau ‘berpecah’.

Ini kerana kaum Arab akan berpecah untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan berikutnya iaitu Ramadan kerana ia merupakan waktu yang panas dan kering.

Dalil keberkatan bulan Syaaban:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya:“Sya’ban adalah bulan yang terletak di antara Rejab dan Ramadan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal perbuatan akan diangkat ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka apabila amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.”

Riwayat al-Nasa’i (2357)

Nisfu Syaaban

Antara keistimewaan Syaaban ialah adanya malam Nisfu Syaaban di pertengahannya. Terdapat banyak hadis tentang keistimewaannya. Antaranya, daripada Muaz bin Jabal RA daripada Nabi SAW bersabda:

“Allah akan memandang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu Dia mengampunkan dosa semua makhluk-Nya melainkan dosa orang yang musyrik (menyekutukan Allah) dan dosa orang yang saling bermusuhan.” 

(Riwayat Ibn Hibban, al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan lain-lain)

Doa Dalam Bulan Syaaban

Golongan salaf mengisi bulan Syaaban dengan pelbagai amalan. Rasulullah SAW telah memberitahu bahawa pada bulan tersebut, segala amalan akan dipersembahkan kepada Allah SWT.

Usamah bin Zaid RA pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa sepanjang bulan, selain dari bulan Syaaban.” Baginda menjawab, “Itulah bulan yang sering diabaikan oleh manusia di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan ini, segala amalan dipersembahkan kepada Tuhan seluruh alam. Oleh itu, aku suka untuk menyempurnakan amalan dalam keadaan berpuasa.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Puasa Sunat Syaaban

Maksud Puasa Sunat Syaaban

Puasa Sunat Syaaban adalah satu puasa sunat yang dilakukan pada Bulan Syaaban.

Puasa sunat ini adalah ibadat yang cukup ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini dapat dilihat menerusi kesungguhan Baginda menghidupkan siang hari dengan berpuasa sunat.

Golongan salaf menghidupkan Syaaban dengan pelbagai amalan kerana Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa pada bulan itu segala amalan akan diangkat kepada Allah SWT.

Usamah bin Zaid RA berkata: “Aku pernah bertanya:

“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan seperti tuan berpuasa pada bulan Syaaban?” Baginda menjawab: “Itulah bulan yang manusia sering lalai daripadanya yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat padanya semua amalan kepada Tuhan seluruh alam. Maka, aku suka untuk diangkat amalanku sedangkan aku dalam keadaan berpuasa.” 

(Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i dengan sanad hasan)

Sumber rujukan: Harian Metro

Niat Puasa Sunat Syaaban

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ شَعْبَانَ لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma ghadin ‘an adâ’i sunnati Sya’bana lillâhi ta’âlâ.

Maksudnya: “Aku berniat puasa sunah Sya’ban esok hari karena Allah SWT.”

Sumber rujukan: Detik.com

Fadhilat Puasa Sunat Syaaban

Seperti yang sering disebutkan, Syaaban adalah pintu kepada Ramadan. Sebagai mana puasa-puasa di bulan lain, puasa Syaaban juga mempunyai kelebihan tersendiri bahkan lebih lagi.

Rasulullah SAW turut berpuasa pada bulan Syaaban lebih berbanding bulan-bulan lain, menunjukkan fadhilat dan keberkatannya yang besar.

Ada banyak dalil yang menunjukkan anjuran berpuasa pada bulan Sya’ban termasuk amalan Rasulullah SAW. Antaranya:

Daripada Abu Salamah RA berkata, aku bertanya kepada  Aisyah R.Anha tentang puasanya Nabi SAW. Lantas beliau menjawab:

كانَ يَصومُ حتَّى نَقولَ قَد صامَ ويُفطِرُ حتَّى نَقولَ قد أفطَرَ ولم أرَهُ صامَ مِن شَهْرٍ قطُّ أَكْثرَ مِن صيامِهِ من شعبانَ كانَ يَصومُ شَعبانَ كُلَّهُ كانَ يَصومُ شعبانَ إلَّا قَليلًا

Maksudnya: “Beliau biasanya berpuasa sampai kami mengatakan sungguh telah berpuasa (terus). Dan beliau berbuka sampai kami mengatakan sungguh beliau telah berbuka. Dan aku tidak melihat beliau   berpuasa  yang lebih banyak dibandingkan pada bulan Sya’ban. Biasanya beliau berpuasa pada bulan Sya’ban semuanya, dan biasanya beliau berpuasa pada bulan sya’ban kecuali sedikit.”

Riwayat Muslim (1156)

Sumber rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Antara fadhilatnya yang lain adalah:

Mama Papa jangan lepaskan peluang bulan Syaaban ni tau! InsyaALLAH, sekiranya Mama Papa sekeluarga dah sedia dari bulan Syaaban, cabaran bulan Ramadan akan lebih mudah dihadapi dan boleh lebih fokus untuk tambah amalan Mama Papa sekeluarga. Baru lah senang dapat keluarga Sakinah Mawaddah wa Rahmah!

Untuk lebih banyak tips amalan dan ibadat Mama Papa boleh kongsikan di SINI.