Cuba bayangkan, ketika anda sedang duduk di taman permainan melihat anak-anak bermain, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian anda – bagaimana anak-anak lain kekal aktif berlari dan bermain tanpa penat. Ibu bapa mereka pula kelihatan berbual dan bergelak ketawa dengan santai dan bersahaja dibangku yang disediakan.
“Hmm, apa yang membuatkan mereka kekal aktif ya?”
Suasana tersebut membuatkan anda turut menginginkan apa sahaja yang diambil atau digunakan oleh mereka – tips, nasihat, makanan tambahan, dan sebagainya. Yelah, semua orang hendak kekal aktif bukan?
Dalam anda sedang mencari jawapan kepada tahap kesihatan dan keaktifan mereka, anda terjumpa satu topik yang sedang trending di Google; iaitu mengenai Probiotik. Secara ringkas, probiotik adalah sumber bakteria baik yang memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada usus kita. Ia membantu dalam menyeimbangkan bakteria baik dan fauna yang terdapat di dalam usus manusia.
Usus yang sihat sebenarnya akan menyerap nutrien dan membuang sisa makanan dengan lebih berkesan. Oleh itu, persekitaran usus yang kondusif dan seimbang dapat membantu mengekalkan kesihatan dan tahap aktif tubuh badan pada tahap optimum.
“Eh, betullah!”
Kalau difikirkan kembali, ia sebenarnya agak masuk akal. Misalnya, bayi yang sering alami ‘colic’ atau sakit perut, boleh dirawat dengan probiotik. Apabila tubuh badan berfungsi dengan baik, organ-organ akan turut menjalankan ‘tugas’ mereka dengan sempurna. Haa, dah jumpa satu jawapan kenapa jiran-jiran serta anak-anak mereka kekal aktif!
Dalam pada itu, probiotik juga memberi pelbagai manfaat lain kepada kesihatan kita. Antaranya:
> Meningkatkan kesihatan usus.
Seperti yang dinyatakan di atas, probiotik berfungsi untuk meningkatkan bakteria yang baik dan juga mengimbangi flora usus manusia. Ini merupakan peranan utama probiotik kepada tubuh badan anda.
> Mengurangkan cirit-birit.
Kajian menunjukkan bahawa beberapa dos strain probiotik yang sesuai dapat membantu mengurangkan cirit-birit bagi bayi dan kanak-kanak di beberapa buah negara.
Strain yang dimaksudkan ini adalah Lactobacillus GG, Saccharomyces boulardii, dan Lactobacillus reuteri. Pengambilan probioktik sebanyak sekurang-kurangnya 5bilion/d telah mengurangkan kesakitan cirit-birit dalam satu hari. Walau bagaimanapun, anda disaran untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mengambil probiotik, agar ia sesuai dengan tahap kesihatan anda.
> Untuk masalah usus seperti radang usus.
Dalam masa yang sama, probiotik juga merupakan ‘ubat’ utama sebagai rawatan untuk Irritable Bowel Syndrome (IBS) atau Inflammatory Bowel Disease (IBD); juga dikenali sebagai radang usus.
> Alahan dan ekzema.
Apabila usus anda sihat kerana dos probiotik yang sesuai, ia secara tidak langsung menyebabkan organ-organ di dalam badan kita dalam berfungsi dengan baik.
Pengambilan probioktik dalam diet harian dapat membantu usus membuang segala toksin dan kotoran di dalam badan yang boleh menyebabkan alahan dan ekzema. Ingat, sebelum anda bagi anak anda probiotik, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu!
> Gangguan pada sistem pencernaan.
Kanak-kanak sangat terkenal sebagai ‘picky eater’. Oleh itu, dos probiotik yang sesuai pasti dapat membantu mereka untuk ke tandas dan membuang segala toksin akibat daripada tabiat pemakanan yang kurang sihat itu.
BeFine – Minuman & Yogurt Probiotik
Gunakan produk probiotik BeFine, yang dapat membantu menjaga kesihatan usus anda sekeluarga! Tambahan pula, BeFine yang mengandungi Bifidobacterium (sejenis strain probiotik yang terbukti secara klinikal di Jepun), berpotensi mengurangkan risiko jangkitan influenza sehingga 80% dengan memperbaiki sistem imunisasi anda.
Disediakan dalam botol dan bekas yogurt yang sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak yang ‘picky eaters’ juga pasti akan memilih minuman dan yogurt probiotik BeFine. Mereka hanya perlu memilih daripada dua perisa yogurt – original atau buah Markisa, atau daripada empat perisa minuman yogurt BeFine (original, buah markisa, mulberi atau strawberi).
Dikilangkan mengikut piawaian Jepun yang ketat, produk BeFine juga mengandungi kombinasi strain bakteria yang terpilih, sesuai dengan gaya hidup anda. Produk BeFine adalah rendah lemak, rendah gula dengan TIADA sebarang gula tambahan, dan tidak mengandungi pewarna tiruan.
Kesihatan badan anda bergantung kepada gaya pemakanan anda. Pilih sumber pemakanan dan nutrisi dengan bijak, serta ambillah secara sederhana. Dapatkan BeFine, minuman probiotik terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda seisi keluarga.
Anda boleh mendapatkan produk BeFine di pasaraya atau kedai runcit berdekatan seperti Giant, AEON, MyDin, Aeon Big, The Store, MyNews, Econsave, TF Value, Billion, Tunas Manja, Nirwana, Jaya Grocer dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook BeFine disini.
Artikel ini telah diolah daripada Motherhood.com.my.