KelabMama

PreciousCover dan BabyCover oleh Allianz Life Melindungi Ibu dan Anak

Sebuah kehamilan dan pengalaman ibu hamil ketika dia menunggu kelahiran anaknya adalah sebuah perasaan yang sangat menggembirakan.

Namun, dengan adanya pandemik COVID-19, perjalanan itu juga menjadi penuh dengan pengalaman pahit dan kegelisahan yang menjadikan kehamilan pada waktu sukar ini, jauh lebih mencabar daripada kebiasaannya.

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) baru-baru ini melancarkan pelan PreciousCover dan BabyCover yang memberikan ibu hamil dan bayi yang baru lahir pelbagai perlindungan sebelum dan selepas kelahiran, dan juga perlindungan untuk anak.

PreciousCover memberikan perlindungan menyeluruh kepada ibu-ibu ketika dan selepas kehamilan sementara BabyCover melindungi anak daripada penyakit kritikal dan gangguan perkembangan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross berkata syarikat ini menjalankan perniagaan berkaitan perlindungan. Oleh itu, ini waktu yang baik untuk berusaha menghasilkan produk yang dapat memastikan saat-saat indah seorang ibu hamil dilindungi.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross

“Pelan-pelan ini bukan sahaja menawarkan perlindungan yang luar biasa tetapi dilengkapi dengan elemen unik untuk menjaga ibu dan anak secara hujung-ke-hujung dan memastikan kehamilan dilalui dengan kebimbangan yang sedikit.

“Menantikan kelahiran bayi adalah sebuah perjalanan yang menggembirakan, bakal ibu bapa akan merancang dan menyiapkan banyak perkara untuk anak itu, dari pelan insurans pranatal hingga persiapan untuk masa depan. Walau bagaimanapun, COVID-19 telah meletakkan ibu hamil dalam keadaan lebih rapuh, dan mereka sangat risau tentang perkara yang tidak dijangka sehingga mereka boleh kehilangan kegembiraan seorang ibu.

“Dengan PreciousCover dan BabyCover, kami berusaha keras untuk memahami cabaran mereka dan menghasilkan produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Ia adalah sangat penting bagi syarikat untuk melakukan ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 didapati mempunyai risiko peningkatan komplikasi kehamilan yang teruk seperti preeklampsia,” katanya.

Di samping itu, kadar kematian bagi kelahiran mati dan kematian ibu mengandung meningkat sebanyak satu pertiga semasa pandemik COVID-19, dengan hasil kehamilan menjadi lebih buruk secara keseluruhan untuk bayi dan ibu di seluruh dunia.

Tidak seperti pelan insurans pranatal yang biasa, sebuah keunikan pelan PreciousCover dan BabyCover ialah mereka melindungi kehamilan tunggal dari teknik pembiakan dibantu termasuk Inseminasi Intrauterin, Inseminasi Intraserviks, dan Persenyawaan Vitro.

Di samping itu, antara faedah khas untuk bayi baru lahir di bawah pelan PreciousCover adalah manfaat jika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Unit Kebergantungan Tinggi, dan Unit Rawatan Rapi Neonatal, serta Manfaat Rawatan Fototerapi tanpa keperluan untuk dimasukkan ke hospital.

“Perlindungan tidak berakhir di situ. Aspek lain yang menjadikan kehamilan lebih mencabar adalah sebilangan ibu hamil ini bukan sahaja harus menghadapi kesusahan fizikal tetapi kepayahan dan tekanan mental yang timbul dari semua kerisauan mereka,” kata Gross.

“Oleh itu, PreciousCover direka untuk memasukkan manfaat rawatan psikoterapi bagi ibu untuk keadaan seperti Gangguan Kemurungan Utama dan Gangguan Kebimbangan Umum. PreciousCover dibahagikan kepada Pelan 15,000 dan Pelan 30,000. Manfaatnya adalah antara RM250 hingga RM500 sehari untuk manfaat kemasukan ke hospital dan RM15,000 hingga RM30,000 untuk manfaat kematian akibat kelahiran anak atau komplikasi kehamilan,” kata Ketua Pegawai Produk Allianz Life Ooi Haw Yun.

“Bagi kanak-kanak, manfaat kematian adalah hingga RM5,000. PreciousCover juga memberikan perlindungan terhadap 19 penyakit kongenital untuk kanak-kanak sehingga usia lima tahun. Manfaat ini membayar sehingga RM20,000 apabila kanak-kanak itu didiagnosis dengan salah satu penyakit tersebut,” tambahnya.

Di bawah pelan PreciousCover dan BabyCover, Allianz Life juga memberikan sokongan kepada ibu dalam bentuk nasihat perubatan mengenai kesihatan ibu dan anak dengan ahli perubatan dari Sunway Medical Centre.

Bersempena dengan pelancaran produk ini, Allianz Life menganjurkan Peraduan Facebook “PreciousCover & BabyCover”, yang akan berlangsung selama tiga minggu dari jam 12 malam pada 17 Julai hingga 12 malam pada 6 Ogos 2021.

Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima Baucar Shopee bernilai RM500, RM200 dan RM100 sementara hadiah saguhati Baucar Shopee M50 untuk 10 pemenang.

Untuk setiap penyertaan yang berjaya, Allianz Malaysia akan menyumbangkan RM10 kepada Women of Will, sebuah Organisasi Bukan Kerajaan untuk menyokong usaha Pusat Jahit Komuniti itu.*

Allianz Life juga berkerjasama dengan Motherhood untuk mengadakan Parentcraft Webinar bermula dari 17 Julai, yang akan diadakan pada hari Sabtu pada bulan Julai dan Ogos.

Untuk mendaftar ke Parentcraft Webinar, sila layari www.motherhood.com.my/events. Pendaftar Parentcraft berpeluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah cabutan bertuah; sebuah kereta dorong Chicco, tempat duduk kereta Maxi-Cosi, dan Lacte Breastpump.

Tambahan lagi, 1,000 orang pemegang polisi pertama yang mendaftar untuk PreciousCover dan/atau BabyCover akan menerima sebuah Allianz Baby Box eksklusif.*

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan manfaatnya, layari https://www.allianz.com.my/preciouscover-babycover.

*Tertakluk kepada terma dan syarat