KelabMama

Prasekolah, TADIKA Mula Operasi 1 Julai Ini

prasekolah, TADIKA mula operasi

Image from BH

Berita baik untuk mama-mama dan papa-papa semua! Semalam kerajaan telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan prasekolah, TADIKA mula beroperasi 1 Julai ini. Alhamdulillah, tenang sikit hati kita semua kan. Kalau tak, kita risau dengan perkembangan pelajaran mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang media harian Covid-19 oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; mengatakan semua pusat jagaan dan pembelajaran kanak-kanak ini akan sepenuhnya mula beroperasi awal bulan depan.

Pembukaan semula Prasekolah, TADIKA ada SOPnya!

Beliau berkata, pembukaan pusat didikan kanak-kanak ini hendaklah mengikut SOP dan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam suatu mesyuarat, pihak kerajaan telah bersetuju dengan pembentangan SOP pembukaan pusat ini dan berharap semua pihak mampu beri kerjasama yang baik.

“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan TADIKA.

“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya lagi.

Pembukaan semula pusat ini melibatkan 6,216 buah prasekolah dibawah kendalian kerajaan manakala sebanyak 7,887 buah di bawah naungan swasta.

Bagi TADIKA yang dikendalikan oleh Kementerian Perpaduan Negara sebanyak 1,781 dan 8,530 buah TADIKA yang dikelola oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tugas Mama Papa

Mungkin ada mama papa yang masih ragu-ragu atau takut untuk hantar anak ke prasekolah atau TADIKA kan, Mama Siti pun risau sikit. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, kita didik anak kita supaya mereka tahu menjaga kebersihan diri dan jarak sosial.

Mama Siti yakin si comel boleh dan akan faham kenapa kita suruh dan didik mereka untuk jaga jarak dan sebagainya. Ajar mereka cara cuci tangan dengan betul dan etika bila bersin atau batuk. InsyaAllah, anak-anak kita akan selamat jika kita semua saling menjaga.

Memang kita risau, tapi jangan terlalu risau okay. Masa PKP pun, ada juga nurseri yang dah mula operasi dan memang pihak nurseri dan teacher semua jaga SOP, yang paling membanggakan, anak-anak kecil pun patuh dan ikut setiap prosedur yang teacher dah tetapkan. Jadi, Mama Siti yakin anak-anak kita akan okay punyalah.

Mama Siti harap sangat dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan ini tak diambil mudah atau ada pihak yang ambil kesempatan. Kita akan menang, kita boleh menang; dengan syarat kita bersatu dan patuh dengan SOP! Semoga dengan berita prasekolah, TADIKA mula operasi ini dapat memudahkan urusan ramai mama papa juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Berita Harian & MetroTV

BACA LAGI PILIH TADIKA UNTUK DIDIK ANAK BUKAN SEBAB NAK POPULARITI

Pesan Mama Siti

Bagi mama papa yang sudah mula sibuk bekerja, mesti dah ada yang hantar anak ke nurseri dan sebagainya kan. Risau memang risau tapi kalau kita didik anak-anak dengan etika kebersihan yang betul, insyaAllah Mama Siti yakin kita semua takkan ada masalah. Boss Mama Siti pun dah hantar anak dia ke nurseri sejak PKP lagi, dan memang SOP ketat digunakan. Janji kita tahu jaga kebersihan diri, semua akan okay.