KelabMama

Polio Kembali Menjajah Filipina Setelah 19 Tahun Disahkan ‘Pupus’

Polio Kembali Menjajah Filipina Setelah 19 Tahun Disahkan 'Pupus'

Terbaru, kita dikejutkan dengan kes polio yang melanda negara jiran kita, Filipina dimana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Lanaou del Sur, sebuah kepulauan di daerah Mindanao, telah dijangkiti virus poliovirus.

Setelah hampir dua dekad Filipina diumumkan bebas daripada penyakit tersebut, polio kembali menyerang!

WHO turut menyatakan kebimbangan terhadap kemunculan semula penyakit ini setelah ia diperangi habis-habisan melalui pengenalan vaksin polio sekitar tahun 1950an dahulu.

Apa itu Polio?

Menurut Dr Amirul Amzar, Polio atau nama panjangnya Poliomyelitis adalah satu penyakit jangkitan virus Poliovirus.

Ia akan menyerang saraf penghidap dan boleh menyebabkan lumpuh. Virus ni juga boleh lumpuhkan saraf yang kawal pernafasan yang akan menyebabkan kematian.

Tak ada penawar untuk virus polio?

Malangnya, WHO dah laporkan bahawa masih belum ada lagi penawar untuk virus polio setakat ni dan penyakit ni boleh merebak dengan sangat cepat. Mama hanya boleh elak daripada jangkitan virus ni saja dan ia boleh dilakukan melalui proses imunisasi.

Selepas pengenalan vaksin polio pada 1950an, dunia menyaksikan penurunan kes polio secara mendadak. Sebelum pengenalan vaksin ni, ribuan manusia di US mati akibat jangkitan virus ni.

Pihak berkuasa mengisytiharkan ‘epidemik polio’ berikutan virus polio yang ditemukan pada 2 anak berusia 3 tahun.

Punca virus polio muncul kembali setelah hampir ‘pupus’

Buat pengetahuan mama, rakyat Filipina tak begitu percaya dengan vaksin ekoran kontroversi program vaksin denggi pada tahun 2017.

Dalam program tersebut, lebih 800,000 vaksin Dengxavia diagihkan kepada pelajar dalam program imunisasi kerajaan mereka, dan Filipina merupakan negara yang pertama menggunakannya secara meluas.

Tapi, vaksin tersebut akhirnya ditarik balik sebab pengeluar dia umumkan yang vaksin Dengxavia tu mungkin boleh timbulkan gejala yang lebih teruk kepada individu yang tak pernah dijangkiti sebelum ni. Takutkan? Bayangkan kalau yang dah suntik. Sebagai parents, mesti kita tak nak apa-apa jadi kat anak kita.

So, sikit sebanyak hal ni jadi penyumbang kepada ketakutan rakyat Filipina untuk ambil vaksin lain, termasuklah vaksin polio walaupun vaksin ni boleh dikategorikan sebagai vaksin yang paling penting sekali.

Filipina pun pernah mengalami ‘measles outbreak‘, dimana kes ni dikira sebagai kes terburuk dalam sejarah Filipina. Lebih 20,000 kes measles/ cacar air direkod pada tahun 2019. Kebanyakan kes didominasi oleh KANAK-KANAK! Dipercayai semua ni berlaku kerana parents tak percaya dengan keberkesanan vaksin. Jadi mereka tak hantar anak mereka untuk dapatkan imunisasi.

Menurut Dr Amirul Amzar lagi, ada lagi negara yang masih berperang dengan wabak polio. Contohnya, Afghanistan, Pakistan dan Nigeria. Puncanya? Peperangan dalam negara yang menyebabkan vaksin sukar disalurkan. Tapi sekarang ni, Filipina pula dicemari kuman wabak polio ni.

Vaksin Polio di Malaysia

Di Malaysia, vaksin polio ni dah mula diperkenalkan pada 1970an lagi. Ada 2 jenis vaksin polio:

Untuk mencegah polio, vaksin IPV akan diberi pada kanak-kanak berusia 2 bulan, diikuti dos seterusnya pada 3, 5 dan 18 bulan.

Anak-anak hendaklah menjalani proses imunisasi untuk mengelakkan jangkitan virus polio.

Mama kena pastikan anak-anak mama lengkapkan semua suntikan ni sebab vaksin ni boleh protect anak mama dari jangkitan polio sebanyak 99% ke 100%.

Mama Siti harap sangat ibubapa dapat lengkapkan imunisasi anak-anak. Jangan pulak mama terpengaruh dengan golongan anti-vaksin. Mungkin ada yang pernah dengar vaksin ni menyebabkan anak jadi autisme dan lain-lain tapi itu semua TAK BENAR dan tak ada kajian kukuh tentangnya.

Mama Siti boleh guarantee yang vaksin polio yang KKM gunakan ini adalah selamat, dan berkesan.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia, SirapLimau

BACA JUGA KUTU BABI PENYEBAB KANAK-KANAK 5 TAHUN SEPARA LUMPUH SELAMA 12 JAM

Pesan Mama Siti:

Ha, mama tunggu apa lagi? Cepat-cepat lah bawa anak mama ke klinik untuk jalani proses imunisasi. Mama kena pastikan anak-anak mama ikut jadual tau! Tak boleh ada persepsi kalau anak sihat saja, tak apa kalau tak suntik vaksin. Lagi awal anak jalani suntikan, lagi bagus!