KelabMama

8 Jenis Pokok Halau Nyamuk Paling Popular dan Berkesan – Selamat dan Mesra Alam!

pokok halau nyamuk terkini

Stress kan hari-hari badan gatal digigit nyamuk serta perlu menghadap nyamuk yang banyak! Kalau dibiarkan, lama-lama boleh dijangkiti penyakit bawaan nyamuk pula! Jadi, daripada dibiarkan nyamuk ini berleluasa pembiakannya, apa kata anda tanam pokok halau nyamuk sebagai salah satu cara yang mesra alam dan sangat efektif ini!

Tak pernah tahu dan dengar pokok penghalau nyamuk? Kalau nak tahu apa itu pokok nyamuk, fungsinya serta jenis-jenis pokok halau nyamuk ini, jom ikuti perkongsian mengenainya dalam entri di bawah!

Jenis Pokok Halau Nyamuk

Kredit gambar: www.rd.com

Berikut merupakan senarai pokok penghalau nyamuk atau poko nyamuk yang boleh anda tanam sebagai salah satu cara halau nyamuk iaitu:

#1. Serai Merupakan Pokok Halau Nyamuk

Kredit gambar: store.underwoodgardens.com

Pokok serai atau nama saintifiknya adalah Cymbopogon citratus mengandungi citronella iaitu minyak semulajadi yang dapat menghalau nyamuk.

Pokok serai yang berbau wangi ini tumbuh di tanah yang sederhana, mempunyai saliran air yang baik dan mendapat cahaya matahari penuh.

Ia juga sering digunakan dalam masakan terutama di Asia Tenggara kerana baunya yang harum dan mengandungi pelbagai khasiat penting.

#2. Selasih Sebagai Pokok Penghalau Nyamuk

Kredit gambar: www.thespruce.com

Pokok selasih terbukti berkesan untuk menghalau nyamuk dan kutu yang membiak di perkarangan rumah anda. Dalam tumbuhan ini terdapat empat sebatian yang berfungsi menghalau nyamuk.

Empat sebatian meruap tersebut adalah citronella, estragole, limonene dan nerolidol yang berupaya untuk mengganggu penderia haba dan karbon dioksida nyamuk.

Keupayaan empat sebatian ini dapat mengurangkan keupayaan nyamuk untuk mengenali makanan di mana ia akan mengelirukan dan merengsakan nyamuk serta memaksa mereka pergi jauh meninggalkan kediaman anda.

#3. Rosemary

Kredit gambar: www.farmersalmanac.com

Tumbuhan herba yang berkesan halau nyamuk yang seterusnya adalah Rosemary. Sering kali digunakan dalam banyak hidangan masakan, ia juga dapat membantu menjauhkan beberapa serangga perosak dari menghantui diri dan tanaman anda.

Rosemary atau nama saintifiknya adalah Rosmarinus officinalis, merupakan tanaman kawalan perosak semula jadi yang sangat popular dan sering digunakan selama bertahun-tahun, kerana serangga menjauhkan diri daripada baunya yang harum.

#4. Pokok Halau Nyamuk Catnip

Kredit gambar: www.edibleanimaltreats.com

Pokok halau nyamuk yang seterusnya pula adalah Catnip yang mengandungi bahan kimia dipanggil sebagai nepetalactone.

Pokok ini merupakan pokok penghalau nyamuk yang kuat dan menjadikannya lebih berkesan daripada DEET yang merupakan bahan kimia popular terdapat dalam kebanyakan produk penghalau serangga.

#5. Bunga Floss (Ageratum)

Kredit gambar: bestbeebrothers.com

Bunga flos ini mengandungi coumarin iaitu sejenis bahan kimia yang dapat membantu menghalau nyamuk. Namun awas! Ia juga beracun jika tertelan oleh haiwan peliharaan atau manusia.

Rembesan bahan kimia yang dikeluarkan dapat menghalau nyamuk secara efektif.

#6. Lavender

Kredit gambar: www.nature-and-garden.com

Tumbuhan berbau harum ini sangat terkenal sebagai herba yang boleh menenangkan fikiran sebagai minyak aromaterapi.

Selain digunakan sebagai minyak aromaterapi, jangan terkejut kalau ia juga dapat berfungsi sebagai penghalau nyamuk bahkan bukan sahaja nyamuk, lavender juga boleh menjauhkan serangga perosak yang lain.

Caranya adalah dengan menambah 10 hingga 20 titis minyak pati lavender ke dalam botol berisi air, goncang dan sembur pada permukaan tempat.

#7. Pokok Halau Nyamuk Marigold

Kredit gambar: extension.umn.edu

Marigolds mengandungi sebatian semula jadi yang digunakan dalam banyak penghalau serangga iaitu pyrethrum.

Marigold merupakan antara salah satu pokok bunga halau nyamuk yang mempunyai bauan kuat dan selalu digunakan dalam banyak produk penghalau nyamuk di dunia.

Ia juga turut dikenali sebagai racun serangga semula jadi dan ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Persatuan Entomologi Perubatan Iran dan Universiti Sains Perubatan Tehran.

Hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa minyak pati daripada Calendula officinalis (sejenis marigold) ini berfungsi sama seperti DEET sebagai cara halau nyamuk.

#8. Pudina

Kredit gambar: www.bhg.com

Pilihan pokok halau nyamuk yang seterusnya adalah pokok pudina. Ia merupakan herba wangi yang mempunyai kandungan menthol di mana kandungan ini merupakan sejenis bahan aktif yang dapat melawan serangga perosak.

Jadi, apa kata anda semua mulakan langkah membasmi pembiakan nyamuk melalui cara semula jadi yang Mama Siti kongsikan ini iaitu melalui pokok halau nyamuk.

Hidup akan jadi lebih selamat, bebas gangguan dan pencemaran bahan kimia serta penyakit bawaan nyamuk!

Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info kesihatan yang lain di SINI!