Ibu bapa moden hari ini berlumba-lumba ingin yang terbaik buat anak mereka. Dalam dunia globalisasi dan semakin pantas ini, kebanyakkan mereka ingin mendedahkan pelbagai pendidikan dan kemahiran baru kepada anak mereka walaupun anak mereka belum pun pandai bertatih atau bercakap. Ini merupakan perkara positif dan menunjukkan generasi hari ini sangat peka terhadap ilmu pembelajaran untuk anak mereka. Namun begitu, mendedahkan anak anda dengan dunia pendidikan dan pembelajaran imliah pada umur yang masih mentah kemungkinan akan mengganggu emosi anak anda. Apa kata berikan sedikit ruang kepada anak anda dengan menerapkan pembelajaran yang lebih menumpukan kepada kesoronokan untuk bermain terlebih dahulu.
Playgroup ialah kelas pembelajaran berkonsep santai dan ‘fun’ untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. Ia berkonsep bermain sambil belajar. Ia umpama kelas persediaan sebelum si kecil melangkah ke pra sekolah. Hari ini banyak kelas playgroup ditubuhkan. Ibu bapa boleh memilih mana yang berkenan untuk menghantar anak anda sebagai persedian sebelum masuk ke pra sekolah.
Kebaikan aktiviti Playgroup
- Untuk membantu perkembangan mental si kecil.
- Bermain secara aktif boleh menguatkan otot-otot tubuh si kecil.
- Mendedahkan si kecil pengalaman baru.
- Membantu merangsang perkembangan kreativiti si kecil.
- Belajar bersosial dengan rakan baru di kelas playgroup.
- Mengajar si kecil mengenal kemampuan dirinya.
- Mula didedahkan dengan asas pembelajaran.
Sumber: Internet