Pintu berfungsi sebagai akses keluar dan masuk. Ianya termasuk dalam salah satu aset penting bagi untuk sesebuah unit rumah. Ianya penting untuk keselamatan dan menjadikan rumah anda kelihatan lebih menarik. Pemilihan jenis pintu bergantung pada jenis rumah, dan tujuan penggunaannya.
Sebagai contoh, pintu diluar memerlukan lebih faktor keselamatan disebabkan ianya terdedah kepada individu lain yang mungkin tidak kita kenali. Manakala pintu di bahagia dalam rumah, menjurus kepada perlindungan atau privasi kepada seisi rumah Mama.
Senarai Pintu Rumah Terkini Untuk Rumah Mama & Papa
1) Pintu Kayu
Kelebihan pada rekaan pintu kayu ialah dari segi gayanya. Pintu kayu sesuai dipelbagaikan dengan pelbagai konsep dan tema rekaan rumah Mama.
Keunikannya jelas terserlah melalui ukiran, susunan kayu serta warnanya. Ketiga-tiga elemen tersebut menyerlahkan kesan akhir seperti aura semulajadi yang menenteramkan.
2) Pintu Kaca
Biasanya pintu kaca diletakkan di bahagian belakang rumah kerana ia memberikan pemandangan halaman belakang atau taman belakang rumah. Selain itu, ia juga sesuai diletakkan di ruang balkoni di rumah anda.
Pada pendapat Mama Siti, pintu kaca memerlukan medium tambahan untuk menjaga privasi penghuni rumah. Lebih-lebih lagi bagi perempuan Muslim yang melindungi aurat mereka. Ia perlu dibersihkan secara berkala agar kekal bersih dan cantik.
3) Pintu Keluli
Pintu keluli mempunyai ketahanan yang baik disebabkan oleh kombinasi kayu dan besi sebagai kandungan bahannya. Oleh kerana itu, pintu keluli ialah penebat bunyi yang baik. Sekiranya rumah anda sering didatangi tetamu atau kanak-kanak, menggunakan pintu keluli ialah pilihan yang baik.
4) Pintu PVC
Pintu PVC selalu digunakan untuk bilik mandi. Ianya ringan dan tahan karat menjadi faktor pintu pvc menjadi pilihan untuk bilik mandi dan tandas. Tambahan pula, cara penyelenggaraannya mudah iaitu hanya perlu dibersiihkan mengunakan pencuci biasa dan bilas.
5) Pintu Aluminum
Pintu aluminium ialah salah satu contoh rekaan pintu yang evergreen atau segar malar. Seperti yang kita tahu, kelebihan pintu yang evergreen ialah ia akan kelihatan relevan walaupun bertukar musim mahupun tahun. Jadi, Mama boleh pelbagaikan tema rumah tanpa meninggalkan nilai estetik.
6) Pintu Serat Kaca
Rekaan pintu kaca serat atau fiber glass semenangnya jauh lebih mahal berbanding kayu tradisional dan kayu logam. Tetapi jika dilihat pada kelebihannya ianya tidak seperti pintu kayu yang bertindak balas terhadap hujan dan panas. Rekaan seperti ini sesuai untuk tema rumah yang minimalis.
7) Pintu Geser ‘Sliding
Pintu sliding memberikan kelebihan dari segi ruang. Berbanding pintu biasa yang memerlukan ruangan bukaan yang lebih besar, rekaan pintu sliding hanya memerlukan bahagian kiri dan kanan untuk membuka dan menutup suatu ruangan. Namun begitu, ia perlu digunakan dengan cermat. Ini kerana bahagian roda di bahagian atas dan bawah mudah tergelincir.
8) Pintu Buluh
Pintu yang terdiri daripada buluh ini mempunyai manfaat seperti kalis air, kalis karat, anti anai-anai, mesra alam, biodegradasi, dan menjimatkan perbelanjaan. Apa yang paling ketara ialah dari segi perinciannya. Apabila dilihat dari dekat, corak buluh masih boleh kelihatan
9) Pintu Louver
Pintu louver boleh digunakan untuk membantu pengudaraan kawasan tertentu di rumah Mama. Rekaan pintu ini mempunyai rongga. Ia selalunya diaplikasikan di bilik penyimpanan, bilik dobi dan juga bilik wardrobe yang memerlukan pengudaraan yang baik.
10) Pintu Tersembunyi (Camouflage)
Rekaan pintu tersembunyi semakin diminati di Malaysia. Lihat saja rekaannya yang menyatu dengan dinding. Elemen privasi diberikan penekanan untuk konsep pintu tersembunyi ini.
Kebiasaannya pintu seperti ini sesuai diaplikasikan untuk ruangan persendirian, ruang peribadi dan tandas. Ada juga yang menjadi pintu tersembunyi sebagai pembahagi antara dapur dan ruang tamu.
11) Pintu Berkaca ‘Glazed’
Pintu berkaca mungkin berkongsi konsep yang sama dengan pintu berbingkai atau panel. Contohnya, beberapa bahagian panelnya diganti dengan kaca. Jenis kaca yang digunakan berbeza mengikut citarasa pemilik rumah. Ada yang lebih memilih jenis telus, manakala ada juga yang lebih memilih kaca lut sinar.
Kesimpulannya, rekaan pintu di rumah Mama hendaklah disesuaikan dengan fungsi serta persekitaran tempat tingga. Bagi yang mempunyai keluasan rumah yang besar, boleh memilih rekaan pintu yang lebih sofistikated. Manakala, untuk rumah yang memiliki ruang terhad, pintu geser mungkin boleh dipertimbangkan.
Semoga perkongsian kali ini membantu Mama, mencantikkan lagi ruangan rumah. Paling penting kita mahukan rekaan pintu yang menjalankan fungsi utamanya dengan baik iaitu menjaga keselamatan.