KelabMama

Kenali 12 Jenis Pintu Pagar Rumah Yang Sesuai Dengan Cuaca di Malaysia

pintu pagar rumah di Malaysia

Pintu pagar ialah komponen penting yang melengkapkan hiasan luaran dan hiasan dalam rumah Mama. Kali ini Mama Siti 12 jenis pintu pagar paling diminati rakyat Malaysia. 

Sebelum itu, kita perlu ambil kira lima tips memilih pintu pagar supaya tidak menyesal dikemudian hari nanti.  

Tips Memilih Pintu Pagar Rumah

Kredit gambar: story.com.pk
  1. Reka Bentuk 

Pagar rumah moden berbentuk petak dan mempunyai ketinggian sama dengan tembok rumah. Ada juga yang meminati jenis gerbang (arch) seperti reka bentuk seni bunga dan jenis besi tempa.

  1. Berat dan Ketahanan

Sebelum membuat keputusan jenis pintu pagar rumah Mama. pastikan Mama sudah mengambil kira soal ketebalan besi, rekaan dan hasil akhir yang di inginkan. 

  1. Jenis Pintu Pagar

Di Malaysia sekurang-kurangnya ada enam jenis pintu pagar yang sering ditempah pemilik rumah teres dan banglo.

  1. Bahan Pintu Pagar

Mild steel, stainless steel, aluminium dan kayu antara bahan pintu pagar yang popular. Setiap satu bahan mempunyai ketahanan yang berbeza. Begitu juga dengan cara penjagaannya yang berlainan mengikut bahan. 

  1. Autogate! Ya atau Tidak?

Autogate ialah pakej add on yang boleh ditambah apabila Mama memasang pintu pagar. Jika bajet kewangan semasa tidak mengizinkan, tak perlu bimbang kerana ia boleh dipasang nanti kerana wajar elektrik untuk autogate sudah sedia ada di kebanyakan kawasan perumahan.

12 Cadangan Jenis Pintu Pagar

#1 Pintu Pagar Putih

Kredit gambar: Fencing Manufacturers

Warna cerah seperti cat warna putih memantulkan cahaya ke laman rumah. Di kedua-dua bahagian dalam dan luar rumah menjadi lapang hasil daripada ilusi warna pintu pagar itu. 

Disarankan agar menggunakan jenis pintu pagar yang terbuka seperti daun pintu untuk menambah nilai kecantikan rumah. 

#2 Kayu dan Besi

Kredit gambar: perimtec.com

Mama Siti paling suka jenis pintu pagar ini. Pertamanya ia menggabungkan dua unsur alam iaitu kayu dan besi. 

Seolah-olah ia memberi definisi elemen moden juga boleh berpadu dengan baik dengan alam semulajadi jika kena pada gayanya. 

#3 Yang Elegan, Yang Moden

Kredit gambar: Mamikos

Jenis pintu pagar yang seterusnya pula menampilkan keunikan rekaan luaran dan dalam rumah. Gerigi pintu pagar diciptakan secara jarang-jarang dan warna yang sangat tidak menonjol. 

#4 Gaya Industri

Kredit gambar: Next Luxury

Kebiasaannya gaya industri mengetengahkan warna seperti kelabu dan hitam. Ini boleh disesuaikan dengan mengecat pintu pagar dengan warna hitam dan temboknya dengan warna kelabu. 

Gaya industri lebih kepada fungsi berbanding nilai kosmetik. Oleh sebab itulah, ianya sering dilihat sederhana dengan corak yang minimal.  

#5 Corak Melintang

Kredit gambar: Pinterest

Ini yang paling sederhana tetapi berimpak tinggi. Kenapa Mama Siti cakap macam tu? 

Kerana ianya kelihatan seragam dari saiz liang pagarnya. Tambahan pula, corak melintang sesuai untuk pelbagai tema rekaan luaran rumah-rumah di Malaysia.  

#6 Pintu Pagar ‘Sliding’

Kredit gambar: msautogate.com

Tak semua rumah sesuai dipasang pintu pagar geser ini. Namun begitu, ianya masih mendapat permintaan ramai kerana mempunyai praktikal membuka dan menutup. 

Pintu pagar sliding selalunya digunakan oleh pemilik rumah yang tinggal di kawasan perumahan yang padat kerana ia tidak akan terbuai keluar dan mengganggu jalan.

#7 Mirip Kayu Buluh

Kredit gambar: Reno Guide

Tak kira apa pun bahannya, pintu pagar yang mempunyai rekaan persis kayu buluh seolah-olah simbolik rumah sebagai tempat perlindungan (sanctuary) flora dan fauna. 

Kelebihan jika menggunakan bahan keluli ialah ia tahan karat, tahan lasak dan tahan hakisan. Nilai estetiknya pun meningkat secara tak langsung. 

#8 Pintu Pagar Logam Berlubang (Perforated Metal)

Kredit gambar: Arrow Metal

Jenis pintu pagar ini menjadikan rumah kelihatan lebih menarik dan minimalis. Dikatakan ianya mempunyai jangka hayat yang lebih lama dengan penjagaan yang betul. 

Trivia pintu pagar perforated metal, ianya dicetak khas mengikut reka bentuk yang dikehendaki. Jadi, tidak hairanlah saiz lubang pada pintu pagar boleh berubah-ubah. 

#9 Minimalis Kayu

Kredit gambar: Next Luxury

Tidak perlu dibicarakan lagi. Kalau tuan rumah dah buat keputusan jenis pintu pagar kayu maknanya mereka gemarkan alam semulajadi. 

Tambahan pula, bahan kayu sesuai diaplikasikan dengan tembok pagar konkrit. Selain itu, ia juga menaikkan nilai ‘alam’ jika terdapat kebun dan taman mini di halaman rumah. 

#10 Besi Minimalis

Kredit gambar: Lushome

Adalah satu kelebihan jika menggunakan pintu pagar jenis besi bagi rumah-rumah di Malaysia. Pertama, ia mempunyai kekuatan tahan lasak yang tinggi serta menampilkan suasana elegan. 

Contohnya, warna-warna gelap seperti hitam.  

#11 Kombinasi Pagar dan Tembok  

Kredit gambar: jessicabakerweb.wordpress.com

Pernah tak nampak tembok rumah yang padan dengan pagarnya sekali. Bukan setakat warna, coraknya pun ada persamaan. 

Batu bata bercorak atau ‘decorative bricks’ terlihat indah dan memberikan aura yang segar. 

#12 Pintu Pagar Lipat

Kredit gambar: Pinterest

Pintu pagar jenis lipat sesuai untuk rumah dengan saiz kawasan yang terhad. Ini kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar yang membuka dan menutupnya. 

Pilih pintu pagar warna hitam jika tembok pagar di rumah Mama ialah jenis plaster konkrit yang tidak dicat. 

Kredit gambar: Pinterest

Setiap jenis pintu pagar mempunyai kelebihannya tersendiri. Mahu itu gabungan antara dua bahan atau satu corak semuanya memainkan peranan kepada nilai estetik rumah Mama. 

Semoga artikel ini membantu Mama memilih pintu pagar yang bersesuai dengan tema rumah Mama. 


Dapatkan lebih banyak tips hiasan dan dekorasi rumah di SINI!