Baru-baru ini pihak pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya membenarkan mereka beroperasi. Permohonan ini dibuat untuk membantu petugas barisan hadapan dan petugas perkhidmatan penting meninggalkan anak-anak ketika bertugas.
Walaupun kebanyakkannya disuruh bekerja dari rumah tapi kita jangan lupa kepada ‘frontliners’ yang masih kena keluar bekerja dan terpaksa meninggalkan anak masing-masing.
Melegakan Hati Mama Papa Yang Kena Bertugas
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha TASKA dan TADIKA Putrajaya (PUSPAJAYA) Husna Abdul Rahaman, pembukaan Taska atau Tadika pasti melegakan Mama Papa kerana dapat menghantar anak, sekali gus membolehkan mereka kembali bekerja serta menumpukan perhatian kepada tugas diamanahkan.
Tambahnya lagi, Mama Papa dan petugas barisan hadapan ni sememangnya menunggu pembukaan Taska dan Tadika anak mereka kerana terdapat segelintir daripada mereka berhadapan bebanan kewangan disebabkan terpaksa membayar yuran di dua tempat yang berlainan.
Ibu bapa memerlukan tempat yang selesa dan selamat untuk meninggalkan anak-anak sepanjang mereka bertugas selain memastikan pusat jagaan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19
katanya lagi
Baru-baru ini juga ada media melaporkan, kerajaan akan menilai semula pembukaan Taska dan Tadika ni kerana wujud dakwaan banyak perniagaan itu ‘gulung tikar’. Allahu kesiannya.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bergantung kepada pelbagai faktor terutamanya membabitkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.
Taska & Tadika Tetap Utamakan Pematuhan SOP
Husna berkata, memandangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) lalu pengusaha Taska dan Tadika mematuhinya segala SOP yang diberikan jadi masalah pematuhan SOP tidak timbul. Pemeriksaan pemantauan dari semasa ke semasa juga dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak polis.
Oleh kerana itu pihaknya merayu kepada kerajaan agar memberi kebenaran khas kepada Taska, Tadika serta pusat jagaan sementara beroperasi semula bagi membantu petugas ‘frontliners’ ni dan petugas perkhidmatan penting di pusat kerajaan.
Sementara itu, beliau juga bersetuju dengan peruntukan dana khas berjumlah RM30 juta disediakan untuk penyediaan Taska di bangunan kerajaan, khususnya hospital melalui Belanjawan 2021.
“Inisiatif diadakan itu dapat membantu petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya mengalami pelbagai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
“Kami turut menghargai usaha kerajaan mengetengahkan dasar keprihatinan melalui dana sama dalam bentuk geran padanan sehingga RM20 juta yang disediakan untuk sektor swasta bagi mengelak pengusaha ‘gulung tikar’ selain mengurangkan jumlah pengangguran yang ramai dalam kalangan pekerja Taska dan Tadika terlatih,”
katanya lagi.
Semoga pihak yang berkenaan pertimbangkan permohonan ini. Kesian juga pada mereka yang bertugas di barisan hadapan ni. Jika mereka sendiri runsing memikirkan di mana nak menghantar anak-anak mereka, bagaimana mereka ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas mereka masing-masing.
Pihak pengusaha Tadika dan Taska juga dah memberi jaminan pematuhan SOP yang ketat akan dibuat seperti mana yang mereka lakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lalu.
BACA JUGA CEGAH KLUSTER TASKA – INI LANGKAH WAJIB DIAMBIL SEPANJANG PKPB