Maafkan mama, Bashir.Dulu Bashir tak suka makan. Hanya suka benda manis, junk food dan makanan rapu. Bila mama masak dia akan rasa sikit dan cakap “Macam tak sedap je” atau buat muka nak muntah. Kadang2 dia tengok je, rasa pun tak nak masakan mama sebab dia memang tak suka “real food”.
Bashir jadi macam tu sebab salah mama. Mama tak masak untuk dia masa baby dulu
Begitulah rintihan Puan Widyana Ali apabila tersilap langkah dalam memberi makanan sehingga anak sulungnya, Bashir berubah menjadi seorang ‘picky eater’. Mesti mama rasa dilema bila anak mama cerewet dan memilih makanan kan? Apatah lagi kalau si kecil hanya mahukan makanan manis sahaja. Lagi stres kepala mama dibuatnya.
Tapi jangan risau. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Mama Siti pun ada penyelesaian untuk anak-anak mama Siti yang cerewet dan suka pilih makanan ni. Jom kita baca tips-tips yang boleh bantu mama untuk selesaikan masalah picky eating ni.
# Hormat selera anak
Pesanan Mama Siti untuk untuk semua ibu diluar sana, jangan paksa anak-anak makan kalau mereka tak lapar. Situasi akan jadi lebih teruk jika mereka menangis dan mogok makan. Solusinya, mama hidangkan makanan dalam kuantiti yang sedikit. At least anak mama makan, betul tak?
# Kekalkan rutin harian
Pastikan mama sentiasa konsisten dalam menyediakan makanan setiap hari supaya anak mama terbiasa dengan rutin waktu makan setiap hari.
# Hati-hati dengan makanan baru
Mama mesti dah terbiasa dengan situasi anak-anak rasa makanan baru dan meluahkannya semula kan? Anak-anak mungkin sentuh dan rasa makanan tersebut berulangkali sebelum mencuba. So, Mama Siti sarankan, hidang saja makanan yang baru bersama makanan kegemaran mereka.
# Jadikan makan itu sesuatu yang menyeronokkan
Warna dan variasi makanan itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam menghadapi anak-anak yang ‘picky eater’ ni. Cuba mama hidangkan makanan yang berwarna terang atau pelbagai bentuk yang menarik, pasti si manja terpikat!
# Ajak anak-anak shopping
Yes, shopping! Tapi bukan shopping mainan tau. Shopping sayuran hijau dan buah-buahan. Galakkan anak-anak mama untuk pilih buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya bila beli barang dapur. Si manja mesti nak makan benda yang dia pilihkan?
# Kreatif
Asal cantik. Sedap tu nombor dua. Begitulah kanak-kanak, sering terpikat dengan apa saja yang pelbagai warna. Sesekali, cuba mama hidangkan makanan yang not only berlainan warna tapi versi kartun yang si manja suka. Pasti si manja tertarik untuk mencuba!
# Tutup TV
TV dengan kanak-kanak memang sukar untuk dipisahkan. Mama Siti pun setuju. Cara paling mudah dan cepat untuk tackle masalah ni ialah TUTUP TV atau apa-apa je lah yang ganggu tumpuan anak mama untuk makan. Kalau tak, mahu 3 jam nak habiskan nasi sepinggan.
# Jangan bagi pilihan pada anak
Satu kesilapan kalau mama beri pilihan untuk anak mama pilih makanan yang dia nak. Ini antara punca anak mama jadi ‘picky eater’. Pesan Mama Siti, biasakan hidang makanan yang sihat di meja makan supaya anak-anak terbiasa dengan menu sihat.
# No janji manis
Tak elok janjikan segala macam pencuci mulut atau junk food dekat anak-anak semata-mata nak suruh anak makan. Mungkin mama boleh hidangkan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau gantikan saja dengan hidangan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan atau yogurt.
# Jadi ‘role model’
Point paling penting. Kalau nak anak kita makan makanan yang sihat, mestilah start dengan parents dia betul tak? Kalau mama tunjukkan contoh makanan yang sihat, pasti anak-anak mama pun akan ikut sekali!
Sumber: SirapLimau
BACA JUGA 5 CARA MUDAH UNTUK LATIH ANAK TIDUR DENGAN SENDIRI
Pesan Mama Siti:
You are what you eat. Mama Siti pun setuju. Sebelum anak-anak kita amalkan pemakanan yang sihat, kita mesti mulakan dahulu. Bila anak-anak sihat, mama pun happy betul tak?