KelabMama

20+ Petua Mak-mak Yang Masih Ramai Amalkan Dari Dulu Hingga Sekarang

Petua dari mak kita sememangnya penyelamat untuk Mama yang baru belajar untuk berdikari. Simpang-siur kehidupan semestinya amatlah mencabar. Dengan tips-tips ini, ia dapat membantu Mama fikirkan penyelesaian hal-hal rumahtangga seperti cara penyimpanan barang runcit, penyediaan makanan, kebersihan rumah dan juga penjagaan kanak-kanak.

Cuba Mama baca dan lihat tips-tips yang familiar dengan kehidupan seharian Mama yang sering digunakan.

Petua Memasak Turun-Temurun Daripada Mak

Terdapat beberapa tips memasak daripada mak kita yang sering kita dengar seperti:

1. Macam mana nak lembutkan daging? Perap daging dengan soda bikarbonat selama 15 minit dan bilas sebelum masak.

2. Untuk hilangkan pijar di tangan disebabkan cili, lumurkan tangan dengan minyak masak, kemudian cuci tangan dengan sabun. Mama juga boleh gunakan garam. Pastikan tangan kering dan ramas garam selama beberapa minit, dan bilas dengan air.

3. Untuk kekalkan warna sayur yang hijau selepas celur, Mama boleh masukkan sedikit gula dalam rebusan sayur hijau seperti sayur bayam, sawi dan lain-lain.

4. Peti ais bau busuk? Macam-macam jenis bau? Boleh amalkan petua ini! Ambil beberapa daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk dan bukan di dalam frezeer. Mama juga boleh gunakan daun pandan di dalam kabinet atau tempat lain untuk mewangikan ruang tersebut.

5. Bagaimana pula dengan bau hanyir daging, ayam dan ikan? Untuk ikan, Mama boleh bersihkan dengan air asam jawa selepas membuang isi perutnya. Bagi ayam dan daging, selepas selesai siang, lumurkan tepung gandum pada ayam dan daging tersebut, dan biarkan seketika. Kemudian, basuh dengan air bersih.

6. Untuk hilangkan bau hanyir udang pula, Mama boleh lumurkan dengan garam selepas selesai siang, Biarkan selama beberapa minit sebelum membasuh udang tersebut dengan air bersih.

7. Kadang-kadang kita masak terlebih masin, macam mana nak mengubahnya supaya tidak menjadi terlebih masin? Mama boleh masukkan kentang atau hirisan timun.

8. Satu lagi petua mak adalah, apabila bulan puasa, macam mana nak rasa masin ke tak kan? Satu petua daripada mak adalah letak kuah pada jari, jika kuah itu meleleh, maksudnya kuah itu cukup masin. Jika Mama merasa perit, ini menandakan ia terlebih garam.

Macam Mana Pula Dengan Tips Menggoreng?

8. Selalu goreng ikan mesti lekat-lekat kan? Cara untuk elakkan ikan melekat di kuali semasa menggoreng:

9. Untuk bagi sotong untuk tidak meletup pula, keringkan sotong dan gaulkan dengan sedikit cuka. Confirm jadi!

Bagaimana Pula Dengan Penyimpanan Sayur?

10. Sayur mempunyai banyak jenis dan cara penyimpanan juga berbeza. Kebanyakan sayur sesuai simpan dalam bekas kedap udara yang kering. Manakala sayur berakar harus disimpan secara rendaman pangkal.

11. Untuk kekalkan cili segar hingga sebulan, Mama boleh cuci dan keringkan cili, buang tangkai, kemudian masukkan dalam bekas yang dilapik dengan tisu kering dan letakkan 1 ulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Tutup dengan rapat dan simpan di bahagian chiller.

12. Lambat-laun, udang pun akan hitam kan? Tips untuk penyimpanan udang pula, campurkan udang dengan perahan limau nipis. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa hari.

13. Untuk penyimpanan gula melaka pula, Mama boleh simpan gula melaka dalam bekas yang bertutup rapat dan kedap udara untuk elak kulat dan didatangi semut. Mama juga harus pastikan ia disimpan di:

14. Bagaimana pula dengan gula biasa? Letakkan 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula.

15. Kutu beras pula selalu naik apabila kita tinggal beras terlalu lama. Untuk elakkan kutu beras dalam bekas penyimpan beras, Mama boleh masukkan 2-3 biji cili kering.

16. Apabila kita sering gunakan pengisar untuk bawang, cili dan sebagainya, macam mana nak kisar smoothie Mama kan? Takut rasa bawang pula nanti! Apa yang Mama boleh lakukan ialah, mula-mula, kisarkan serbuk kopi dan air panas. Kemudian, kisar sabun cuci pinggan dengan air dan akhirnya bilas.

17. Masa kisar tu kita punya blender macam tak berapa tajam pula? Macam mana nak buat dia lagi tajam? Untuk tajamkan blender kita, Mama boleh cuba kisar dengan garam kasar.

18. Nak kekalkan mi atau kuey teow dalam tempoh yang lama? Gaulkan mi dan sedikit minyak masak. Kemudian, urai-uraikan mi tersebut dan simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk.

Petua Penjagaan Rumah Agar Kekal Bersih

19. Selalu lalat akan hinggap pada bau hanyir dan bau busuk. Untuk menghalau lalat, Mama boleh cuba titiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian, lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.

20. Untuk menghalau binatang yang merbahaya seperti tikus, letakkan beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus dan biarkan selama beberapa hari.

Petua Penjagaan Anak-Anak

21. Anak selalu kencing malam? Sediakan satu sudu kecil madu lebah, dan perahkan sedikit lemon. Berikan pada anak Mama pada setiap pagi dan sebelum masuk tidur.

22. Anak Mama kena ruam? Boleh lumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan lumurkan pada tempat-tempat utama seperti leher, punggung dan dada.

Tahniah, Mama sudah habis baca tentang petua mak-mak kita yang sering diamalkan pada zaman sekarang! Banyak juga petua daripada mak-mak kita kan?

Tips turun-temurun daripada nenek moyang ini sangat berguna untuk mendapatkan masakan yang lebih enak, segar, dan bersih serta kehidupan yang lebih memudahkan tanpa menggunakan produk yang rumit atau susah untuk diperoleh.

Dengan itu, Mama Siti berharap supaya tips-tips ini dapat membantu Mama dalam hal-hal rumahtangga Mama!

Selamat mencuba ya~

Kredit: Makan Sedap Johor & Keluarga