KelabMama

PETUA HILANGKAN SELESEMA BAYI

Selesama merupakan satu jangkitan yang kerap dialami oleh bayi disebabkan sistem imunisasi yang rendah. Ia berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi. Selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan. Apabila selesema, bayi akan menunjukkan reaksi tidak selesa, sukar bernafas, penyusuan terganggu, sukar tidur dan menyebabkannya kerap merengek dan menangis. Situasi ini turut memberi kesukaran kepada ibu bapa. Stress kan?

Untuk anak kecil dan masih bayi, elakkan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit mereka jika yang agak ringan. Cuba cara alami yang lebih selamat dan mudah ini.

 

TIPS MERAWAT BAYI SELESEMA

Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel .

Anda perlu membeli Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Caranya, ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Selepas sapu,  boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

Mandikan bayi 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi. Selain itu, ibu juga boleh menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi. Cara ni agak comot tapi kalau boleh merawat selesema bayi apa salahnya kan?

Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Teknik Ini amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.

Ikuti langkah-langkah ni untuk membuat Tepukan Percussion.

  1. Letak bayi dalam posisi meniarap dan diletakkan bantal lembut di bawah perut bayi.
  2. Pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki. Kaki lurus.
  3. Bentukkan tangan “cupping” dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja.

4.Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakang bayi.

Anda  perlu ingat, pastikan buat sesi ni sebelum minum susu atau antara setengah jam hingga sejam selepas sesi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu ketika sesi tepukan. Sebagai tambahan, anda turut boleh membuat Teknik Percussion ini serentak dengan Teknik Stim bayi. Teknik Stim boleh dibuat dengan menyediakan air panas di dalam baldi dan titiskan minyak kayu putih/minyak bawang putih. Baringkan bayi di atas paha dan halakan muka ke arah baldi tersebut. Wap air akan melegakan hidung tersumbat.

 

 

Sumber:  Ayachalo.com