KelabMama

Risaunya Bacaan Kuning Bayi Tak Turun! Cuba Petua Hilangkan Kuning Bayi Yang Berkesan Ini

Menjadi kelaziman seorang bayi rata-rata akan mendapat jaundice atau kuning selepas 48 jam dilahirkan.

Meskipun ia dianggap normal selagi doktor mengesahkan kuning tadi bukan petanda bahaya, namun Mama Siti yakin ia sedikit sebanyak membuatkan anda dan suami tertekan lantaran melihatkan si kecil yang terpaksa dicucuk dengan jarum.

Setiap kali petugas kesihatan memantau bacaan jaundice si kecil, maka setiap kali itulah sample darah diambil bagi menilai keputusan kadar bacaannya.

Dengan keadaan tubuh Mama yang masih lemah selepas proses kelahiran, masalah jaundice pastinya turut menjejaskan keadaan emosi anda.

Perlu berulang-alik ke klinik, melihat si kecil menangis dan kecewa tatkala keputusan bacaan yang keluar seakan tiada penurunan.

Menurut portal MyHealth, jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Jaundis sering berlaku pada bayi dimana 50 peratus bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Banyak faktor dikaitkan dengan penyebab prolonged jaundice iaitu

Petua Hilangkan Kuning Bayi Yang Terkini

Dek kerana ramai berhadapan dengan masalah jaundice, dalam entry kali ini, Mama Siti akan senaraikan semua petua tradisional menurunkan bacaan kuning bayi.

Bagaimanapun, keberkesanannya adalah berbeza. Mungkin ada yang rasa sangsi dengan sesetengah petua di bawah, namun artikel kali ini adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak tips yang sering diamalkan oleh masyarakat terdahulu.

1. Kerap menyusukan bayi

Ini bukan setakat petua, namun ia sememangnya disarankan oleh pakar kesihatan. Susu ibu merupakan susu paling terbaik dan mujarab terutamanya bagi menghilangkan kuning bayi.

Melalui penyusuan yang kerap, si kecil akan membuang air besar dengan mudah. Ini antara cara menurunkan kuning bayi iaitu dengan memastikan si kecil sentiasa lawas.

2. Beri susu kambing

Selain susu ibu, orang tua-tua juga sering menyarankan Mama untuk memberi bayi susu kambing

Ia berperanan untuk menurunkan dan merawat jaundis. Susu kambing merupakan susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, dan ianya juga adalah sunnah Nabi S.A.W.

Dapatkan susu kambing yang masih segar dan titiskannya sedikit ke dalam mulut bayi. Pastikan juga susu tersebut masih belum disimpan di dalam peti sejuk lagi.

3. Amalkan pemakanan seimbang

Bagi bayi yang fully breastfeeding, adalah penting untuk Mama amalkan makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan minum lebih banyak air kosong supaya bayi mendapat khasiat daripada susu Mama.

4. Anggur hitam

Air perahan dari anggur hitam juga berupaya untuk melegakan jaundis bayi. Perah anggur hitam, ambil airnya dan titiskan ke dalam mulut bayi.

5. Pati kurma

Petua yang seterusnya pula adalah dengan menggunakan pati kurma. Mama perlu banyak minum pati kurma ini dengan mengambilnya sebanyak dua sudu setiap pagi atau jadikannya sebagai jus untuk diminum di waktu pagi dan juga malam.

Amalkannya sehingga bayi bebas dari Jaundis.

6. Elak makan jamu dan herba

Elakkan pengambilan jamu atau herba dan makanan-makanan yang panas seperti lada hitam, halia dan sebagainya ketika bayi mengalami jaundis.

Semua pengambilan ini mampu melambatkan bayi pulih.

7. Asam jawa dan daun kucai

Ambil daun kucai, cuci bersih dan kisar sehingga halus dan tapis ambil airnya. Kemudian, ambil pula asam jawa campurkan dengan dengan air, ramas dan tapis. Campurkan kedua-dua bahan ini dan tapis sekali lagi.

Kemudian, campurnya dengan air mandian bayi yang suam sedikit dan mandikan bayi selama lebih kurang 20 – 30 minit.

8. Sengkuang cina

Kupas sengkuang cina, cuci bersih dan kisar sehingga lumat. Tapis airnya sehingga tiada lagi sisa-sisa yang tertinggal. Titiskan air sengkuang tersebut ke dalam mulut bayi.

Sengkuang cina berkhasiat untuk menyejukkan tubuh bayi dan mampu mengurangkan kadar bacaan kuning bayi. Amalkannya setiap hari sehingga bayi sembuh.

9. Air bunga

Mandikan bayi dengan campuran bunga-bungaan yang tidak mempunyai getah. Contohnya bunga ros, bunga melur dan sebagainya.

10. Air ginseng

Petua yang seterusnya adalah memandikan bayi dengan air ginseng cina. Mama boleh mendapatkannya di kedai ubat tradisional cina.

11. Elakkan warna kuning

ini antara petua lama yang famous iaitu elakkan warna juning pada bayi. Ketika membeli peralatan, pakaian dan aksesori untuk bayi, sebolehnya elakkan barangan yang mempunyai warna kuning.

Sejauh mana kesahihannya, Mama Siti kurang pasti.

12. Air rebusan pokok dukung anak

Selain air ginseng, Mama juga mungkin boleh cuba petua ini sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat bayi jaundis.

Ambil secekak pokok dukung anda, bersihkan dan rebus sehingga mendidih. Biarkannya suam dan campurkan dengan air mandian bayi.

Lakukannya setiap hari sehingga kuning bayi sembuh.

13. Air rebusan peria

Bagi petua yang ke-13 pula, rebus peria hantu sehingga mendidih. Mandikan bayi setelah air rebusan tadi sudah pun suam.

14. Mandian air teh

Teh juga mampu membantu merawat masalah kuning bayi. Hanya masukkan sedikit air teh ke dalam mandian bayi dan lakukannya setiap hari.

15. Tepung benih barli

Tepung benih barli yang disapu ke atas kulit bayi dan didedahkan kepada cahaya matahari mampu menjadikan Jaundis menjadi lebih baik.

Tepung Benih Barli ini mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi dapat membantu mengurangkan tahap bilirubin secara tidak langsung.

16. Tebu hitam

Tebu hitam juga mempunyai khasiat untuk merawat jaundis bayi. Bakar tebu hitam di atas api dan ketuk untuk keluarkan airnya. Titiskan air tebu tersebut ke dalam mulut bayi.

17. Pokok hujan lebat

Ambil daun pokok hujan lebat dan rebus sehingga airnya mendidih. Tunggu sehingga airnya menjadi suam baharulah Mommy mandikan bayi.

18. Berjemur

Petua yang terakhir ini paling famous. Memang biasa kita dengar dan Mama Siti yakin, semua ibu khususnya berbangsa Melayu pasti pernah disaran melakukan petua ini.

Ia adalah aktiviti meletakkan bayi di bawah sinaran matahari iaitu ketika matahari mulai terbit. Kebiasaannya bayi dinasihatkan untuk dijemur lebih kurang lima hingga 10 minit sahaja diantara waktu 7.00-8.00 pagi setiap hari.

Sekiranya Mama ingin mendapatkan panduan daripada pakar, Mama Siti syorkan Mama untuk menyertai program Motherhood New Mom.

Dengan menyertai program ini, Mama bakal didedahkan dengan pelbagai panduan berguna dan juga berpeluang untuk mendapat ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk pelbagai info dan tips mengenai kesihatan bayi, Mama boleh rujuk di SINI!