Petua hilangkan cirit birit terdiri daripada makanan, minuman dan ubat-ubatan. Perhatikan setiap satu petua dan sesuaikan dengan keadaan semasa Mama agar segera pulih dari cirit birit.
Ini kerana apabila seseorang mengalami cirit birit, mereka kehilangan banyak cecair dari dalam badan dan mencetuskan kegagalan fungsi organ jika tidak dirawat segera.
Terlebih dahulu, kita lihat punca terjadinya cirit birit dan petua hilangkannya.
Apa Punca-punca Cirit Birit?
Punca seseorang mendapat cirit birit boleh disebabkan oleh bakteria, ubat-ubatan dan jenis makanan tertentu.
Cirit birit boleh berlaku kerana jangkitan bakteria melalui makanan ketika proses penyediaan makanan. Bakteria jenis Salmonella dan E.coli ialah dua mikroorganisma yang mengakibatkan cirit birit.
Seterusnya, cirit birit juga boleh berpunca daripada jangkitan virus iaitu Norovirus, hepatitis, rotavirus dan cytomegalovirus.
Tahukah Mama? Kita boleh dapat cirit birit disebabkan ubat-ubatan yang diambil. Ya, contohnya ubat antibiotik, ubat kemoterapi, ubat darah tinggi dan ubat mengawal ritma degupan jantung.
Tambahan pula, bukan semua orang dilahirkan dengan kebolehan menghadam produk tenusu. Oleh itu, jika individu yang tidak toleran laktosa minum susu, maka dia boleh mendapat cirit birit.
Akhir sekali, cirit birit juga boleh disebabkan oleh pemanis tiruan yang mengandungi kandungan Sorbitol dan Manitol.
10 Petua Hilangkan Cirit Birit
#1 Minum Air
Orang yang cirit birit kehilangan banyak air dari dalam badan. Mereka berisiko dehidrasi dan boleh mengganggu fungsi organ dalam badan.
Oleh itu, banyakkan minum air bersih sebagai petua hilangkan cirit birit.
#2 Ambil Probiotik
“Probiotik tu apa Mama Siti?”
Probiotik merupakan kombinasi bakteria atau yis hidup yang tinggal secara semula jadi dalam badan kita.
Petua hilangkan cirit birit adalah dengan mengambil probiotik seperti tempe, jeruk atau acar (pickle), keju kotel (cottage cheese) dan kimchi.
#3 Makanan Rendah Serat (Bland)
Jenis-jenis makanan bland tidak terhad kepada satu tekstur sahaja. Ia boleh hadir dalam bentuk pepejal atau separa pepejal.
Contoh makanan rendah serat ialah bubur nasi, kentang rebus dan roti putih. Makanan-makanan seperti ini lebih mudah dihadam dan lebih pantas membekalkan tenaga.
#4 Ubat Farmasi
Jika Mama datang ke farmasi, ahli farmasi akan menasihatkan agar pesakit cirit birit makan ubat loperamide dan bismuth subsalicylate.
#5 Makanan Tidak Digalakkan
Selain perlu makan walaupun mengalami cirit birit, petua hilangkan cirit birit juga termasuk dengan mengelakkan beberapa makanan berikut;
- Sayur berdaun hijau
- Kobis bunga
- Kobis
- Kacang kuda
- Kacang pea
- Pemanis tiruan
- Aiskrim
- Susu
- Kopi
#6 Sayuran Dimasak
Lagi satu petua hilangkan cirit birit ialah makan sayur-sayuran yang telah dimasak dan lebih baik lagi kalau dibuang kulitnya.
Tambahan pula, cara merawat cirit birit yang berkesan adalah dengan mengelakkan jenis sayuran yang berangin untuk mengelakkan rasa tidak selesa di bahagian perut.
#7 Air Teh
Selain air daun teh yang biasa kita minum, minuman teh seperti berikut juga boleh diamalkan untuk hilangkan cirit birit;
- Teh bunga
- Teh halia
- Teh limau
- Teh pudina
- Teh adas
- Teh kemangi
- Teh licorice
- Teh hijau
- Teh hitam
Nota: teh susu, teh tarik dan teh dengan pemanis tiruan adalah tidak digalakkan kerana boleh meningkatkan simptom cirit birit.
#8 Minuman Elektrolit
Pengambilan air elektrolit sangat disarankan ketika seseorang mengalami cirit-birit. Ini kerana air elektrolit mengandungi bahan kimia diperlukan dalam badan seperti natrium dan kalium.
Contoh-contoh air elektrolit ialah air kelapa, jus tembikai dan chia seed.
#9 Ais Pop
Petua hilangkan cirit birit yang seterusnya adalah dengan makan ais pop. Namun begitu, Mama Siti tidak galakkan Mama makan ais pop yang dibeli di pasar.
Sebaliknya, buat sendiri ais pop dengan membekukan jus buah atau air kosong bersama-sama beberapa hirisan buah.
#10 Yogurt
Ketika Mama mendapat cirit-birit, amalkan yogurt kerana ia boleh mengurangkan simptom-simptom yang sedang dialami.
Kepada yang belum tahu, yogurt ialah produk tenusu yang terhasil melalui susu yang ditapai atau proses fermentasi.
Cara untuk hilangkan cirit birit adalah melalui makanan, minuman dan ubat-ubatan. Setiap satu petua ada pantang larangnya masing-masing.
Suka Mama Siti ingatkan agar Mama segera berjumpa doktor jika cirit birit semakin teruk walaupun telah mencuba petua hilangkan cirit birit.
Tingkatkan kualiti kesihatan seisi keluarga di SINI!