Aduhai, kecewanya rasa bila tengok tilam basah gara-gara anak berusia lapan tahun terkencing lagi. Kencing malam bukan isu kecil kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan pelbagai masalah berlaku.
Antaranya anak menjadi seorang yang kurang berkeyakinan selain hal ini turut menjejaskan kesihatan mental Mama lantaran mudah stress melihat tilam sama kerap basah hingga menimbulkan bau kekal yang kurang menyenangkan.
Malah, jika masalah ini tidak dicegah, jangan terkejut jika ada parents mengambil jalan singkat dengan membiarkan anak memakai diaper ketika tidur meskipun si anak sudah menginjak ke alam sekolah rendah.
Ya, ada golongan ibu bapa yang rasa berputus asa untuk menghentikan tabiat anak yang kencing malam hingga berpendapat masalah ini akan selesai sendiri secara semulajadi mungkin di usia 10 atau 11 tahun.
Masa tu tak perlu pakai diaper lagi. Awas Mama, meskipun ia boleh hilang secara semulajadi, namun terdapat pelbagai kesan negatif jika membiarkan anak tidur dengan lampin sehingga masuk alam persekolahan.
Mama Siti rasa terpanggil untuk berkongsikan satu confession daripada seorang wanita menggunakan identiti samaran mengenai sikap pelik bekas suaminya yang gemar memakai diaper setiap malam sebelum tidur.
Suaminya sihat tubuh badan dan kelihatan normal menjalani rutin seharian, namun mempunyai tabiat aneh pada masalah yang satu ini.
Elakkan Adult Baby Diaper Lover (ABDL)!
Rupanya, simptom ini bukanlah perkara baru kerana di luar negara, ramai golongan dewasa berhadapan perkara sama iaitu tidur dengan lampin hinggakan golongan ini membentuk community mereka dan menggelarnya sebagai Adult Baby Diaper Lover (ABDL).
ABDL adalah situasi yang mana golongan dewasa mempunyai minat atau tabiat cenderung memakai apa jerr barangan baby termasuklah lampin pakai-buang.
Mengapa wujud individu seperti ini? Ya, ia disebabkan sikap parents mereka dahulu yang bimbang untuk fully free diaper gara-gara anaknya kencing malam meskipun telah diajar kaedah toilet training.
Senang kata, sebaik si kecil mula meniti zaman kanak-kanak, parents mulai ajar signal kepada anak bagaimana nak ke toilet, rasa nak membuang air dan sebagainya.
Namun, setiap kali tidur, anak mesti terkencing hampir setiap hari walaupun dah diajar untuk bangun malam. Ini sekaligus menyebabkan parents bimbang dan rasa tak bersedia untuk fully free diaper sehingga tak sedar, ia menjadi amalan hingga dewasa.
“Tapi dah dewasa takkan masih kencing malam lagi?”
Berdasarkan apa yang Mama Siti baca, golongan ini tidak lagi mempunyai masalah untuk tersedar apabila berasa nak buang air kecil semasa tidur, namun ia dah menjadi tabiat hingga menyebabkan mereka tak mahu berhenti daripada menggunakan lampin semasa tidur.
Masalah ini sebenarnya berkait dengan psikologi.
Namun, bukankah ia membimbangkan sekiranya hal sama menimpa anak kita akibat sikap ambil ringan kita daripada mengubati anak yang mengalami masalah kencing malam ini?
Apa yang Mama perlu faham, meskipun si anak terkencing ketika tidur malam, Mama jangan pernah putus asa untuk mengajar mereka kaedah sesuai sehingga masalah ini pulih.
Walaupun terpaksa berganti tilam dan sebagainya, tetapi kencing malam harus dirawat. Bagaimana caranya?
Jom lihat beberapa petua hilangkan anak kencing malam yang selamat, dimana salah satu daripadanya mungkin sesuai untuk merawat masalah kencing malam anak Mama.
Penyebab Anak Kencing Malam
Sebelum tu, jom kita ketahui apa penyebab kanak-kanak ini masih kencing malam. Sedangkan, ada jerr kanak-kanak lain yang normal tidur tanpa kebasahan. Menurut laman web Hello Doktor, penyebab anak kencing malam mungkin disebabkan:
- Pundi kencing anak tidak boleh menahan urin mereka semalaman. Walaupun saiz pundi kencing sebenar kanak-kanak mungkin normal, namun semasa tidur, ia akan menghantar isyarat lebih awal jika ia sudah penuh. Dan, berkemungkinan juga anak anda menghasilkan sejumlah besar urin semasa waktu petang dan malam. Ini mungkin ada kena-mengena dengan hormon anti-diuresis (ADH) – satu hormon yang mengatur pengeluaran air kencing.
- Anak Mama seorang yang tidur mati. Kajian mengesahkan bahawa terdapat hubungan antara tidur mati dan kencing malam. Sesetengah kanak-kanak yang tidur mati, otak mereka tidak mendapat isyarat bahawa pundi kencing mereka telah penuh.
- Kurangnya aktiviti ke tandas pada siang hari. Kebanyakan kanak-kanak suka menahan daripada membuang air kecil dan mereka akan melepaskan hajat bila benar-benar dah tak mampu nak tangguh lagi. Justeru, dalam hal ini Papa dan Mama perlu mengenali tanda-tanda anak sedang menahan untuk membuang air kecil seperti menyilangkan kaki, muka menegang, meliuk-lentok, mencangkung, dan mengunci paha.
- Anak makan terlalu banyak sebelum waktu tidur atau mengalami sembelit. Usus penuh akan menekan pundi kencing dan boleh menyebabkan pengecutan pundi kencing tidak terkawal, semasa bangun tidur ataupun semasa tidur.
Tips & Petua Hilangkan Anak Kencing Malam Secara Fizikal
Berikut, beberapa kaedah disiplin untuk anak Mama bagi melatih mereka agar mengurangkan risiko kencing malam.
- Kurangkan pemberian air atau susu sebelum masuk tidur. Sebaiknya Mama digalakkan untuk tidak memberikan anak apa-apa minuman tiga jam sebelum tidur. Ia termasuklah menghindarkan minuman kafein kerana kafein boleh menyebabkan seseorang kerap kencing.
- Latih si kecil untuk ke bilik air setiap kali sebelum masuk tidur meskipun mereka tidak rasa mahu membuang air kecil.
- Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Mama perlu offer kan diri untuk teman mereka apabila nak ke tandas ketika lewat malam.
- Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
- Untuk peringkat awal, sentiasa disiplin untuk kejutkan anak selepas beberapa jam mereka tidur dan ajak ke toilet meskipun mereka tiada rasa untuk buang air kecil. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
- Berikan pujian pada anak jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali mereka terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
- Letakkan alas pada tilam supaya mudah untuk membersihkan tilam setiap kali terkena air kencing. Sekarang pun dah banyak alas tilam yang selesa tanpa bunyi bising seperti plastik Mama. Yang penting, tak akan kotorkan tilam. So, tak adalah Mama rasa stress kalau mereka ‘terlepas’ sehingga menyebabkan Mama ambil jalan mudah iaitu pakaikan diaper pada si anak.
- Ajar anak tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
- Jika masalah kencing malam anak kronik, cuba kaedah hipnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
- Buat jadual tentang kencing malam anak. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, Mama dan Papa boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.
Petua Tradisional Hilangkan Anak Kencing Malam
1. Urutan di bawah abdomen
Pertama sekali, rawatan kencing malam ini boleh dilakukan dengan cara mengurut bawah abdomen anak. Lakukan urutan ini secara lembut dan perlahan dengan menggunakan sedikit minyak zaitun. Ia sebagai tujuan menguatkan pundi kencing anak.
2. Melakukan senaman pada pundi kencing
Senaman ringan yang mudah bagi mengawal pundi kencing daripada terkencing di waktu malam seperti:
- Sekiranya rasa nak terkencing, boleh ajar mereka tahan dalam masa 10 ke 20 minit. Ia mampu meningkatkan kawalan pundi kencing anak. Lakukan dua kali sehari.
- Minum air dengan kerap untuk melatih diri menahan kencing bagi mengembangkan otot abdomen.
3. Kayu manis
Bukan hanya penyedap rasa, namun, kayu manis sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Ia bukan setakat mampu merawat kencing malam tapi juga boleh mengawal masalah kencing manis.
Pengambilannya tiap hari boleh membantu masalah ini dari berterusan. Caranya, mummy boleh meletakkan serbuk kayu manis sebagai topping susu, roti atau pencuci mulut.
4. Jus kranberi
Amalan minum jus kranberi boleh merawat kencing malam. Berikan secawan jus ini pada anak setiap malam sebelum dia masuk tidur. Secara tak langsung, ia bantu anak mengatasi masalah ini.
5. Kismis dan kacang walnut
Jangan tak percaya, tapi kismis dan kacang walnut juga boleh menjadi rawatan kencing malam si kecil. Berikan dua makanan kering ini sebelum anak masuk tidur.
Ulang beberapa kali hingga nampak kesan positif.
6. Buah gooseberry
Buah gooseberry merupakan antara buah yang efektif untuk merawat kencing malam. Caranya, ambil 3 biji buah gooseberry, kemudian potong kecil dan tumbuk halus. Tambah sedikit madu dan gaul, kemudian beri anak makan setiap pagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan anak Papa dan Mama, boleh klik di SINI!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.