KelabMama

8 Petua Hentikan Haid Berpanjangan dan Punca-puncanya

“Period lama tapi keluar sikit-sikit.” 

Jangan ambil mudah jika Mama mengalami period yang berpanjangan sampai menganggu kehidupan seharian. 

Kali ini, Mama Siti kongsikan beberapa punca haid berpanjangan dan 8 petua hentikan haid agar kembali normal. 

Punca-punca Haid Berpanjangan

Kredit gambar: Jovee

#1 Hormon Sentiasa Berubah

Biasanya, ketidakseimbangan hormon berlaku kepada gadis muda yang baru memasuki fasa akil baligh atau pada wanita yang menghampiri menopause.

Penyakit tiroid dan sindrom ovari polikistik juga boleh menyebabkan masalah hormon pada wanita.

#2 Makan Ubat Tertentu

Menggunakan IUD juga boleh menyebabkan masalah yang sama seperti mengambil pil perancang.

Ubat-ubatan lain seperti aspirin, pencair darah dan ubat anti-radang juga boleh menyebabkan menorrhagia pada wanita.

#3 Kerana Hamil

Jika Mama mengalami pendarahan semasa hamil berkemungkinan itu tanda bahaya seperti kehamilan ektopik atau keguguran.

Nota: Jumpa doktor secepat mungkin, terutamanya jika Mama mengalami masalah pendarahan vagina.

#4 Polip Dalam Rahim

Apabila tisu abnormal terdapat di dinding rahim, ketumbuhan kecil seperti polip berisiko membesar. Keadaan ini kebanyakannya berlaku pada wanita berumur 40 hingga 50 tahun.

#5 Adenomiosis

Adenomiosis adalah pertumbuhan tisu rahim yang melapisi rahim dan menembusi dinding uterus. Tisu yang menebal itu menyebabkan pendarahan atau haid berlaku.

#6 Tiroid

Jika haid berpanjangan dalam tempoh yang lama, Mama mungkin mengalami masalah yang tiroid juga dikenali sebagai hipotiroidisme.

#7 Pendarahan

Boleh jadi punca Mama mengalami haid berpanjangan adalah kerana kegagalan darah membeku secara normal disebabkan penyakit lain. 

Contoh penyakit menghalang darah membeku ialah hemofilia dan penyakit Von Willebrand.

#8 Obesiti

Apabila terdapat lemak berlebihan, badan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen. Paras estrogen yang tinggi menyebabkan wanita mengalami haid yang berpanjangan.

#9 Kanser

Tempoh haid berpanjangan mungkin menunjukkan kehadiran kanser pada sesetengah wanita.

Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bertanyakan mengenai simptom-simptom yang dialami untuk menjalankan diagnosis yang bersesuaian.

8 Petua Hentikan Haid Berpanjangan

#1 Urus Tekanan

Kredit gambar: besthealthmag.ca

Mengalami tahap tekanan yang tinggi boleh mengganggu tahap hormon dan mengakibatkan kitaran haid yang lebih lama.

Mempraktikkan yoga, meditasi dan teknik pernafasan dalam boleh menguruskan tekanan dengan berkesan dan berpotensi mengurangkan tempoh haid dengan mengawal selia hormon.

#2 Senaman Lantai Pelvis

Kredit gambar: Columbia Asia

Melakukan senaman seperti Kegels boleh membantu menjadikan otot lantai pelvis anda lebih kuat dan meningkatkan aliran darah ke rahim . Selain itu, ia juga boleh membantu meringankan haid Mama.

#3 Akupunktur

Kredit gambar: Hermina Hospitals

Akupunktur boleh memendekkan tempoh pendarahan haid kerana ianya mengawal selia hormon dan meningkatkan peredaran darah. Sekaligus, melancarkan aliran darah haid yang keluar agar tidak berpanjangan. 

#4 Bersenam dan Makanan Sihat

Kredit gambar: Mashed

Rutin bersenam membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan masa pendarahan haid Mama. 

Manakala makanan kaya vitamin C dan tinggi kaya zat besi menghasilkan hemoglobin dan molekul yang membantu sel darah merah membawa oksigen. 

Jadi, walaupun Mama sedang haid, risiko anemia dapat dielakkan.

#5 IUD Hormon

Kredit gambar: Halodoc

Kaedah ini memerlukan kepakaran ahli perubatan bertauliah kerana prosesnya yang rumit dan berisiko. 

IUD hormon ialah alat dalam rahim yang akan mengeluarkan progestin iaitu levonorgestrel. Fungsinya adalah agar lapisan rahim menjadi lebih nipis sekaligus menghentikan haid berpanjangan. 

#6 Suplemen

Kredit gambar: Jovee

Petua hentikan haid berpanjangan yang seterusnya ialah melalui suplemen. Badan memerlukan nutrien tambahan untuk menambah darah yang keluar setiap bulan. 

Jika banyak darah keluar, lebih singkat tempoh haid berlaku. 

Nota: Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa jenis suplemen demi memastikan tiada kesan sampingan di masa hadapan. 

#7 Kontraseptif Oral

Kredit gambar: Med Malay

Haid yang berpanjangan boleh dihentikan dengan cara pengambilan pil kontraseptif di farmasi. Ia membantu mengawal kitaran menstruasi dan menghentikan pendarahan perlahan-lahan. 

#8 Terapi Haba

Kredit gambar: BuzzKini

Ketika sedang haid, Mama boleh berendam dalam mandian air suam selama beberapa minit. Selain dapat mengurangkan sakit senggugut, petua ini juga mampu memendekkan tempoh haid berpanjangan. 

Kredit gambar: Ceriasihat

Ada pelbagai punca terjadinya haid berpanjangan termasuklah dari gaya hidup, pemakanan dan faktor kesihatan. 

Mudah-mudahan perkongsian kali ini membantu Mama mendapatkan kitaran haid yang normal serta menjalani hidup yang lebih baik. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk pelbagai info dan tips kesihatan wanita, boleh lihat di SINI!