KelabMama

Bapa Kongsi 3 Petua Untuk Anak Berpisah Puting

Anak-anak bila dah pandai hisap puting, mesti susah nak lepaskan. Kalau dah terbiasa dengan satu puting tu, sampai bila-bila pun nak puting yang sama je. Kalau dah rosak yang dah ada, kita beli yang baru, jenama lain pun boleh mengamuk! Anak-anak kenal tau macam mana puting yang dia suka. Untuk pengetahuan Mama, adalah lebih baik Mama ajar anak Mama berpisah puting sebelum umur 2 tahun.

Sebagai seorang bapa, Encik Muhammad Zaini Jasni kongsikan beberapa tips yang digunakan beliau dan isteri untuk anak mereka berpisah puting. Hanya gunakan bahan-bahan di rumah je.

Anak saya seorang penghisap punting yang tegar. Dia mula menghisap seawal usia 2 bulan. Kadar ketegaran dia sehingga hendak mandi pun kena hisap punting. Apatah lagi waktu dia hendak tidur. Punting ibarat candu yang tidak boleh berenggang dari mulut.

Disebabkan ramai nasihat, diusia 1 tahun 6 bulan, kalau tidak dari sekarang pisah kan dia dengan punting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.

Jadi ada beberapa petua yang saya dan isteri gunakan.

Puting ‘Hilang’

Pertama, kami hilangkan punting dari pandangan dia. Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari punting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.

Halia ditumbuk Halus

Kedua, isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.

Perap dengan Kunyit

Ketiga, kami gaulkan punting dengan kunyit. Kali ini perapan lebih lama. Malam ketika hendak tidur kami berikan punting. Kali ini, anak tolak punting tersebut. Siap buat mimik loya dengan muka. Mungkin dia geli lihat puting tersebut dengan warna kekuningan.

Ibu Bapa juga harus kuat.

Ada cabaran yang kami perlu lalui seminggu yang pertama selepas anak tolak punting. Malam waktu tidur, dia akan menangis hendakkan punting. Tapi bila kami suakan punting yang berlumur kunyit, langsung dia tolak. Masa ni ibubapa kena kuat. Memang kesian tengok anak, tapi kalau tidak buat dari sekarang, anak akan susah pisah dengan punting.

Akhirnya kini, kalau kami beri punting biasa, yang tidak dilumurkan dengan kunyit, dia tetap akan tolak. Terbukti kaedah ini berjaya untuk anak kami.

Statement paling ‘win’!

Secara tidak langsung, dari kecil anak saya dah diajar tolak ‘kunyit’. Hahahaha xD

Pandai si bapa ni! Mungkin Mama boleh cuba petua yang digunakan pasangan suami isteri ini. Bukan taknak bagi anak hisap puting tu, tapi sampai bila kan. Takut terbawa sampai ke tahun tahun berikutnya pula.