Dah jadi mak-mak ni, hujung minggu dan cuti sekolah mesti nak bawa anak-anak jalan-jalan kan. Selain dapat cipta memori bersama, datang ke petting zoo sebenarnya baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Nasib baik dekat Selangor ada beberapa taman haiwan yang menarik dengan harga yang berpatutan. Nak tahu ada apa di setiap petting zoo ini, teruskan bersama Mama Siti.
7 Petting Zoo di Selangor Yang Sesuai Untuk Si Kecil Mama Papa
#1 Hussin Fauzi Farm
Zoo ini terletak di dalam kampung di mana persekitaran sekitar petting zoo ini dilindungi dengan pokok-pokok yang menyejukkan dan meredupkan tempat.
Anak-anak boleh melihat, menyentuh dan bergambar dengan haiwan-haiwan yang ada di sini. Selain itu, aktiviti lain yang anak Mama wajib cuba termasuklah menunggang kuda, menaiki ATV, memberi makan kepada haiwan dan bermain di soopa doopa.
Tahukah Mama, sebahagian jualan tiket di Hussin Fauzi Farm ini akan disalurkan ke pusat tahfiz milik Encik Hussin sendiri. Kesimpulannya, sambil mendekatkan diri dengan haiwan, sambil kita menyumbang.
Alamat: Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Rabu – Isnin: 10 pagi – 6 petang
Hubungi : 017-264 1038
Harga Tiket:
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM7
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah: Percuma
#2 Farm In The City
Di tengah-tengah kepesatan kota, ada sebuah petting zoo yang sudah hampir 10 tahun bertapak di Selangor.
Setiap bahagian haiwan yang ada mempunyai keunikannya sendiri yang membuatkan Mama rasa sedang masuk ke habitat sebenar haiwan tersebut.
Petting zoo seluas tujuh ekar ini menempatkan lebih 100 spesies haiwan yang dibahagikan mengikut kategori masing-masing seperti:
- Pet Village
- Ostrich Farm
- Turtle & Tortoise Farm
- Reptiles Cavern
- Passion fruit Garden
- Bird Aviary
- Savannah
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi:
Rabu – Isnin: 10 pagi – 6 petang (Hari bekerja)
Sabtu – Ahad: 9.30 pagi – 6 petang
Hubungi : 03-8941 3099
Harga Tiket: Dari RM32
#3 IOI City Farm
Tidak seperti kebiasaan petting zoo lain yang kebanyakannya ada di lantai bawah atau di permukaan bumi. Kali ini, petting zoo ini terletak di tingkat dua emporium beli-belah IOI City Mall.
Walau bagaimanapun, pengalaman menyantuni haiwan di sini tidak kurang hebatnya oleh kerana adanya ahli zoologi, aquaris dan ahli botani yang membantu menyampaikan ilmu tambahan kepada anak-anak.
Alamat: AT-6, Tingkat 2, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Sepang, Putrajaya
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10 pagi – 9 malam
Hubungi : 03-8328 8888
Harga Tiket: RM 48 (Hari bekerja), RM 58 (Hujung minggu dan cuti sekolah)
#4 Sunway Wildlife Park
Paling menarik, petting zoo ini merupakan sebahagian dari tarikan lawatan ke taman tema air Sunway Lagoon.
Ada kalanya ada haiwan yang berjalan-jalan di sekitar zoo supaya dapat berinteraksi lebih dekat lagi dengan pengunjung terutamanya kanak-kanak.
Kalau nak tengok singa putih dan harimau putih memang wajib datang ke Sunway Wildlife Park.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10 pagi – 6 petang
Hubungi : 03-5639 0000
Harga Tiket:
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas): RM213 ke atas
Kanak-kanak (berumur 12 tahun ke bawah): RM178 ke atas
Warga emas (berumur 60 tahun ke atas): RM 178 ke atas
#5 G2G Animal Garden
Anak-anak Mama boleh merasai memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di petting zoo ini. Belaian terhadap pelbagai jenis haiwan yang ada disini merangsang deria panca indera sekaligus mempercepat proses pertuturan terutamanya anak-anak yang lambat bercakap (speech delay).
Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
Waktu Operasi:
Rabu – Isnin: 10 pagi – 6 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum: 9.30 pagi – 6 petang
Hubungi : 019-925 6852
Harga Tiket: Dari RM20
#6 99 Wonderland Park
Anak-anak mama boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan yang ada di petting zoo ini kerana ianya mengetengahkan konsep ‘open zoo’.
Selain ada angsa, rusa burung, ular dan iguana, disini juga terdapat haiwan eksotik seperti tapir dan beruang matahari.
99 Wonderland Park ialah gabungan antara taman rekreasi dan zoo. Oleh itu, Mama dapat memanfaatkan masa bersama anak-anak dengan lebih berkualiti.
Alamat: Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis: 5 petang – 11 malam
Jumaat: 5 petang – 12 pagi
Sabtu & cuti: 9 pagi – 4 petang, 5 petang – 12 pagi
Ahad: 9 pagi – 4 petang, 5 petang – 11 malam
Hubungi : 012-551 3099
Harga Tiket: Dari RM20
#7 KL Tower Mini Zoo, KL
Di sebalik menarik Kuala Lumpur yang berdiri megah di tengah kota raya, ada satu petting zoo yang menarik untuk dikunjungi.
Ada beberapa haiwan yang jarang ditemukan di tempat lain seperti spesies kura-kura terbesar dunia dan kura-kura buaya tertua di Malaysia.
Alamat: Tingkat bawah, Menara Kuala Lumpur, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 10 pagi – 7 malam
Sabtu – Ahad: 10 pagi – 9 malam
Hubungi : 03-2022 3943
Harga Tiket: Dari RM29
![](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2023/08/petting-zoo.jpg)
Bak kata juru solek MUA Bellaz, “Saat yang kita lalui hari ini, tak akan sama dengan hari esok”. Di setiap peluang yang ada, elok kita luangkan bersama-sama anak-anak.
Semoga anak-anak kita dapat abadikan kenangan melawat ke petting zoo di Selangor sebagai salah satu kenangan indah.
Jom bawa anak-anak ke tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.