Bagi wanita yang pernah mengandung, pasti tak terkecuali dengan pengalaman mengalami masalah perut kembung ketika hamil.
Ya, kembung perut antara gejala popular menyerang wanita yang sedang berbadan dua. Bayangkan rasanya bila perut masuk angin selama berjam-jam, pastinya mengakibatkan ketidakselesaan.
Dengan morning sickness yang menganggu tekak dan selera makan Mama, kini ditambah pula masalah kembung perut. Tentunya ia fasa sukar untuk wanita hamil, bukan?
Memetik laporan oleh portal Hello Doktor, ia merupakan situasi normal apabila sesetengah wanita hamil mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin.
Keadaan ini sekaligus membuatkan Mama kerap sendawa atau terkentut. Ini sama keadaannya seperti mengalami premenstrual syndrome atau PMS.
Ia berlaku berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir.
Sementara itu, laman web Sirap Limau pula mendedahkan punca kembung perut ketika hamil turut dikaitkan akibat perubahan hormon progesterone yang mana hormon ini membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan.
Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.
Selain itu, masalah sembelit turut menyumbang kepada masalah kembung perut ekoran bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu.
Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.
Cara Menghilangkan Perut Kembung Ketika Hamil
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara selamat bagi menangani masalah kembung perut ketika hamil:
1. Banyakkan pengambilan cecair
Minum air kosong atau jus buah-buahan bagi tujuan meningkatkan cecair dalam badan. Selain itu, Mama boleh juga mengambil sup atau makan buah-buahan yang tinggi kandungan air.
2. Makan dalam kuantiti kecil
Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil namun kerap. Dengan ini, makanan yang Mama ambil mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung.
Kaedah ini juga dapat mengurangkan masalah sembelit.
3. Kunyah perlahan
Elak makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.
4. Banyakkan pengambilan serat
Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan.
Antara makanan tinggi serat adalah keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal tinggi serat.
5. Elakkan makanan berminyak & berangin
Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.
6. Kurangkan pengambilan gula
Waktu mengandung memang ada yang mengidam benda-benda manis. Kurangkan minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia tinggi gula.
Minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.
7. Elak makanan mengandungi sorbitol
Chewing gum dan makanan pengurus badan mengandungi sorbitol yang menyebabkan perut kembung semasa mengandung dan berangin.
8. Tenangkan diri sebelum & selepas makan
Elak makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama. Tarik nafas sebelum makan tenang semasa menjamu makanan.
9. Buat senaman setiap hari
Jika kerap duduk, angin dalam perut sukar keluar. Jika selalu lakukan pergerakan, angin dalam perut mudah keluar.
10. Take note setiap makanan yang Mama ambil
Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan, mudah untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut kembung.
Kesimpulan
Simptom perut berangin sememangnya normal menyerang wanita hamil. Justeru, adalah penting untuk Mama ketahui kaedah dan petua serasi pada tubuh anda bagi menangani masalah ini.
Meskipun simptom ini bukan suatu yang berhaya, namun perut berangin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah memasuki trimester ketiga.
Jika Mama khuatir dengan kandungan Mama, rujuklah kepada doktor atau mereka yang pakar bagi khidmat nasihat kesihatan.
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Nak tahu lebih lagi tips dan ilmu tentang kehamilan? Klik di SINI.