Tak lama lagi si manja Mama dah nak masuk 6 bulan. Itu tandanya Mama dah boleh get ready untuk perkenalkan ‘solid food’ kepada si manja. Confirm si Mama lah yang paling tak sabar kan?
Sebelum Mama search resepi untuk si manja, Mama kenalah sediakan peralatan yang sesuai untuk digunakan si manja nanti. Almaklumlah first time nak introduce makanan pepejal pada si manja mestilah Mama nak sediakan semuanya sendiri. Tak gitu?
Jom kita tengok senarai peralatan yang Mama kena sediakan sebelum memulakan tugas sebagai Chef Mama!
#Pengisar Makanan
Sebut je pasal pengisar makanan ni, memang ada banyak sangat pilihan. Dari harga yang murah sehinggalah ke harga yang mencecah ribuan ringgit tau! Bagi mama yang memang ada bajet dan mementingkan brand tu tentulah tak kisah berbelanja demi anak tersayangkan tapi bagi yang nak jimat masih ada banyak pilihan pengisar makanan yang harganya berpatutan. Jadi mama tak perlu risau okay?
Tips untuk mereka yang nak berjimat, Mama Siti syorkan mama gunakan mini blender atau chopper je. Bukan je murah tapi senang nak digunakan, senang dicuci dan mama juga boleh gunakannya untuk mengisar bahan memasak yang lain seperti bawang, halia kecuali bahan yang pedas. Nanti tak pasal-pasal puri anak mama pedas pula.
#Food Dispensing Spoon
Peralatan ni memang mama wajib kena ada sebab sangat praktikal untuk mama apatah lagi kalau mama selalu travel bersama si manja. Dengan menggunakan Food Dispensing Spoon ni memudahkan mama untuk memberi puri kepada si manja dengan cepat. Masukkan puri, picit sedikit dan suapkan kepada si manja. Mudahkan?
#Set Kulinari dan Pinggan Mangkuk
Mama Siti yakin part ni yang mama selalu utamakan dulu. Apatah lagi dengan adanya pelbagai jenis, warna dan bentuk set kulinari dan mangkuk yang comel-comel dipasaran yang buatkan mama geram dan rambang mata nak pilih. Betul tak?
Tips untuk mama memilih set kulinari dan pinggan mangkuk yang sesuai untuk si manja :
– kena ada LabelFood Grade
– pilih yang bebasBPA
– pastikan peralatantumpul dan tak tajam
– tahan panas
#Bekas Menyimpan Makanan
Yang ni penting untuk mama simpan makanan anak mama terutamanya puri. Macam biasalah mama kena pastikan bekas tu bebas BPA, tahan panas dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk beku. Tapi harus diingatkan setiap kali sebelum dihidangkan kepada si manja, mama kena check dulu makanan tu sebab tak semua makanan yang disimpan akan elok je sentiasa. Lebih baik mama rasa dulu sebelum beri kepada si manja okay?
#Sippy Cup
Sippy Cup ni sesuai untuk si manja mama yang dah lebih dari 6 bulan. Bagusnya tentang bekas bermuncung ni boleh melatih anak mama minum menggunakan cawan. Sama macam set kulinari, sippy cup pun ada pelbagai jenis, warna dan bentuk yang comel-comel belaka!
#Bib
Dalam excited mama pilih set kulinari dan sebagainya, jangan lupa beli bib sekali ye. Apatah lagi untuk permulaan ni confirm lah si manja akan comot bila makan. Untuk elakkan makanan terjatuh dan kotorkan baju si manja kenalah pakai bib.
Bib ni ada banyak jenis tau! Ada yang dari material kapas, plastik, getah dan banyak lagi. Ada juga bib yang mempunyai mangkuk dihujungnya dan fungsinya adalah untuk ‘tadah’ makanan yang terjatuh.
Berdasarkan pengalaman Mama Siti sendiri lebih prefer kepada plastik sebabnya mudah nak dibersihkan. Kalau kotor pun boleh basuh atau lap guna wet wipes. Selalunya yang material plastik macam ni ada mangkuk dihujungnya. Itu adalah bonus point! Lagi senang kerja mama kan?
#Kerusi Tinggi
Kerusi tinggi ni tak begitu penting tapi kalau mama nak sediakan lagi bagus. Lebih mudahlah untuk mama beri si manja makan tanpa perlu memegangnya. Kebaikan kerusi tinggi ni membolehkan si manja mama belajar makan sendiri. Tapi selepas tu mama kena get ready untuk kemaslah ye! hehe
Selamat meneroka dunia makanan bersama si manja mama!
Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!