Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 25 Julai 2024, permohonan MyKid sebelum ini telah ditangguhkan sementara pengeluarannya akibat kekurangan bekalan cip untuk kad mentah untuk MyKid.
“Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid tetapi cetakannya ditangguhkan, mereka diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir untuk pengambilan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.
JPN memaklumkan bahawa tempoh semakan adalah selama tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.
“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon diperlukan untuk memastikan MyKid yang dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Sebelum ini media telah melaporkan bahawa pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan akibat masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Bagi first time Mama Papa, MyKid ialah kad pengenalan atau identiti diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad tetapi ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
“My” bermaksud “Malaysia” manakala “Kid” adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
MyKid mengandungi 3 aplikasi utama dalam cipnya iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Mama Papa BolehWalk-in untuk Mendaftar
Untuk proses permohonan ini, Mama Papa tidak perlu membuat sebarang janji temu. Sebaliknya, Mama Papa boleh terus walk-in ke mana-mana cawangan JPN.
Mama Papa perlu pastikan dokumen yang diperlukan lengkap untuk memudahkan urusan pendaftaran MyKid, iaitu:
Dokumen yang Diperlukan
- Salinan IC Papa
- Salinan IC Mama
- Salinan sijil lahir
- Salinan sijil kahwin
- Sijil Kahwin (original)
- Sijil lahir (original)
Prosedur permohonan untuk mendaftar ini sama sahaja di cawangan JPN yang lain. Paling penting ialah Mama Papa perlu sediakan semua dokumen yang lengkap bagi memudahkan proses permohonan MyKid anak Mama Papa.
Mama Papa dapatkan informasi yang trending sekarang di SINI.