Apabila bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan dan kerap keluar rumah, dia sebenarnya tidak memerlukan kasut. Kaki bayi anda membesar dengan cepat dan jika dia memakai kasut ketat, kakinya tidak boleh membesar dengan baik. Biarlah bayi anda berkaki ayam di rumah. Ia menguatkan otot kakinya. Ia juga memudahkan bayi anda imbangi diri apabila dia dapat merasakan semua tekstur permukaan semasa berjalan. Mama dan papa perlulah mengambil langkah berikut untuk memastikan kaki si manja berkembang sihat dan dalam waktu yang sama menggalakkan dia berjalan. Namun, jika ingin membawa bayi anda berjalan di luar rumah, berilah mereka sepasang kasut yang selesa untuk dipakai.
- Galakkan si manja untuk berkaki ayam ketika di dalam rumah atau taska kerana pergerakan akan menggalakkan kakinya berkembang dan kuat.
- Periksa kaki si manja dengan kerap kerana bimbang kakinya tercedera. Hal ini boleh dilakukan semasa mandi. Periksa jika terdapat luka, kelupas atau perubahan pada warna atau suhu.
- Pastikan kakinya sentiasa bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan fungus atau kulat.
- Potong kuku kakinya apabila panjang untuk mengelakkan kecederaan atau rasa tidak selesa.
Pemilihan Kasut
- Pastikan staf yang mengukur saiz kaki si manja akan mengambil ukuran lebar kaki selain panjang kaki untuk mendapatkan saiz yang tepat.
- Pilih kasut yang memberikan stabiliti apabila berjalan dan bergerak tetapi dalam masa yang sama memberikan perlindungan pada kaki.
- Kasut perlulah lembut, fleksibel dan bahagian sekeliling daripada material kulit.
- Kemasan kulit akan membenarkan kulit untuk bernafas dan ini boleh mengurangkan masalah kaki daripada berkuap.
- Pilih kasut yang mempunyai bukaan yang luas supaya mudah untuk dipakai dan ditanggalkannya.
- Biarkan si manja berjalan dengan memakai dua belah kasut yang telah dipilih untuk memastikan kakinya selesa dengan kasut yang dipilih sebelum membayar.
- Jangan pakai stoking ketika memakai kasut. Hal ini akan menyebabkan kaki si manja mengerekot di dalam kasut ketika cuba menstabilkan dirinya seterusnya menyebabkan kerosakan kepada tulang yang masih belum matang.
- Jangan membeli stoking sintetik kerana kaki si manja akan berkuap dan menyebabkan ruam. selain itu, material sintetik tidak mampu mengembang sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan pada kakinya yang sedang berkembang. Pilih stoking yang sekurang-kurangnya mengandungi 50% wool atau kapas.
Sumber: Internet