Anak-anak merupakan anugerah yang tak ternilai. Semua pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah serta membesar dengan sihat dan kuat. Apabila lahirnya anak-anak, kita perlu tahu perkembangan bayi termasuk minda, fizikal, dan kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Penting untuk Mama dan Papa mengambil tahu perkembangan bayi anda selepas kelahiran si comel. Secara umumnya, perkembangan bayi terbahagi kepada empat (4) aspek utama.
- Pertama, perkembangan kasar kanak-kanak.
- Kedua perkembangan pergerakan halus.
- Ketiga perkembangan pertuturan.
- Keempat ialah perkembangan sosial kanak-kanak.
0 – 3 BULAN
- Pada awal kelahiran hingga ke usia 3 bulan, ibu bapa boleh melihat perkembangan fizikal kanak-kanak dari keempat-empat aspek yang telah diterangkan tadi. Antara perkembangan normal anak-anak yang ketara dari segi pergerakan kasar ialah mereka mula pandai menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Bertindak balas terhadap suatu rangsangan fizikal serta memusingkan kepala kiri dan kanan.
- Perkembangan bayi semasa dari kelahiran hingga 3 bulan dari segi pergerakan aspek kasar ialah; semasa bayi baru lahir, bayi boleh mula menggerakkan kaki dan tangan secara bebas dan seterusnya bayi akan mula berpusing ke kiri dan ke kanan dan seterusnya akan melakukan pergerakan untuk meniarap. Dari segi pergerakan halus, semasa bayi baru dilahirkan, biasanya dia dilahir dengan jari-jari yang menggenggam. Kemudian, seterusnya bayi akan memulakan pergerakan jari-jarinya. Kita dapati, semasa berumur 6 minggu, kita harapkan bayi akan membuka jari-jarinya pada kebanyakan masa. Perkembangan pertuturan memerlukan pendengaran yang normal. Contohnya bayi akan terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat. Tangisan merupakan bentuk pertuturan yang pertama. Semakin umur kanak-kanak ini meningkat, semakin lembut bunyi yang akan dikeluarkan bayi.
3 – 6 BULAN
- Di antara umur 3 – 6 bulan, perkembangan seterusnya, bayi akan mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang lantang, contohnya a, e, u dan bayi mungkin menoleh bila namanya dipanggil.
- Sebenarnya bayi dalam lingkungan umur dari kelahiran hingga 3 bulan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Walau bagaimanapun, kita perlu membantu perkembangan psiko sosial mereka. Dalam umur ini bayi banyak tersenyum bersendirian tanpa kita mengagah mereka. Dan pada masa inilah mereka lebih gemar didodoi, kerana pada masa inilah kita mula mengekalkan ikatan emosi antara penjaga dan bayi tadi. Bayi lebih gemar didampingi kerana pada masa inilah mereka gemar disentuh untuk memberi ketenteraman kepada apa-apa rasa tidak selesa pada badan mereka.
- Pada umur 3 – 6 bulan, bayi anda semakin bijak. Dari aspek pergerakan kasar, mereka dapat mengawal kepala supaya tegak, mengampu badan bila diletakkan berdiri dan mula meniarap. Manakala dari segi aspek pergerakan halus, pada ketika ini bayi mula menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu yang dilihatnya. Malah bayi juga cuba mencapai objek tersebut dengan menggunakan tapak tangan.
- Dalam lingkungan umur ini, bayi sudah boleh mengenal kepada wajah penjaga mereka dan sebenarnya mereka sudah rasa selesa dengan orang yang menjaga keperluan hariannya. Dan apabila kita mengagah bayi pada lingkungan umur ini, mereka lebih mudah tersenyum. Apabila mereka menangis, kita boleh memujuknya dengan menyanyi-nyanyi bersama mereka, mendodoi mereka, memberi belaian dan ini menyebabkan mereka berasa tenteram. Pada umur ini, penting untuk kita mengukuhkan lagi ikatan dan jalinan emosi di antara bayi dan penjaga. Dan selalunya mereka sudah boleh mengambil perhatian ibu bapa dan penjaga.
- Dan oleh kerana mereka sudah boleh mencapai benda-benda, inilah waktunya mereka mencapai benda-benda dan cuba memasukkan apa yang dicapai ke dalam mulut mereka. Dan selain daripada mengenal muka dan air muka penjaga, mereka juga sudah boleh mengenal suara penjaga dan ibu bapa mereka.
- Dari segi perkembangan pertuturan pula, bayi akan mengeluarkan bunyi-bunyi contohnya seperti ba ba, ma ma, ta ta, bunyi-bunyi yang diulang-ulang secara banyak kali.
- Biasanya di waktu ini, bayi akan mula duduk, dipegang atau tanpa dipegang, kemudian mungkin berpusing kiri dan kanan untuk mencapai mainan di sekelilingnya. Dan juga waktu ini juga bunyi akan mula merangkak ke mana-mana. Segelintir daripada bayi mungkin akan mengesot ketika ini. Dari segi pergerakan halus pula, bayi akan mula memindahkan permainan dari tangan ke tangan yang lain. Dan juga boleh mengetuk dua objek yang berada di tangannya.
6 – 9 BULAN
- Dari segi perubahan psiko sosial pula, pada peringkat umur bayi di antara 6 – 9 bulan, mereka sudah mula mengenal ibu bapa atau pengasuh melalui suara atau paras rupa. Menangis bila ditinggalkan, menoleh apabila namanya dipanggil dan ketawa bila diagah.
- Manakala dari aspek pendengaran dan pertuturan pula, pada usia begini, bayi telah bermula.
- Melihat perkembangan dan pembesaran si manja memang sesuatu yang menakjubkan. Semakin meningkat usia mereka, semakin banyak ragam yang boleh kita perhatikan.
9 – 12 BULAN
- Pada usia 9 – 12 bulan, bayi semakin cerdik, aktif dan dari segi pergerakan kasar, mereka akan cuba berdiri dan berjalan dengan memerlukan bantuan. Dalam aspek pergerakan halus pula, mereka akan mula pandai bertepuk tangan menggunakan jari dan mengetuk dua objek antara satu sama lain. Bagaimana pula dari aspek psiko sosial, pendengaran dan pertuturan. Untuk keterangan lanjut, kita dengar penjelasan pakar.
- Dalam umur 9 – 12 bulan, kanak-kanak ini telah menjadi lebih aktif kerana mereka boleh berdiri dengan cara mendatar. Dan ini menyebabkan mereka ingin menerokai alam sekeliling dengan lebih aktif. Dari segi aspek emosi mereka, kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan marah, terutama sekali jika barang mereka diambil orang lain. Mereka juga sangat gemar didukung oleh orang yang mereka kenal dan akan menangis jika mereka ditinggalkan. Dan umur ini, sifat dan rasa takut sudah mula timbul, terutama sekali orang yang mereka tidak pernah lihat cuba mendampingi mereka.
- Dalam aspek komunikasi mereka, mereka sudah boleh meminta secara menunjuk atau menggunakan perkataan mudah. Mereka juga boleh melambai dan boleh memimik apa yang diarah oleh ahli keluarga yang mereka kenal. Selain daripada itu, mereka juga boleh datang apabila nama mereka dipanggil dan boleh mengangguk pada soalan bagi jawapan ya atau menggelengkan kepala kepada jawapan tidak.
- Tingkah laku mereka juga sudah berubah dan mereka sudah boleh mengenal hak mereka dan boleh mengulangi apa-apa perlakuan yang mereka rasa seronok bersama ahli keluarga mereka.
BERI RANSANGAN KEPADA SI COMEL ANDA!
- Perkembangan pertuturan pada peringkat ini banyak bergantung kepada tindak balas rangsangan kepada bayi dan ibu bapa atau penjaga. Di peringkat ini, bayi biasanya mula memendek-mendek bunyi bababa menjadi ba ba dan bunyi mamama menjadi ma ma, ta ta menjadi tata. Jadi peranan ibu bapa di sini ialah cuba memberi makna kepada bunyi-bunyi ini. Contohnya mama jadikan mak, mama dan dada jadikan abah dan seterusnya.
- Stimulasi adalah penting bagi bayi bagi mencapai perkembangan yang optima dan bersesuaian dengan umur bayi tersebut.
- Ini merupakan fenomena biasa. Pada usia 6 – 9 bulan, bayi telah semakin bijak. Mereka sudah mula mengenali orang-orang yang rapat dengannya.
- Institusi keluarga bahagia adalah salah satu faktor penimbang dalam perkembangan stimulasi awal bayi. Oleh itu, kekalkanlah kebahagiaan keluarga anda dan jangan lupa mengamalkan cara hidup yang sihat.
- Sekiranya bayi anda tidak menunjukkan perkembangan normal mengikut usia tertentu, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, antaranya ialah :
- Rangsangan dan stimulasi yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak adalah sangat penting demi untuk pencapaian perkembangan yang optima. Ibu bapa atau penjaga perlu memainkan peranan utama dalam aktiviti rangsangan terutama sekali dengan menyediakan persekitaran dan permainan yang sesuai serta selamat. Teknik-teknik stimulasi awal kanak-kanak banyak bergantung kepada pengetahuan ibu bapa tentang perkembangan awal kanak-kanak. Di mana pengetahuan ini akan membantu ibu bapa atau penjaga memberikan rangsangan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak tersebut.
Sumber: infosihat.gov.my