KelabMama

Perkembangan Bayi 1 Tahun: Yang Mana Satu Milestone Si Manja Mama?

perkembangan bayi 1 tahun

Kredit gambar: productnation.co

Pejam celik, pejam celik si comel Mama Papa dah nak masuk 1 tahun. Pastinya Mama Papa tengah sibuk memikirkan apa tema untuk sambutan hari lahir nanti, hadiah apa yang sesuai dan macam-macam lagikan.

Opppsss!!! Kejap Mama Papa. Ada benda lagi penting dari itu.

Si manja Mama dah nak masuk 1 tahun tapi perkembangan bayi tahun atau milestone apa yang si kecil Mama Papa dah capai?

Adakah perkembangan bayi Mama Papa mengikut seperti perkembangan yang sepatutnya? Tak tahu?

Mari kita check apa perkembangan yang sepatutnya bagi bayi berusia 1 tahun dari segi perkembangan fizikal, sensori, kognitif dan pertuturan melalui perkongsian di bawah. Jom lihat!

Perkembangan Bayi 1 Tahun

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

Berikut merupakan perkembangan bagi bayi anda yang berusia 1 tahun dari segi:

#1. Perkembangan Fizikal Bayi 1 Tahun

Pada usia 1 tahun ini, si comel Mama Papa akan mengalami pertumbuhan fizikal dari segi ketinggian lebih kurang 50% iaitu sekitar 9 hingga 11 inci. Manakala berat badan pula adalah antara 7 hingga 10 kg. Selain itu, otak si manja juga sudah semakin berkembang kira-kira 60% daripada ukuran orang dewasa.

Mama Papa juga akan dapat melihat bahawa kenaikan berat badan anak menjadi sedikit perlahan berbanding usianya sebelum ini. Ini kerana, bayi sudah mula aktif dalam aktiviti hariannya. Tetapi, Mama Papa tidak perlu risau kerana ianya adalah normal.

Di samping itu, si kecil Mama Papa sudah mula menunjukkan minat untuk berjalan. Mereka mungkin akan mula bertatih-tatih sambil memegang pada perabot di dalam rumah. Terdapat juga, bayi pada usia ini yang sudah berjalan dalam jarak yang dekat seperti berjalan ke pangkuan Mama Papa.

#2. Perkembangan Sensori Bayi 1 Tahun

Begi perkembangan sensori pula bayi Mama Papa akan dapat melihat dengan baik. Penglihatan si comel sudah setajam penglihatan orang dewasa. Hampir perfect!

Cebisan makanan yang kecil di atas lantai pun mereka sudah boleh nampak. Oleh itu, sentiasa pantau bayi Mama supaya mereka tidak mengutip dan makan makanan yang kotor dari atas lantai.

Di samping itu, dari segi pendengaran pula si kecil Mama Papa sudah mampu untuk meniru dan menghasilkan bunyi yang didengari, sudah memahami arahan ringkas, menunjuk kepada gambar atau objek yang disebut Mama Papa, menunjukkan emosi yang berbeza mengikut tona suara, menyanyi apabila mendengar lagu kanak-kanak dan menunjukkan minat pada bunyi yang tidak biasa didengari.

Dari segi perkembangan sensori sentuhan pula, si comel semakin pandai menggunakan kedua-dua tangannya. Mereka sudah boleh memindahkan barang dari tangan kiri ke tangan kanan dan sebaliknya.

Pada usia ini Mama Papa sudah boleh melihat samada bayi kidal atau tidak dengan melihat tangan mana yang mereka sering gunakan.

#3. Perkembangan Kognitif Bayi 1 Tahun

Dari segi perkembangan kognitif pula, bayi sudah tidak suka didukung atau dipegang. Mereka akan lebih suka untuk meneroka sendiri terutamanya jika pertama kali sampai ke sesuatu tempat. Selain itu, memori mereka juga semakin berkembang.

Inilah masa yang tepat untuk Mama Papa ajarkan mereka berkenaan bentuk dan warna. Mereka juga sudah mula boleh untuk mengenali sesuatu yang bernama seperti kucing dan burung. Mama Papa boleh cuba berikan arahan dan lihatlah bagaimana reaksi mereka.

Biasanya, pada usia 1 tahun ini si comel sudah mula untuk memahami arahan yang ringkas. Mereka juga akan menunjuk ke arah sesuatu benda yang mereka inginkan. Jika Mama Papa ingin pergi kerja mereka sudah pandai untuk menyalam, mencium dan melambai Mama Papa. Comel bukan!

#4. Perkembangan Pertuturan Bayi 1 Tahun

Dari segi pertuturan pula, si kecil sudah mula untuk melontarkan sebutan “Mama” “Papa”. Mereka juga akan bercakap bahasa mereka sendiri waktu bermain seolah-olah sedang berinteraksi dengan mainan tersebut.

Pada usia ini otak mereka sedang sibu bekerja untuk mengingat banyak perkataan termasuklah perkataan yang dituturkan oleh Mama Papa. Oleh itu, sentiasa jaga percakapan anda supaya bayi tidak terikut mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Tips Menjaga & Berinteraksi dengan Bayi

Kredit gambar: bebeclub.co.id

Tanda Amaran yang Perlu Dirisaukan Oleh Mama Papa

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Namun, jika Mama Papa seharusnya risau sekiranya mengesan terdapat beberapa tanda seperti di bawah dan bawalah si manja berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Tanda-tanda tersebut ialah:

Jangan paksa si manja Mama Papa untuk melakukan sesuatu sekiranya mereka masih belum boleh melakukannya. Setiap bayi terlahir dengan keupayaan dan kebolehan yang berbeza.

Tidak perlu sedih atau down sekiranya bayi Mama Papa sedikit lambat berbanding bayi lain dan jangan terlalu gembira sekiranya bayi Mama lebih advance dari bayi lain.

Setiap perkara mempunyai baik dan buruknya. Jadi, yang penting sentiasa perhatikan si manja Mama Papa
supaya mereka membesar dengan normal. Semoga membantu!

Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan info mengenai perkembangan bayi di SINI!