KelabMama

Para Ibu Kongsikan 3 Perkara Yang PATUT Ada Dalam “Nursing Room” di Malaysia

Bilik penyusuan atau kebiasaannya dipanggil nursing room sememangnya tidak lari dengan golongan ibu-ibu.

Bukan setakat berfungsi sebagai ruang untuk menyusukan si kecil, namun nursing room turut digunakan untuk persalinan bayi, membancuh susu, dan pelbagai lagi berkaitan keperluan mereka. Jangan kata kegunaan nursing room ini simple sebab what baby needs is very difficult.

Pengalaman mak-mak mesti biasa alami keperluan barang anak tak cukup walhal dah packing siap. Tapi, bila berdepan dengan sesebuah situasi, masa tu barulah barangan yang dianggap tak penting tadi sangat diperlukan.

Maka, nursing roomlah tempat para ibu bergantung bagi ‘melancarkan’ tugas bersama si kecil. Pendek kata, ia ibarat rumah kedua sebab ada time si anak nak feeding tapi tak nak nursing cover atau kadang-kala poo-poo sampai bocor.

Justeru, amat penting peranan nursing room dikalangan ibu-ibu. Bagaimanapun, adakah ruang baby di Malaysia ini sangat memberi kepuasan kepada mommies semua?

Apakah perlunya sebarang improvement atau mengekalkan jerr facilities sedia ada kini. Jom kita lihat pendapat tiga Mama ini:

1. Mama Haris

Wanita berusia 31 tahun, Nurul Hazleen Hussain berpendapat terdapat beberapa facilities dalam nursing room perlu diwujudkan selain ditambah baik bagi yang sedia ada.

Contohnya penggunaan arm chair dimana ia merupakan keperluan penting bagi para ibu menyusu. Ujar beliau, arm chair yang selesa dengan nursing pillow gebu dan empuk membuatkan semua ibu enjoy dengan breastfeeding session. Ia sekaligus melancarkan proses penyusuan kedua-dua beranak itu serta mengurangkan lenguh tubuh.

Kredit gambar: Pn. Nurul Hazleen

Selain itu, penyediaan disposable breast pads and sanitizing wipes juga amat penting kerana kemudahan dua barangan ini seperti masih belum wujud di kebanyakkan nursing room di negara ini.

“Kadang-kala ibu-ibu terlupa nak bawa breast pads extra menyebabkan baju kita basah lagi-lagi ketika feeding session. Rasa sangat tak selesa bila keluar nursing room, baju seakan-akan bertompok dan diperhatikan orang luar. Pendapat saya, dua benda pakai-buang ini memang wajib ada di semua bilik bayi di Malaysia,” ujarnya.

Mama kepada Muhammad Haris Isyraf Mohamad Asyraf ini berkata, penggunaan water dispenser yang berkualiti di dalam nursing room juga perlu dititik beratkan kerana selain kegunaan untuk membancuh susu bayi, golongan ibu-ibu pasti akan mencari minuman sebaik selesai proses menyusu lantaran kehausan berganda.

Malah, ada antara para ibu menggunakan air tapis ini untuk mencuci peralatan anak mereka atau sterile bagi menjamin kebersihan.

“Dan terakhir sekali, saya mencadangkan pihak pengurusan mall mungkin boleh mewujudkan satu lagi peralatan iaitu diffuser bagi memberikan ketenangan dan kesegaran dalam ruang nursing room. Barulah ibu-ibu rasa seronok dan selesa menyusukan si kecil kerana feeding ini bukan semudah yang dilihat,” katanya yang kini sedang sarat hamil anak kedua.

Mama Naufal

Mama kepada Anan Nawfal, Siti Sara Sazali berpendapat, kemudahan di nursing room kini agak selesa dan mother-kid-friendly. Namun, beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti kebersihan dan kemudahan peralatan.

Kredit gambar: Pn. Siti Sara

Katanya, kebanyakkan nursing room meskipun providing a good facility, namun tahap kebersihannya agak kurang memuaskan terutama setelah bilik itu selesai digunakan orang yang lain.

“Kadang-kala kita nak masuk tapi sofa disediakan tidak begitu bersih. Saya pernah nampak sofa dengan percikan susu yang telah kering. Ia membantutkan perasaan saya untuk bersandar sambil menyusukan anak. Perkara itu membuatkan saya terpaksa menahan tubuh bagi mengelakkan terkena kotoran berkenaan.

“Mungkin pihak pengurusan perlu menyediakan kakitangan pembersihan yang khas untuk menjaga nursing room jerr pada hari itu. Bukan apa, meskipun ia bukan kawasan tumpuan yang sesak, namun kegunaan nursing room kebanyakkan pasti melibatkan aktiviti kotor. Mereka yang terpaksa pergi ke sana biasanya membersihkan najis anak, membancuh susu atau breastfeeding yang mana semua ini melibatkan aspek kebersihan,” ujarnya.

Mama kepada bakal dua cahaya mata ini berkata, selain itu, terdapat alatan rosak seperti sinki bocor atau paip yang tidak boleh digunakan perlulah dibaiki segera.

Katanya, alatan yang rosak kebiasaannya tidak diletakkan sebarang tanda amaran menyebabkan aktiviti menyalin si kecil terbantut ekoran lampin pakai buang telah siap dibuka, namun sebaik ingin mencuci, tiada air yang keluar dan dia terpaksa berpindah ke sinki yang lain bersama peralatan mencuci baby yang telah siap dikeluarkan.

Mama Marissa

Mama kepada seorang cahaya mata berusia 15 bulan ini turut berpengalaman luas menggunakan nursing room kerana kerap menemani suami mencari barang keperluan kerja di sebuah mall.

Katanya, setakat ini, dia tidak berdepan masalah dengan facilities dan keselesaan yang ada, namun Nuraliah Hassan mencadangkan agar pihak pengurusan dapat menyediakan sebuah kotak khas membekalkan lampin pakai buang bayi dan pakaian extra sesuai untuk usia bayi.

Kredit gambar: Pn. Nuraliah

“Mungkin boleh diwujudkan sebuah self-service machine untuk membeli diaper atau pakaian extra bayi. Saya percaya ia sangat diperlukan para ibu di sana. Kadang-kala diaper yang dibawa tak cukup gara-gara anak poo-poo terlalu banyak atau dah siap salin, mereka termuntah dan sebagainya, maka stock yang tinggal dalam diaper bag kehabisan. Jadi, sangat penting penyediaan dua benda ini di setiap nursing room.

“Tak perlu yang berjenama atau material mahal, cukup sekadar kualiti setanding dengan harga dan mampu digunakan dalam tempoh sementara. Saya pasti para ibu rasa sukar kalau terpaksa beli dalam mall yang mana perlu dibeli pada kuantiti banyak dan pakaian bayi pula agak mahal walhal tak ada niat nak shopping baju baby pun. Tapi, kalau diletakkan diaper dan pakaian pelbagai size, saya pasti ia suatu keperluan yang sangat penting,” katanya Mama kepada Naily Marissa Muhammad Hariri Shauqi.

Apa pula pendapat Mama? Kongsikan bersama team Mama Siti di ruang komen posting artikel ini.


Dapatkan pelbagai info dan dengarkan rintihan dan perkongsian ibu lain di SINI.