Menjaga kulit yang kering memerlukan perhatian yang mendalam dan usaha yang berterusan. Tak kisahlah buat anak-anak kita yang masih kecil mahupun Mama dan Papa sendiri, sebaiknya kita sentiasa cuba untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembap.
Hal ini adalah kerana kulit yang kering akan membawa kepada kegatalan dan keradangan. Sekiranya tidak dijaga atau diatasi sebaik mungkin, ia boleh membawa kepada masalah kulit yang lebih teruk dan mengganggu kehidupan seharian.
Terdapat beberapa cara yang Mama Papa boleh cuba untuk mengatasi masalah kekeringan dan kegatalan kulit; baik untuk yang dewasa mahupun si kecil yang ada di rumah.
3 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kulit Kering dan Gatal
#1 Mengamalkan Diet Yang Sihat & Gut Reset untuk Kulit
“We are what we eat.”
Bak kata pepatah Inggeris di atas, pemakanan yang sihat membentuk kesihatan badan secara keseluruhan. Sama juga untuk kulit.
Kulit yang sihat memerlukan diet yang seimbang dan kaya dengan nutrien penting. Walaupun cliche, namun pengambilan buahan dan sayuran yang tinggi vitamin adalah bagus dalam membantu mendapatkan kulit yang sihat berseri.
Mama boleh cuba untuk meningkatkan pengambilan buah yang kaya dengan antioksidan seperti avokado, tomato, buah beri (strawberi, blueberry, dan raspberry), dan sayuran seperti kale dan bayam yang tinggi dengan vitamin A, C, dan K yang baik untuk kesihatan kulit.
Selain itu, Mama dan Papa juga boleh cuba mengamalkan gut reset setiap minggu atau bulan untuk membersihkan perut. Gut reset ini boleh menjadi satu tabiat sihat yang memberi manfaat kepada mikrobiom usus dan seterusnya boleh memberi kesan positif kepada kesihatan kulit.
Pastikan Mama minum air yang cukup untuk membantu proses pencernaan dan nyahtoksin dari badan, menambahkan prebiotik dalam diet harian, dan mengamalkan makanan tinggi serat untuk membantu mengekalkan pergerakan usus yang sihat.
#2 Melindungi Kulit Daripada Persekitaran
Percaya atau tidak, adalah penting untuk kita sentiasa menggunakan pelindung matahari atau sunblock yang sesuai untuk memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.
Bukan sinaran matahari je yang berbahaya tau! Cahaya UV biru atau blue light oleh pancaran peranti elektronik seperti smartphone kita boleh menembusi kulit dengan lebih dalam berbanding sinaran UV daripada matahari.
Sebab itu adalah penting untuk kita sentiasa mengoleskan sunblock ke seluruh wajah dan tubuh badan setiap hari, terutamanya pada waktu siang.
Selain itu, Mama juga boleh menggunakan alat penapis udara atau air purifier di rumah, terutamanya semasa musim kering.
Penggunaan alat penapis udara boleh menjadikan udara di sekeliling kita lebih bersih dan segar. Ini dapat membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia juga dapat mengurangkan jumlah alergen dan bahan pencemar di udara yang boleh menyebabkan reaksi alahan dan keradangan pada kulit.
Kadang-kadang, kita tak nampak partikel dan habuk-habuk halus di udara itulah yang menyebabkan kekeringan dan kegatalan pada kulit.
#3 Gunakan Pelembap Sebagai Rutin Harian
Haa ini lagi satu perkara yang masih ramai tidak ambil peduli – iaitu penggunaan produk pelembap yang konsisten.
Tak kisahlah untuk wajah mahupun tubuh badan, Mama dan Papa harus menerapkan rutin penjagaan kulit dengan menggunakan pelembap secara kerap terutamanya pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Mama dan Papa harus tahu jenis produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda dan anak-anak, dan yang mana boleh digunakan untuk wajah dan tubuh badan. Buat sedikit kajian mengenai produk pelembap dengan bahan-bahan yang selamat dan cara penggunaannya yang betul pada kulit.
Bagi kulit yang sangat kering dan gatal, Mama boleh pertimbangkan untuk menggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang lebih intensif dan mampu merawat masalah tersebut.
Untuk memudahkan Mama, Mama boleh cuba XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cleansing Oil dan XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream.
XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cleansing Oil mengurangkan kekeringan dan kegatalan pada kulit daripada penggunaan pertama lagi. Ia melembapkan kulit sehingga 24 jam sambil membersihkan kulit kita dengan lembut dan melindungi daripada kesan pengeringan air.
Yang paling best ialah ia sesuai untuk digunakan untuk si manja yang baru lahir, kanak-kanak, dan orang dewasa! Satu produk untuk seisi keluarga – mudah bukan?
Mama hanya perlu meletakkannya sedikit di dalam tab mandian atau oleskan pada kulit semasa mandi, macam gel mandian biasa. Kemudian, selepas mandi Mama boleh oleskan XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream.
XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream memberikan kelegaan cepat tanpa rasa gatal selepas hanya lima hari penggunaan.
Krim ini mengurangkan ketidakselesaan kulit akibat kegatalan dan juga memulihkan skin-barrier. Yang paling penting, ia tidak melekit dan berminyak, menjadikannya mudah untuk digunakan!
Selain itu, pembungkusan kedap udara 100% dan kosmetik sterilnya memastikan bahawa produk yang digunakan adalah bersih dan bebas daripada kontaminasi, serta mengurangkan kemungkinan kewujudan bakteria dan mikoorganisma yang boleh menyebabkan masalah kulit dan risiko reaksi alahan.
Ingat, selesai sahaja mandi, Mama boleh terus oleskan krim ini pada seluruh badan dan jadikan ia rutin harian untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan.
Mama boleh cuba tips di atas untuk mengurangkan kekeringan dan kegatalan kulit, dan dapatkan XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cleansing Oil dan XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream di Watsons, Guardian dan farmasi Caring yang berdekatan hari ini.