Proses bersalin ni satu peristiwa besar dalam kehidupan Mama Papa. Dalam proses ini bukan melibatkan Mama je, Papa pun turut terlibat sama malah orang yang paling penting untuk Mama.
Sebagai Papa yang penyayang dan seorang yang penting dalam proses kehamilan dan selepas kelahiran.
Perubahan besar ni berlaku dalam kehidupan Mama selepas bersalin dan peranan Papa dalam memberikan sokongan, perhatian dan pemahaman adalah kunci utama dalam kesejahteraan keluarga kecik Papa.
Jadi, sebagai Papa, ada banyak perkara penting yang perlu Papa kena alert semasa dan selepas Mama bersalin. Jom baca apa yang Papa perlu take note semasa dan selepas Mama bersalin.
Semasa Mama Bersalin
1. Make Sure Perut Mama Terisi
Dalam proses Mama tengah alami contraction sebelum bersalin, pastikan Mama ada menjamah sedikit makanan supaya Mama ada tenaga untuk proses bersalin nanti.
Kalau Mama tak ada selera pun, Papa boleh buatkan air milo dan suapkan roti kepada Mama. Berada di samping Mama dari awal sehingga Mama settle bersalin.
2. Bantu Pernafasan Mama
Time nak meneran ni, mostly Mama dah lupa cara pernafasan yang betul sebab alami sakit saat itu. Jadi, Papa perlu guide Mama cara bernafas dengan betul untuk memudahkan Mama meneran supaya tenaga Mama tak membazir.
Oh ye, Papa kena ingatkan Mama jangan menjerit dan jangan angkat punggung kalau Mama bersalin normallah. Bisikkan juga dekat Mama zikir-zikir dan kata semangat kepada Mama.
3. Mengurut Badan Mama
Memberi urutan kepada Mama semasa bersalin boleh merangsang pembebasan hormon endorphin yang membantu meredakan kesakitan kontraksi.
Urutan pada bahu membantu ibu merehatkan bahu dan bernafas dengan kerap. Urutan belakang membantu dengan kontraksi kuat yang biasanya dirasai di bahagian belakang.
Urutan kaki, dari buku lali ke kaki, dan urutan tangan pada pergelangan tangan dan tapak tangan, boleh membantu merehatkan dan menenangkan ibu semasa peringkat pertama bersalin.
4. Papa Jangan Panik!
INI PALING PENTING! Dalam labour room tu Papa jangan panik. Sebab apa? Kalau Papa panik ia akan menambahkan stress kepada Mama.
Jadi Papa kena cool dan tenang je depan Mama, walaupun jantung Papa dah macam racing. Bukan Mama je yang kena bersedia, Papa pun sama kena sedia dari segi mental untuk sama-samam bertarung nyawa dengan Mama.
Ini satu situasi yang paling bermakna tau dalam hidup, takkan Papa nak lepaskan peluang ni. Kalau Papa yang takut darah tu mungkin kena kuatkan mentallah. Kalau nak pengsan pun at least lepas potong tali pusat ye.
Dan jangan lupa untuk ambik untuk dicuci dan ditanam.
5. Bersedia di Saat-saat Genting
Papa kena kuatkan mental untuk hadapi sekiranya ada berlaku apa-apa emergency. Contohnya Mama menghadapi komplikasi untuk bersalin normal terpaksa lakukan ceasar. Atau apa-apa yang situasi yang Papa perlu lakukan on the spot untuk kebaikan Mama dan baby.
Take Note Selepas Mama Bersalin
1. Ambik Tahu Tentang Luka Bersalin Mama
First sekali Papa kena check dan cuci luka Mama bersalin sama ada Mama bersalin normal atau caesar. Ini pun untuk elakkan jangkitan berlaku kalau tak dicuci dengan betul.
Selain tu, Papa jugak kena ambik tahu simptom-simptom sekiranya Mama dijangkiti kuman seperti demam tiba-tiba, luka tak sembuh, bernanah dan ada bau yang tak menyenangkan.
Dari sinilah, Papa tahu betapa besarnya pengorbanan Mama untuk melahirkan zuriat kepada Papa. Bukan setakat mental Mama je yang terkesan, badan Mama pun sama jugak.
2. Darah Nifas Selepas Bersalin
Papa kena tahu ada beberapa jenis darah nifas dan kalau darah tu ada bau yang tak menyenangkan, darah yang keluar seperti darah yang segar dan penuh lebih dari satu pad sehari Papa kena bawa Mama segera ke hospital.
Papa kena selalu ingatkan Mama untuk kerap tukar pad setiap tiga jam sekali walaupun pad belum penuh. Kalau boleh Papa sediakan pad atau barang-barang yang sepatutnya Mama ada time nak tukar pad.
Time ni Mama kena bagi masa kepada Mama untuk ambik masa tukarkan pad dan bersihkan diri dengan tenang. Oh ye, Papa jangan lupa jaga baby time Mama tukarkan pad ni sebab akan ambik masa yang lama sikit.
Kalau ada orang lain yang boleh jagakan baby, bolehlah Papa bantu Mama –
Tiga jenis darah nifas:
- Rubra: hari pertama sehingga hari keempat dan berwarna merah terang.
- Serosa: hari kelima sehingga 14 hari, berwarna merah gelap dan amaunnya semakin sedikit.
- Alba: hari ke 15 keatas, kadang akan keluar spotting dan amaun sedikit je.
3. Ambik Tahu Tentang Penyusuan Mama
Membantu Mama dalam proses penyusuan baby, lagi-lagi kalau first baby. Papa jangan malu untuk ambik tahu benda macam ni.
Kalau boleh Papa daftar kelas penyusuan, supaya Papa ada ilmu untuk sama-sama membantu Mama menyusukan baby.
Bila Mama ada masalah bengkak susu nanti Papa boleh tolong Mama apa yang perlu. Lagi pun tak rugi kalau untuk Papa kelas penyusuan ni.
4. Tempoh Mama Berpantang
Selalunya bab berpantang ni akan Mama yang akan buat keputusan sendiri berapa lama Mama mahu berpantang sama ada 40 hari atau 60 hari.
Sepatutnya Papa pun kena mainkan peranan jugak, sama-sama buat keputusan dengan Mama sebab berpantang ni proses untuk Mama sembuh dari segi emosi dan fizikal.
Papa kena tahu apa tugas Papa time Mama dalam tempoh berpantang seperti uruskan baby sendiri supaya Mama dapat berehat yang secukupnya.
Papa pun kena pastikan makanan yang diambil oleh Mama adalah makanan berkhasiat supaya dapat memberi tenaga kepada Mama dan jugak untuk baby.
5. Perkara Lain-lain
Satu lagi, Papa kena belajar cara untuk bedung baby, mandikan dan cara tukar pampers baby. Kalau boleh bukan sepanjang tempoh Mama berpantang je Papa tolong Mama biarlah sampai anak besar.
Oh ye, diawal usia baby ni, Papa kena hadkan pelawat dan jugak menasihati pelawat untuk tidak peluk cium baby.
Lagi satu, jangan biasakan orang datang melawat pada waktu malam. Sebab malam adalah waktu rehat untuk Mama dan baby.
Sekiranya pelawat yang datang selesema atau batuk seeloknya elakkan berjumpa dengan baby dan juga Mama untuk mengelakkan jangkitan.
Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada Mama sebab sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan si manja Papa. Hargai pengorbanan Mama yang melalui perjalanan mengandung sehingga melahirkan baby.
Mama Siti harap Papa lebih luangkan masa dengan Mama sepanjang tempoh ni. Papa tahukan dalam tempoh ni la Mama perlu diberi perhatian lebih untuk elakkan dari meroyan. Papa jangan ambik remeh tentang meroyan tau.
Apakah tips untuk mencegah Mama meroyan time berpantang? Klik di SINI.