KelabMama

7 Perkara Orang Luar Ditegah Lakukan Pada Bayi/Kanak-kanak Raya Ini

Musim perayaan merupakan musim yang paling menggembirakan umat Islam seluruh dunia. Masa raya inilah kita akan berkumpul sanak saudara untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang indah. Namun, ada beberapa perkara yang sering menjadi kebimbangan buat para emak. Terutamanya Mama yang mempunyai anak kecil.

Sebagai seorang wanita yang memahami perasaan Mama yang lain, di sini kongsikan 7 perkara yang ditegah untuk orang luar apabila mendekati anak kecil. Perkara-perkara ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Najihah Husin di laman Twitter beliau.

#1 Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

“Act as if you 24 jam bersama baby tu. Apa pun mak dia buat, LET HER BE! DIA LEBIH TAHU ANAK DIA!”

Dalam erti kata lain, hanya mak anak tu sendiri yang mengenal anaknya. Jadi, jika ada teguran mahupun nasihat, anda sebagai orang luar jangan terlalu pentingkan diri hingga terlupa akan siapa mak si anak itu sebenarnya. Nak nasihat boleh, jangan lebih-lebih. Ingat, ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’ – hanya saudagar permata yang lebih mengenali batu permata berbanding orang biasa.

#2 Kiss & Make up

Bukan lagu Blackpink dengan Dua Lipa tau! Tapi, sikap anda sebagai orang luar yang mudah peluk cium anak orang lain. Saya faham, anak-anak kecil sememangnya sangat comel. Walau comel macam mana pun, tolong jangan cium anak kecil tanpa mendapatkan persetujuan atau kebenaran si ibu bapa. Kuman daripada make up mungkin boleh mengjangkiti anak kecil.

“Kiss/touch the baby WITHOUT parents dia punya consent. You mungkin ada kuman/makeup in your skin. Benda tu akan jangkiti baby.”

Sumber: Twitter

#3 Bukan 3 Meter, tapi 10 KM!

“Smoker? STAY 10KM AWAY! Baby/kids sangat sensitif so kalau you nak rosakkan badan you, do ahead. But not the babies.”

Perkara ini ditujukan buat mereka yang merokok. Kalau kerajaan tetapkan jarak untuk mereka yang merokok di kedai makan sebanyak 3 meter, ibu ini pula sarankan anda jauhkan diri daripada anak kecil sebanyak 10 KM!

Saya sendiri setuju dengan amaran Puan Siti Najihah ini. Bau asap rokok di baju atau tangan tu akan kekal sehingga 2 jam lamanya! Jadi untuk si perokok, HARAP MAKLUM!

#4 Sharing is Caring? NO thanks!

“Simply offer any FOOD/DRINK tanpa persetujuan parents dia. Budak sekarang fragile. Mereka mungkin ada alahan yang you tak tau. SO JANGAN SIMPLY OFFER ANAK ORANG ANY FOOD. ESPECIALLY BENDA MANIS!”

#5 Cermin diri sendiri dulu please?

“Eh kenapa anak you yang ni putih yang tu gelap? – ***, kenapa muka you sebelum ni lawa now dah buruk?”

Lain orang, lain ragamnya, lain anak, lain personaliti dan sifatnya. Kadang-kadang tu ada je kita ni sebagai orang luar, nak komen lebih-lebih mengenai anak orang lain. Walaupun dalam nada bergurau, komen-komen mengenai fizikal dan keupayaan seorang anak kecil itu boleh memberi kesan kepada mental ibu bapa dan anak kecil itu sendiri.

#6 Awak siapa ya?

“If the kids really out of line, let the parents handle them. Not you simply pi pulas tangan/telinga anak orang. Who are you again?”

Kanak-kanak sememangnya nakal. Kita sebagai yang dewasa harus bersabar, bertolak ansur, dan mendidik mereka dengan cara yang betul. Walaupun anda berada dalam keadaan marah, mungkin anda boleh maklumkan pada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Biar mereka sendiri yang menegur atau mendidik anak mereka.

#7 Ajaran mana tu?

“Babies kita kena ajar dia menangis so paru-paru dia berkembang” – dah kenapa you nak kena buat budak tu menangis out of no reason? Who are you? Doctor? No? STAY AWAY!”

Lagi sekali, jangan memandai nak buat itu ini dekat anak orang lain. Walaupun anda pernah terbaca mahupun pernah mendengar tips/nasihat daripada orang lain, adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan ibu bapanya terlebih dahulu. Jangan suka hati je tau!

Demikian 7 perkara yang dikongsikan Puan Siti Najihah. KelabMama sangat setuju dengan apa yang dikatakan beliau. Untuk anda yang bukan ibu bapa kepada anak-anak kecil tersebut, sentiasa cuba untuk berhati-hati dengan anak orang lain. Kalau apa-apa terjadi pada si kecil itu, ibu bapanya sendiri juga yang susah. Bukan awak tau!