“Ooo, balik kampung… Ooo, balik kampung…” Tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang di telinga, dan pasti Mama tahu, musim raya semakin tiba! Tradisi “Balik Kampung” ini memang tak sah kalau tak dialami, kan?
Tapi, selain daripada kehangatan menyambut raya, ada satu perkara yang setiap keluarga hadapi – kesesakan jalan raya. Yang lagi mencabar, kalau Papa dan Mama ada anak kecil, rasa nak sampai ke kampung pun macam lambat je, tambah lagi dengan emosi si kecil yang mudah terpengaruh dengan ketidakselesaan mereka.
Nak tahu sebab apa? Salah satunya, lampin pakai buang yang tak selesa! Sebab itulah pentingnya pilih lampin yang bukan sahaja mesra kulit si manja, tapi juga tahan lasak sepanjang perjalanan; supaya tiada lagi gangguan kebocoran dan emosi yang mudah berubah-ubah.
Bayangkan kalau lampin bocor atau basah sepanjang perjalanan? Habis satu kereta kecoh!

Jadi, macam mana nak pastikan perjalanan balik kampung kali ni lebih lancar dan si kecil sentiasa gembira? Jawapannya mudah – pilih lampin pakai buang yang terbaik!
Papa Mama! Kali ini, Mama Siti nak kongsikan dengan Papa Mama satu rahsia supaya perjalanan balik kampung lebih lancar, selesa, dan tentunya tanpa kebocoran! Merries, lampin pakai buang yang tak asing lagi.
Jom kita lihat kenapa Merries boleh jadi pilihan terbaik untuk si kecil sepanjang perjalanan raya ini.
Kenapa Merries?

Merries adalah jenama lampin premium dari Jepun yang direka khas untuk memberikan keselesaan terbaik kepada bayi. Kenapa? Sebab bagi Merries, senyuman si kecil adalah tanda mereka selesa dan bahagia!
Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, Merries sentiasa melakukan penyelidikan bagi menghasilkan lampin berkualiti tinggi yang sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
Tidak percaya? Papa Mama boleh melihat sendiri kajian yang dilakukan oleh Merries mengenai keselesaan dan keselamatan kulit bayi di laman web mereka di https://web.kao.com/my/merries/laboratory/.
Dengan pelbagai kajian yang telah dilakukan, Merries sentiasa memastikan produk mereka mesra kulit bayi, selesa dipakai, dan yang paling penting, anti-kebocoran! Tak perlu lagi risau tentang lampin bocor di tengah perjalanan balik kampung.
Merries tahu, kalau anak gembira, Mama dan Papa pun gembira, kan?
5 Ciri-Ciri Hebat Merries Yang Mama Wajib Tahu!

Salah satu sebab kenapa Merries jadi pilihan ramai adalah kerana mereka sangat mengutamakan kelembutan pada kulit si kecil.
Rekaan lampin Merries sangat mesra kulit, dan yang penting, anak Papa Mama akan kekal kering, selesa, dan bebas iritasi sepanjang perjalanan.
Ada banyak ciri-ciri menarik yang membuatkan Merries jadi pilihan utama, antaranya:
#1 Pengudaraan Yang Terbaik
Merries direka dengan lapisan Superior Breathable Sheet yang mengandungi lebih 5 bilion lubang-lubang halus. Fungsi lubang-lubang ini adalah untuk memastikan udara mengalir dengan bebas, mengurangkan rasa basah dan ketidakselesaan. Anak Papa Mama pun akan terus ceria tanpa rasa lemas!
#2 Penyerapan Cecair Yang Cemerlang
Lampin Merries sangat hebat dalam menyerap cecair dengan pantas, memastikan si kecil kekal kering sepanjang hari. Tak perlu risau tentang kebocoran walaupun dalam perjalanan jauh yang penuh dengan hentian dan trafik sesak.
#3 Fluffy Air-in Cushion
Tak perlu bimbang jika najis cair keluar dari lampin! Dengan teknologi Fluffy Air-in Cushion, najis cair akan diserap dengan baik, dan pastinya tidak akan terkeluar atau melekat pada kulit si manja. Ini membantu mengelakkan ruam lampin dan iritasi kulit.
#4 Fleksibiliti Tinggi & Mudah Dipakai
Rekaan lampin Merries lembut, ringan, dan fleksibel, membolehkan bayi bergerak bebas tanpa rasa ketat atau sesak. Bayi akan lebih selesa untuk bermain dan tidur sepanjang perjalanan!
#5 Indikator Kelembapan
Merries dilengkapi dengan indikator kelembapan yang berubah warna apabila lampin penuh. Papa dan Mama boleh tahu bila masa sesuai untuk menukar lampin tanpa perlu memeriksa secara manual.
Jenis Lampin Merries: Mama Pilih Yang Mana? Pants atau Tape?
Merries ada dua jenis lampin: Pants dan Tape. Kedua-duanya direka dengan kelebihan tersendiri untuk memastikan anak Papa Mama selesa sepanjang masa.
- Lampin Pakai Buang Jenis Seluar (Pants)

Rekaan 3D Air Cushion pada lampin jenis seluar ini sangat lembut, dan ia juga memberikan pengudaraan secara menyeluruh. Anak Papa dan Mama boleh bebas bergerak tanpa rasa ketat atau sesak.
Lagi best, lampin ini boleh meregang hingga 2.5 kali ganda! Tak perlu risau lampin terlalu ketat, ya!
- Lampin Pakai Buang Jenis Pelekat (Tape)
Jika Papa dan Mama lebih suka jenis pelekat, Merries juga ada! Rekaan blok pada permukaan lampin ini membantu menyerap cecair dengan cepat, memastikan si manja kekal kering.
Lagi seronok, ada Back-Flow Lock yang mengunci kelembapan, jadi tak ada lagi kebocoran! Pelekat lampin juga lebih lembut dan boleh digunakan semula – sesuai untuk Papa Mama yang suka praktikal.
Tiada Lagi Drama Kebocoran di Tengah Jalan!

Dah cukup stres hadap jem, jangan tambah lagi dengan masalah lampin bocor! Perjalanan balik kampung memang tak boleh lari dari cabaran, tetapi dengan Merries, Papa dan Mama tak perlu risau lagi.
Si kecil akan kekal ceria, kering, dan selesa sepanjang perjalanan. Tak ada lagi kebocoran yang merunsingkan, tak ada lagi masalah ketidakselesaan yang merosakkan mood.
Jadi, pastikan Papa dan Mama pilih Merries untuk perjalanan raya tahun ini!

Opps, lagi satu Mama Siti lupa nak pesan, sebelum balik kampung kali ni, pastikan Mama dah stok cukup-cukup Merries untuk si kecil!
Lagi best, sempena kempen “Raya Road Trip #Leak-Free Journey with Merries“, setiap kali Mama beli 1 pek lampin pakai buang Merries, Mama akan dapat 1 pek sampul duit raya eksklusif secara PERCUMA!
Kalau beli 4 pek (pants atau tape) dalam satu resit, bukan saja dapat sampul duit raya percuma, tapi juga Merries Busy Book khas untuk si kecil Mama!

Macam mana nak dapatkan Merries? Senang je! Papa Mama boleh beli online di Lazada & Shopee atau dapatkan di kedai terpilih seperti Aeon, Village Grocer, Jaya Grocer, dan banyak lagi.
Untuk lebih info, layari laman web rasmi atau media sosial Merries di bawah:
Website | Instagram | Facebook | TikTok
Dengan lampin pakai buang terbaik ini, senyuman si kecil adalah hadiah terbaik sepanjang perjalanan balik kampung. Rekaannya yang mesra kulit, tahan lama, dan selesa, menjadikan perjalanan raya Papa dan Mama sekeluarga pasti lebih bermakna dan bebas dari kebocoran!
Jom pastikan perjalanan raya kali ini lebih ceria tanpa sebarang drama! Selamat Balik Kampung Papa dan Mama!
Mama Papa boleh dapatkan lebih banyak tips keibubapaan di SINI.