Macam mana lah nak bersihkan kalau periuk berminyak, hangus, atau lebih teruk lagi sampai karat. Raya-raya ni banyaklah kuali, periuk dan pinggan mangkuk yang kena cuci lepas guna.
Periuk berminyak pun dah buntu nak bersihkan, ni pula kalau ada yang hangus atau berkarat. Boleh tercabut bahu Mama nak sental nanti.
Mama don’t worry! Mama Siti ada tips macam mana nak hilangkan kotoran degil periuk Mama tu.
Tips Hilangkan Minyak, Karat dan Hangus Periuk dan Pinggan Mangkuk
1. Cuka Makanan Untuk Kesan Minyak
Kalau pinggan mangkuk berminyak confirm susah nak hilangkan Mama? Tuang sabun banyak-banyak pun mesti tak hilangkan?
Kalau Mama nak tahu terdapat banyak lagi kegunaan cuka ini selain untuk makanan. Mama boleh menggunakan cuka makanan untuk menghilangkan minyak-minyak di kuali dan periuk.
Caranya:
- Titiskan cuka ke atas span pencuci pinggan dan kemudian sental permukaan kuali, atau pinggan mangkuk yang berminyak. Kemudian, cuci menggunakan sabun basuh pinggan biasa dan bilas.
2. Air Panas Untuk Hilangkan Kesan Minyak
Rendamkan dahulu pinggan yang berminyak ke dalam air panas. Lagi lama rendam lagi cepat kesan berminyak akan tertanggal. Selepas beberapa ketika, Mama boleh cuci pinggan mangkuk dengan sabun dan bilas dengan air seperti biasa.
Caranya:
- Hanya rendamkan pinggan mangkuk yang berminyak dalam air panas atau tuangkan air panas ke dalam pinggan mangkuk tersebut dan biarkan selama beberapa minit.
3. Lemon Untuk Periuk Hangus
Kadang-kadang kalau terkejar ke sana sini, sampai lupa nak tengok periuk atas dapur. Bila ada bau hangus barulah Mama teringkatkan periuk atas api di dapur.
Hangusnya tu sampai jadi hitam legam dah. Kalau nak buang, sayang kan? Lagi-lagi kalau periuk baru. Nak sental pula memang susahlah kalau dah jadi hitam legam macam ni.
Mama tahu tak lemon boleh digunakan untuk hilangkan hangus periuk Mama? Sebab lemon ni ada asid sitrik tau.
Caranya:
- Ambil sebiji lemon, hiris nipis dan masukkan ke dalam periuk sekali dengan garam dan sedikit air.
- Biarkan selama beberapa minit dan kemudian, sental dan cuci seperti biasa.
4. Asam Keping Untuk Kesan Karat
Eh, nanti dulu! Jangan terus buang periuk atau kuali yang berkarat tu! Mama boleh cantikkan periuk-periuk tersebut dengan hanya menggunakan asam keping sahaja.
Caranya:
- Rebuskan 8 asam keping dalam periuk yang besar sebab senang nanti Mama nak rendam.
- Didihkan air asam keping sehingga mendidih, dan kemudian, masukkan periuk Mama yang berkarat dan rendamkan selama 4 hingga 5 minit.
- Kemudian, angkat periuk dan biarkan ia sejuk dahulu.
- Sental dengan sabun basuh pinggan dan berus dawai.
Kredit Gambar: Siakap Keli Kredit Gambar: Fix.comg
Tips yang Mama Siti kongsikan ni mudah je kan Mama? Bahan-bahan yang digunakan untuk mencuci periuk dan pinggan mangkuk pun senang je nak dapat kan – semua ada di dapur rumah je.
Mama boleh lah cuba nanti, tak ada lah double penat nanti nak cuci periuk pinggan Mama.
Nak masak tapi tak tahu resepi, jangan risau Mama semua klik je di SINI.