Tiap kali period mesti Mama akan alami period pain kan? Tak kiralah teruk atau biasa je. Mungkin ada yang anggap ia hanyalah perkara normal Mama alami tiap kali period.
Tapi sebenarnya Mama tak boleh ambik mudah je, sebab period pain yang Mama alami tu mungkin disebabkan oleh penyakit endometriosis!
Period Pain Bahaya?
Mama je tahu period pain ni macam mana sakit nya. Tapi ada je Mama yang tak alami senggugut tau.
Bila kena period pain ni kalau boleh tak nak buat apa-apa pun kan Mama? Rasa nak baring je atas katil sampai period pain hilang. Nak buat kerja pun tak boleh sebab senggugut.
Sampaikan nak berjalan pun tak boleh dan yang paling teruk sampaikan ada Mama yang pengsan bila period pain yang melampau.
Period pain ni pun ada dua jenis iaitu primer dan sekunder.
Jenis Period Pain
Primer
Period pain primer ni berlaku sebab pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk keluarkan lapisan dinding rahim yang tebal.
Disebabkan situasi ni berlaku aliran darah jugak boleh terganggu dan kesakitan akan makin dirasai.
Ada Mama yang hilang period pain setelah Mama hamil bersalin. Jadi, period pain primer ni cuma period pain yang biasa yang dialami.
Selalunya kesakitan ni akan berlaku sehari atau 2 hari pada hari period atau sebelum period.
Sekunder
Period pain sekunder ni ialah sakitnya bila time period disebabkan keadaan yang tak diketahui. Mama perlu tahu kalau period pain sekunder ni boleh disebabkan masalah kesihatan yang lain tau.
Masalah kesihatan yang akan dialami pada organ pembiakan Mama seperti endometriosis, adenomyosis atau fibroid rahim.
Untuk senggugut sekunder ni akan mula dirasai lebih awal dalam kitaran haid, lebih menyakitkan dan kesakitan yang dialami lagi panjang dari senggugut primer.
Lebih merisaukan apabila sakit sekunder berlarutan dalam tempoh yang lama. Kerana boleh menyebabkan Mama alami masalah kesihatan yang lain salah satunya endometriosis.
Apa itu Endometriosis?
Rahim Mama yang penuh dengan pelbagai jenis tisu unik ni dipanggil sebagai endometrium.
Ia berlaku apabila dalam badan Mama ada tisu rahim di luar lapisan dalam rahim Mama. Tisu ni pula terdapat dalam ovari, tiub fallopian dan ruang pelvis. Ia jugak boleh berlaku di luar pelvis tetapi sangat jarang diketemui.
Walaupun tisu ni berada di luar lapisan dalam rahim, ia masih boleh berlaku tindak balas kepada perubahan hormon seperti tisu rahim yang biasa juga.
Tisu ni akan jadi menebal dan berdarah mengikut kitaran haid biasa je tapi disebabkan oleh darah haid tersebut daripada tisu ni tak ada jalan keluar ia akan jadi terperangkap.
Selain itu, boleh menyebabkan Mama hamil di luar rahim tau. Ini disebabkan sel tersebut melapisi rahim dan tumbuh di tempat lain.
Penyakit endometriosis ni salah satu penyakit yang dianggap agak kompleks jugak.
Apakah Simptom Endometriosis?
1. Period Pain
Berlaku apabila Mama mengalami period yang menyakitkan. Selalunya Mama akan rasa sakit dan cramp pada bahagian pelvis sebelum atau ketika period.
Bukan bahagian pelvis je sakit. Kesakitan tersebut juga boleh dirasakan di bahagian belakang dan abdomen.
2. Sakit Semasa Lakukan Hubungan Seks
Semasa melakukan hubungan, Mama akan rasa kurang selesa dan sakit pada bahagian tersebut. Jadi, kalau Mama rasa sakit semasa bersama, kemungkinan Mama ada penyakit endometriosis ni.
Kemungkinan Mama akan berfikir ini merupakan suatu perkara yang biasa tapi sebenarnya ia salah satu simptom ednomentriosis yang sedang Mama hadapi tau.
Jadi, Mama Siti nasihatkan sekiranya Mama rasa sakit lebih baik Mama terus berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan lanjut.
3. Darah Period yang Berlebihan
Selalunya pada hari-hari pertama period, normal untuk darah kotor tersebut keluar dengan banyak dan akan semakin berkurangan hingga ke hujung period.
Tapi tidak bagi Mama yang mempunyai endometriosis kerana kemungkinan akan mengalami gangguan kitaran haid dan pendarahan yang berlebihan dalam masa yang sama.
Jadi, pastikan Mama peka semasa period adakah darahnya keluar secara berlebihan atau normal je.
Punca Endometriosis Berlaku
1. Aliran Period Terbalik
Aliran period terbaik maksudnya darah period Mama alirannya ke atas dan melalui tiub fallopio masuk ke dalam pelvis.
Oleh itu, sel endometrium akan jadi melekat pada dinding tiub dan pelvis.
2. Sel yang Tertanam Semasa Operation
Semasa Mama melakukan pembedahan pembuangan rahim atau caesarean ada kemungkinan sel endometrium termasuk ke bahagian pelvis. Disebabkan sel endometrium tertanam jadi dari situ sel tersbut akan mula merebak.
Apakah Kesan Endometriosis?
1. Masalah Kesuburan
Bagi Mama yang mempunyai endometriosis ni sudah pasti akan mengalami masalah kesuburan. Ada sesetengah Mama yang mengidap penyakit ni akan menyukar Mama untuk mengandung.
Proses untuk mengandung ni, telur akan dilepaskan dari ovari Mama dan terusnya ke tiup fallopian untuk disenyawakan oleh sperma sebelum melekat pada dinding rahim untuk diperoses pertumbuhannya.
Tetapi disebabkan dihalang oleh endometriosis ni terdapat halangan pada tiub jadi, telur dan sperma tak berjaya disenyawakan. Bukan tu je, malah ia juga boleh merosakkan sperma atau telur tau.
Tetapi Mama jangan risau, Mama yang ada penyakit ni masih boleh pregnant dan beranak jugak.
2. Risiko Mendapat Kanser
Mama berisiko untuk mendapatkan kanser ovari sekiranya mengidapi penyakit ni. Tetapi secara umumnya risiko untuk mendapat kanser rahim ni masih rendah ye.
Jadi Mama jangan lah risau ye.
Cara Diagnosis Dilakukan?
1. Pemeriksaan Pelvis
Doktor akan menjalankan pemeriksaan pada pelvis Mama untuk melihat sama ada mempunyai tanda yang normal atau tidak.
Tanda yang tak normal tu seperti ketumbuhan, parut atau bekas operation lama.
Tetapi selalunya pemeriksaan ni sukar sedikit untuk check ketumbuhan atau cyst semasa pemeriksaan dijalankan.
2. Ultrasound
Imbasan ultrasound ni pula digunakan untuk melihat bagaimana keadaan dalam perut dan jugak pelvis.
Bukan hanya ultrasound pada perut je, malah boleh jugak dilakukan pada laluan faraj untuk melihat dengan lebih jelas keadaan dalam pelvis Mama.
Dengan melakukan ultrasound ni dapat melihat ada atau tidak sebarang tanda yang tak normal seperti ketumbuhan atau cyst.
3. Laparoskopi
Iaitu melakukan pembedahan laparoskopi dimana prosedurnya yang akan memasukkan kamera ke dalam perut Mama untuk melihat dengan lebih jelas keadaan dalam perut dan pelvis Mama.
Mama jangan risau, semasa laparoskopi dijalankan Mama akan dibius dan doktor hanya akan melakukan potongan kecik je pada abdomen untuk memasukkan kamera.
Pembedahan ni akan membantu doktor mencari tisu endometrium dari segi saiz, lokasi dan organ mana yang terlibat.
Bukan tu je, semasa proses laparoskopi ni dijalankan boleh teruskan dengan rawatan untuk membuang tisu endomerium tau.
Rawatan untuk Endometriosis
Untuk rawatan endometriosis ni beberapa jenis antaranya pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan.
1. Ubat Tahan Sakit
Selalunya doktor akan berikan Mama ubat penahan sakit seperti ubat ibuprofen atau naproxen untuk melegakan kesakitan dan cramp ketika Mama period.
Mama yang ambik ubat ni adalah penghidapi tahap mild endometriosis sahaja dan mempunyai simptom yang sedikit je.
2. Pil Hormon
Pengambilan ubat hormon dapat mengurangkan kesakitan Mama. Tetapi rawatan ni mungkin akan merencatkan sedikit aktiviti tisu endometrium Mama.
Rawatan ni bukan untuk rawatan jangka masa panjang tau, sebab Mama akan alami semula simptom selepas Mama berhenti mengambil ubat hormon ni.
Ada beberapa jenis ubat hormn yang boleh Mama ambik. Tapi pastikan ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja ye.
#1. Pencegah Kehamilan
Ubat ni boleh diambil dalam bentuk pil, implan atau lain-lain yang dibenarkan oleh doktor. Ubat ni mengandungi hormon yang akan membantu mengawal aktiviti tisu endometrium Mama semasa period.
Mama yang mengambil ubat ni period nya mengalami period yang sedikit dan tak lama. Krana ubat ni membantu dan kurangkan simptom endometriosis Mama.
#2. Progesterone dan Gonadotrophin-Releasing Hormone (GnRH Analog)
Ubat ni dapat menghalangkan penghasilan hormon perangsang ovari Mama. Malah dapat kurangkan kadar estrogen yang menghalang period berlaku.
Ubat ni akan menyebabkan sel endometrium Mama mengecut tau. Selain tu, ubat ni jugak akan membuatkan Mama menopaus buat sementara waktu je.
Dan kalau Mama berhenti mengambil ubat ni, period Mama akan kembali seperti biasa ye.
3. Pembedahan Konservatif
Sekiranya Mama penghidap endometriosis dan nak pregnant, pembedahan akan dijalankan. Ni untuk membuang tisu yang ada di luar rahim dan kekalkan organ rahim serta rahim.
Selain tu, kalau Mama yang menghadapi sakit yang teruk boleh jugak lakukan pembedahan ni. Sebab ia kan membantu Mama kurangkan sakit tersebut.
Tapi Mama kena ingat! Walaupun telah melakukan pembedahan, kemungkinan untuk penyakit ni boleh dihidapi semula tau.
#1. Laparoskopi
Seperti yang Mama Siti ada terangkan sedikit tadi mengenai laparaskopi ni. Di mana pembedahan yang dijalankan untuk melihat ke dalam perut tanpa melakukan pembedahan yang besar.
Pembedahan laraskopi dilakukan di dalam perut berdekatan dengan rahim. Belahan yang dilakukan oleh doktor hanyalah kecik je sesuai dengan peralatan yang digunakan bersaiz kecik.
Doktor akan buat beberapa belahan pada abdomen Mama jadi jahitannya pun tidak terlalu panjang.
Ada kamera yang dimasukkan untuk memberi visual kepada doktor ketika melakukan pembedahan tersebut. Doktor akan sedaya upaya membuang kesemua endometriosis ini.
Ni Mama Siti kongsikan dua video pembedahan laparoskopi yang dijalankan. Di mana kedudukan endometriosisnya berbeza.
Pembedahan ini jugak dapat mengurang sakit kesan dari belahan tau. Pembedahan jugak modern dan hanya pakar yang bertauliah je boleh melakukannya. Jadi, Mama tak perlulah risau je!
Kalau period pain Mama lebih sakit atau ada simptom-simptom yang Mama Siti kongsikan cepat-cepat lah Mama lakukan pemeriksaan.
Kalau Mama mahukan lakukan pemeriksaan walaupun tak ada simptom ni pun lagi Mama Siti syorkan, cuma untuk pastikan Mama dalam keadaan sihat.
Jangan takut tau Mama. Dapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu!
Dapatkan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan kesihatan wanita di SINI.