Mama baru je bersalin beberapa bulan yang lepas. Dah bersalin, normal kalau ada sakit-sakit atau letih. Badan kita sedang berada dalam proses untuk kembali pulih dan bertenaga. Sabar ye Mama. Tapi, satu perkara yang mungkin Mama tidak perasan atau rasakan perkara itu normal – pergelangan tangan yang rasa sengal dan mencucuk.
Normal ke kalau pergelangan tangan saya asyik sakit je?
Rasa dekat pergelangan tangan tu seperti sengal dan mencucuk-cucuk je. Bukan cramp, bukan gout, bukan kebas. Tapi rasa mencucuk. Rasa sakit seperti ini biasa dialami Mama yang sudah mempunyai anak.
Normal, memang normal. Tapi, Mama jangan buat tidak tahu pulak dengan sakit itu. BAHAYA sebenarnya kalau Mama sering alami sakit macam tu!
Kenapa bahaya? Apa itu “de Quervain’s Tenosynovitis”?
“De Quervain’s Tenosynovitis” merupakan sindrom yang menyebabkan keradangan pada tendon di ibu jari kita. Sindrom ini sangat terkenal dalam kalangan ibu baru bersalin, yang turut digelar “new mom’s syndrome” atau “Mommy Thumb”.
Rasa sakit ini akan dirasai pada pergelangan tangan, terutamanya ketika menggerakkan ibu jari atau mendukung bayi.
Apakah punca penyakit ini?
“De Quervain’s Tenosynovitis” berlaku disebabkan turun naik atau pengumpulan cecair dalam tubuh badan sewaktu mengandung. Selain itu, jika Mama sering mengangkat barang-barang yang berat dan mengendong anak terlalu lama juga merupakan punca yang bakal menyebabkan rasa sakit ini. Maksudnya, Mama dah ‘over used’ badan Mama sendiri.
Bila kita dah menggunakan terlalu banyak otot tangan, ia boleh memberi tekanan pada otot yang berfungsi untuk menggerakkan ibu jari, atau lebih spesifik, tendon. Apabila dah banyak tekanan diberikan ke atas tendon, ia berpotensi untuk membengkak hingga ke pergelangan tangan. Jika dah sampai tahap ni, jika dibiarkan, sangat membahayakan – Mama mungkin perlu lakukan pembedahan untuk rawat keadaan ini.
Bukan biasa-biasa!
Alaaa sakit tangan biasa je kot. Lenguh-lenguh tu biasalah. Nanti 2,3 hari baiklah.
Mula-mula sakit memang akan rasa dibahagian pergelangan je, tapi lama-lama boleh sampai tahap Mama nak gerakkan jari pun susah. Banyak hal yang Mama sukar untuk lakukan – genggam barang, pusingkan tangan, pegang barang dan sebagainya. Rasa sakit tu akan melarat. Kalau dibiarkan, Mama boleh menangis sorang-sorang menahan sakit.
Siapa cakap biasa je? Bukan biasa-biasa tau kalau sering rasa sakit macam tu. Papa pula jangan buat tak tahu je kalau Mama mengeluh sakit. Tolong Mama dalam banyak perkara dan lagi baik, bawa Mama pergi checkup. Badan Mama tu lama lagi nak guna.
Apa yang boleh saya buat untuk mengelakkan rasa sakit itu?
- Jangan terlalu kerap mengendong bayi, gunakan baby carrier atau stroller utk memudahkan anda bawa bayi ke mana-mana.
- Bila sakit tu datang, boleh tuam ais perlahan-lahan pada bahagian yg sakit.
- Elakkan tidur berbantalkan lengan atau pergelangan tangan.
- Buat senaman pergelangan tangan untuk melancarkan darah dan otot tidak tegang.
- Kalau dah teruk sangat, sampai membengkak dan susah nak bergerak, jumpa doktor dgn kadar segera.
Mama jangan lupa untuk mengamalkan minum susu yang sesuai untuk menambah kalsium dalam badan. Bila kita tengah mengandung, bayi dalam kandungan dah ambil kalsium ibu, jadi ibu perlu kalsium tambahan untuk badan dan juga bayi anda. Minumlah susu yang berkhasiat dan sesuai dengan cita rasa anda.