KelabMama

Perbezaan Tahun Baharu Cina Dengan Chap Goh Mei

beza chap goh mei dengan tahun baru cina

Ada beza ke perayaan Tahun Baharu Cina dengan Chap Goh Mei ni? Sebenarnya kedua perayaan ni berbeza, tetapi kedua-duanya adalah sebahagian daripada siri perayaan Tahun Baharu Cina tau.

Kebiasaannya, lebih kurang dua minggu selepas masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu, ia akan disusuli dengan satu lagi perayaan iaitu Chap Goh Mei, yang disambut meriah jugak dengan letupan mercun dan bunga api.

Tahun Baharu Cina

Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang disambut oleh orang Cina di seluruh dunia. Ia bermula pada hari pertama bulan Cina dan berlangsung selama 15 hari.

Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

Ada 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri. Kalau nak tahu, tahun ni pula adalah tahun naga tau.

Perayaan ini disambut dengan pelbagai tradisi seperti angpau, makan hidangan istimewa dan persembahan kesenian tradisional. Tahun Baharu Cina menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Cina berdasarkan kitaran lunar.

Pantang Larang Perayaan Tahun Baharu Cina

  1. Bubur dan daging – Bubur dianggap sarapan orang miskin dan daging pula untuk menghormati dewa.
  2. Elak makan ubat – Kalau makan ubat hari pertama, dipercayai akan jatuh sakit selama setahun.
  3. Jangan buang sampah – Ia dianggap membuang tuah.
  4. Elak cuci atau gunting rambut – Ejaan rambut (fa) ada sebutan dan simbol menjadi kaya (facai) jadi tak elok basuh keberuntungan.
  5. Basuh pakaian hari pertama dan kedua – Kedua-dua hari ni disambut sebagai hari lahir dewa air, jadi kalau cuci pakaian dianggap tak hormat pada dewa air.
  6. Angpau nombor genap – Nombor genap sebagai bawa tuah berganda dan nombor ganjil seperti empat dan 40 sebab bunyi seperti kematian dalam bahasa Cina.

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei ni sendiri bermaksud malam ke-15 Tahun Baharu Cina dari dialek Hokkien tau. Chap bermaksud 10, Goh pula maksudnya lima dan Mei pula adalah malam. Chap Goh Mei ni sebagai penandakan penghujung sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Chap Goh Mei ialah perayaan yang jatuh pada hari ke-15 Tahun Baharu Cina, juga dikenali sebagai Malam Yuanxiao.

Sambutan sama je dengan Tahun Baharu Cina, ada persembahan kebudayaan tradisional, tarian singa dan jugak angpau. Ini adalah penghujung rasmi siri perayaan Tahun Baharu Cina.

Chap Goh Mei atau Pesta Tanglung (Yuan Xiao Jie) diraikan dengan bunga api, persembahan tarian singa, dan pelbagai aktiviti kebudayaan. Ia juga dikenali sebagai “Hari Valentine Cina” di mana orang muda berkumpul untuk mencari pasangan jiwa mereka.

Kredit Gambar: SinarPlus – Sinar Harian

Tapi apa yang menariknya, menurut mitos dan tradisi sambutan Chap Goh Mei, wanita yang belum berkahwin akan melontar buah limau Mandarin dengan nama dan nombor telefon mereka yang tertulis di buah itu ke dalam sungai untuk mencari pasangan hidup.

Walaupun tiada cuti Chap Goh Mei, adat sambutan Chap Goh Mei ni tetap dipraktikkan oleh masyarakat Cina.

Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah Tahun Baharu Cina ialah satu siri perayaan yang berlangsung selama 15 hari, manakala Chap Goh Mei pula merupakan penghujung rasmi perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada hari ke-15.

Walaupun dua-dua perayaan ni nampak sama tetapi masing-masing ada keunikkan dan perbezaannya yang tersendiri.


Mama nak cuba resepi kuih bakul version halal? Klik di SINI.