Untuk Mama Papa yang masih baru dalam dunia parenting ni mesti blur lagi bila nak berkhatan anak-anak ni kan.
Lagi-lagi kalau anak perempuan, anak lelaki mungkin dah terbiasa sebab anak lelaki selalunya siap ada majlis berkhatan ramai-ramai lagi cukup meriah nak sunatkan mereka.
Berkhatan ni amalan yang diamalkan dalam masyarakat Islam dan beberapa masyarakat lain. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara prosedur berkhatan lelaki dan perempuan.
Berkhatan untuk Anak Lelaki
1. Hukum Berkhatan
Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.
Dalam Islam, hukum berkhatan ni bergantung kepada mazhad yang menjadi pegangan olehnya. Macam kita dekat Malaysia ni, berpeegang kepada mazhad Syafie, jadi hukum mengkhatan anak lelaki diwajibkan dalam mazhad ni.
Bukan yang beragama Islam je bersunat ni tau Mama, agama lain pun ada sunatkan anak mereka jugak. Bersunat bukan semata-mata untuk agama je, tapi sebenarnya untuk menjaga kebersihan juga.
2. Proses Anak Lelaki Dikhatankan
Prosedur berkhatan bagi anak lelaki ni dengan cara membuang kulit kulup pada kepala zakarnya. Bila kulit dibuang, bahagian ujung kepala zakarnya akan terdedah.
Ada beberapa teknik berkhatan yang Mama Papa boleh pilih:
- Teknik Dorsal Slit atau Teknik Freehand (konvensional) – Teknik ni perlukan jahitan. Alat yang digunakan untuk memotong kulup ni gunakan gunting atau diathermy ( laser).
- Teknik Clamp – Berkhatan menggunakan devices (circumcission via devices), seperti Alisklamp, Ismailclamp, Smartklamp. Teknik ni pula tak perlukan jahitan.
- Teknik Sutureless – Teknik ni jarang digunakan, teknik ni akan menggunakan gam tisu dermabond. Ia juga digunakan tanpa jahitan jugak.
3. Umur yang Sesuai untuk Sunat Anak Lelaki
Macam yang Mama Siti beritahu, bila-bila Mama Papa nak sunatkan pun boleh je. Kiranya anak Mama Papa tak ada had umur nak sunatkan mereka sama ada ketika bayi atau bila dah besar.
Sunat time baby pun sama saje proses nya, baby akan diberikan bius setempat untuk berikan rasa kebas pada bahagian kulup yang akan dibuang nanti. Cuma time baby ni Mama Papa lega sikit tak pening kepala nak layan karenah anak yang tak nak bersunat.
Berbeza pula dengan Mama Papa sunatkan mereka bila mereka sudah besar. Macam-macam ragam yang Mama Papa akan hadapi nanti.
Selalunya akan ada majlis berkhatan yang dianjurkan oleh pihak klinik atau ajk masjid bila musim cuti sekolah jadi kebanyakan Mama Papa akan ambil kesempatan ni untuk join sekali.
Bila sunat beramai-ramai ni macam-macam ragam yang dapat tengok. Ada yang menangis dan ada jugak yang berani. Jadi terpulang kepada Mama Papa untuk sunatkan mereka ketika berumur berapa.
Apakah Kebaikan Berkhatan untuk Anak Lelaki?
Bersunat ni dapat membantu mereka memudahkan mereka membersihkan alat kelamin dan mengurangkan jugak risiko jangkitan pada kawasan tersebut.
Selain tu, kesihatan seksual jugak terjaga. Kesihatan seksual ni dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan seksual, termasuk pengurangan risiko jangkitan seksual dan kanser.
Satu lagi, bila anak lelaki Papa dah bersunat, anak Papa dah boleh duduk saf depan sama-sama tau.
Mama Papa jangan terkejut, ada jugak agama lain yang sunatkan anak mereka jugak. Kebanyakkannya akan disunatkan time baby, kerana memudahkan untuk menajaga dan juga tawaran doktor yang merawat bayi tersebut.
Berkhatan untuk Anak Perempuan
1. Hukum Berkhatan
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.
Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bersunat anak perempuan adalah wajib ye Mama Papa bukan hanya wajib bersunat pada anak lelaki saje.
Sama seperti yang Mama Siti terangkan dekat hukum sunat anak lelaki. Dalam mazhad Syafie, hukum berkhatan untuk peremuan adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.
2. Proses Sunatkan Anak Perempuan
Cara menyunatkan anak perempuan agak berbeza dengan anak lelaki. Prosesnya pun sangat mudah dan proses nak sembuh pun cepat jugak.
Untuk sunatkan anak perempuan ni doktor atau bidan trandisional akan memotong sebahagian kecik yang menyerupai balung ayam jantan pada bahagian kulit atas saluran kencing (klitoris).
Hanya membuang prepuce atau lebihan kulit pada klitoris je dan tak ada jahitan yang akan dilakukan pada kemaluan anak Mama Papa.
Sebahagian kecik kulit je yang akan dibuang, sekadar untuk dinipiskan atau dikemaskan. Pemotongan yang dilakukan tidak melampau seperti female genital multilation yang merosakkan dan mencacatkan klitoris anak Mama sebab perbuatan ni diharamkan dalam Islam.
Jadi, Mama Papa tak perlu risau dan takut dengan cara sunat untuk anak perempuan Mama Papa.
3. Umur yang Sesuai untuk Sunat Anak Perempuan
Disarankan untuk sunatkan anak perempuan time masih bayi dalam umur tiga bulan ke bawah. Sebab time ni bayi tak boleh balikkan badan lagi.
Cara penjagaannya pun seperti luka biasa je, cuma Mama Papa kena tekankan aspek kebersihan seperti tukarkan lampin bayi. Mereka pun tak banyak ragam yang Mama Papa kena hadapi time ni.
Apa Kebaikan Berkhatan untuk Anak Perempuan?
Kelebihan sunatkan anak perempuan Mama Papa adalah menjadikan anggota kemaluannya lebih bersih dan dapat jugak memeliharanya daripada pelbagai penyakit.
Mama Siti harap Mama Papa faham perbezaan khatan antara anak lelaki dengan anak perempuan. Jadi, lepas ni Mama Papa dah boleh bersedia untuk menjaga mereka sepanjang tempoh berpantang bersunat ni pula.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Macam mana Mana Papa nak jaga anak selepas berkhatan dengan teknik yang betul? Klik di SINI.