Bakal bergelar bapa? Wah, tahniah Papa! Bertambahlah pangkat lepas ni. Kalau dulu title sebagai suami je, lepas ni dah jadi ayah pula!
Dalam keterujaan bergelar bapa, penting untuk kaum suami memahami tanggungjawab dan peranan sebagai seorang ayah kepada anaknya.
Ia bukan sekadar mencari rezeki dan membelikan keperluan anak semata-mata, tapi penting untuk Papa aware tentang perhatian dan kasih sayang untuk mereka. Silap langkah, bonding Papa dan anak akan sepi dan wujudnya jurang.
Mama Siti yakin, pastinya Papa yang hebat mahu dianggap hero di mata anaknya, menjadi bapa penyayang dan teladan dalam keluarga.
Untuk memupuk nilai murni seperti ini, Papa haruslah bersama-sama melibatkan diri dalam menguruskan anak sejak daripada lahir lagi.
“Tapi tu kan biasanya tugas orang perempuan. Lagipun wife saya tak bekerja, apa salahnya dia handle anak? Saya tolong sikit-sikit cukuplah.”
Ini mungkin antara reason biasa yang kita dengar daripada sang suami apabila menganggap berkaitan anak adalah kerja housewife semata-mata.
#Kepentingan Peranan Papa Dalam Menjaga Bayi Baru Lahir
Meskipun isteri tidak bekerja, namun Papa perlu faham bahawa menguruskan anak adalah tanggungjawab bersama.
Bukan isteri je atau suami je. Ia perlu digalas secara adil. Housewife pun ada tekanan tersendiri tau, Papa. Malah, jadi housewife lebih penat berbanding yang bekerja.
Mama Siti teringat dengan kata-kata oleh seorang penceramah suatu ketika dahulu bahawa hal menguruskan anak adalah tugas bersama suami isteri.
Kerana ia amanah Allah dalam rumah tangga anda berdua. Jadi, tiada istilah Mama je kena buat dan Papa bantu. Totally NO!
Namun jika capai kesepakatan untuk Mama handle semua dan membenarkan suami berehat, tolong bila perlu je, tak ada masalah pun. Yang penting kesepakatan perlu dicapai.
Sebab tu lah ada parents yang tak larat urus anak bersetuju untuk upah maid. Itupun takde masalah, asalkan anak-anak tak terabai. Cuma jika ditanya pendapat Mama Siti, kemanisan sebagai parents pastinya berbeza jika anak diuruskan oleh satu pihak lain jer.
Sama seperti kes anak-anak yang dijaga datuk dan nenek mereka, kebiasannya anak itu akan lebih mesra, rapat hinggakan segala perilaku baik atau buruk boleh dihidu sang nenek.
Ini kerana tumpuan dan penjagaan diberikan daripada kecil menyebabkan penjaganya tahu benar akan perubahan sikap anak itu.
Jadi, kalau Papa tak ambil tahu penjagaan anak, ibarat anda dah lepaskan satu peluang berharga dalam hubungan kekeluargaan. Berikut antara kepentingan Papa untuk melibatkan diri dalam menguruskan anak yang baru lahir.
1. Membantu pasangan yang masih belum sihat
Tatkala isteri masih belum sembuh, pastinya sukar nak lakukan semuanya secara sendiri. Memang newborn belum banyak ragam, namun untuk Mama yang masih dalam fasa lemah terasa sukar nak bangun salinkan anak atau mandikan si kecil. Banyak pergerakan yang diperlukan.
Walhal luka jahitn Mama pun masih belum bercantum dengan baik. Nak bangun, nak duduk, nak membongkok dan macam-macam terasa seksa untuk wanita yang baru berpantang.
Di sinilah peranan Papa sangat besar untuk menguruskan si kecil. Lagi-lagi ni anak pertama, semuanya kekok dan tak mudah untuk Mama dan Papa.
2. Menstabilkan emosi isteri
Kebiasaannya dalam fasa healing selepas bersalin, emosi wanita mudah rapuh. Tak kena dengan gaya pun dah stress. Jadi, kalau semuanya diuruskan isteri sendiri, dibimbangi kesihatan mental mereka boleh terjejas.
Kesakitan yang ditanggung menyebabkan si ibu mudah rasa down dan dalam masa masa, bayi pula meragam tak berhenti nangis. Lagilah mudah Mama berisiko meroyan.
Bantuan suami di sisi sangat perlu ketika ini. Sebab tu sebaiknya Papa handle anak dan biarkan Mama berehat sampai luka jahitan semakin sembuh atau dia semdiri dah mula kuat.
Bukan takde yerr kes suami applied cuti sebab isteri bersalin, tapi duduk di rumah bukannya membantu. Tapi busy main game atau jumpa kawan. Sedangkan isteri tu dah korbankan nyawa melahirkan keturunan untuk mu duhai suami.
3. Lebih menghargai perjuangan wanita
Mengambil peranan menjaga bayi yang baru lahir mampu menjentik hati Papa untuk menghargai pengorbanan seorang wanita.
Tak kira sama ada isteri atau ibu anda, pastinya Papa menyaksikan sendiri kesukaran dan kekuatan yang ditanggung kaum Hawa sejak mula hamil sehinggalah bersalin.
Ternyata ia bukan journey yang mudah. Jadi, bila Papa banyak take over pengurusan anak, Papa dapat lihat daya seorang isteri yang banyak terbatas dalam menjaga anak sepanjang berpantang.
Jadi, Papa pun faham kenapa wujud postpartum depression kepada wanita lepas hamil.
4. Mencipta kasih sayang lebih utuh bersama anak
Bila Papa banyak menguruskan anak, ia secara tak langsung dapat mencipta kemesraan yang kuat antara bapa dan si kecil. Malah, Papa juga akan lebih mengenali tubuh anak seperti tanda pada badannya.
Dan kalau Papa pro, Papa juga boleh nampak perbezaan pelik pada si anak bila mereka tak sihat.
Sebab tu lah Mama Siti katakan tadi jika Papa dah galas tanggungjawab menguruskan anak daripada kecil, pasti Papa jadi kenal mereka secara luar dan dalam. Setiap tindakan pelik atau tak normal pun Papa dah boleh hidu.
Maksudnya bukan Mama je yang boleh nampak kelainan sikap anak lepas ni, tapi Papa pun sama. Itu bukti Papa ni seorang bapa yang hebat!
#Nasihat Dalam Penjagaan Bayi Baru Lahir
Bagi suami yang bersemangat dan mahu menguruskan bayi baru lahir dengan sebaiknya, tahniah Mama Siti ucapkan! Di sini ada beberapa tips untuk Papa follow tentang bagaimana persediaan nak menguruskan si kecil nanti.
- Ikuti kelas antenatal seperti Kelas Parentcraft daripada Motherhood.com.my ini.
- Cari bahan bacaan berkaitan tips ibu bapa sebanyak yang boleh. Di platform KelabMama ada bermacam-macam tips untuk Papa gali tau.
- Meminta bantuan daripada orang yang berpengalaman ketika menguruskan bayi anda.
- Sentiasa tanya pandangan isteri untuk sebarang tips dikongsikan oleh orang lain. Contohnya menyarankan bayi minum susu formula untuk atasi jaundice. Papa jangan terus beli je tau, sebaiknya bincang dengan Mama kerana ada perkara yang isteri juga cakna tentang hal itu.
Papa juga boleh mendapatkan lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, dengan menyertai Motherhood New Mom Privilege.
Mama dan Papa berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Dapatkan tips dan panduan penjagaan selepas bersalin di SINI.