Nak travel mesti la nak bawak benda yang simple dan memudahkan perjalanan Mama Papa sepanjang travel.
Jadi, Mama Siti list beberapa peralatan yang Mama Papa boleh take note untuk travel nanti. Lagi-lagi kalau Mama Papa yang first time nak travel jauh.
Peralatan Travel yang Memudahkan Mama Papa
1. Washbag
Seringkali dilupakan, washbag ni salah satu aksesori perjalanan yang akan memudahkan perjalanan Mama sekeluarga, terutama sekali time perjalanan jauh. Dalam beg ni Mama boleh letak toiletries dan skincare atau barang makeup Mama.
Dengan wash bag ni, memudahkan Mama Papa untuk menggunanya kalau singgah di tempat awam. Mama jangan risau washbag ni saiznya tak besar pun dan waterproff, kalau terkena kain pun tak perlu risau.
2. Kerusi Camping
Nak pergi travel mesti la kena ada kerusi camping ni. Kerusi ni sangat lah berguna lagi-lagi camping dekat kawasan air terjun atau tempat berbukit. Mama pun tak perlu nak bawak alas duduk lagi, bawak je kerusi camping ni.
Ada banyak jenis kerusi camping yang Papa boleh beli sama ada yang mahal atau yang murah. Nak bawak pun senang je kerusi camping ni sebab boleh lipat dan tak guna banyak ruang dalam bonet kereta Papa.
Bukan kerusi camping untuk Mama Papa je, untuk anak-anak pun ada tau. Mesti comel nanti semua duduk kerusi healing. Oh ye, kerusi camping untuk saiz baby pun ada tau Papa.
Sesuai la kalau family nak travel dekat pantai, boleh guna kerusi camping ni untuk letak baby sambil main air pantai.
Kerusi camping atau kerusi healing ni ada barulah cukup lengkap travel Papa sekeluarga nanti.
3. Pisau Pelbagai Fungsi
Untuk perjalanan darat, ini merupakan salah satu peralatan travel yang penting. Mama Siti suggest untuk Papa bawak pisau pelbagai fungsi ni.
Bukan setakat ada pisau je, malah ada gergaji kecik dan lain-lain. Senang la nanti kalau Papa nak guna, tak perlu nak bawak banyak jenis alatan.
Ada banyak jenis pisau pelbagai fungsi ni. Papa boleh pilih mengikut keperluan dan kegunaan Papa nanti.
Ini sebagai alat tambahan untuk Mama. Nak travel ni kena ada sudu dengan garfu jugak. Kalau tak susah nak masak dengan makan.
Nak bawak banyak-banyak nanti makan ruang yang banyak dan risau tak terguna pulak nanti. Jadi, untuk Mama tak pening kepala nak kira berapa nak kena bawak. Mama mintak je Papa belikan sudu dan garfu macam ni nak bawak pergi travel nanti senang.
Ada pelbagai jenis yang Mama boleh pilih. Nak cuci pun senang, lepas ni tak time mengemas balik pun tak risau kalau tertinggal.
4. Backpack
Selain dari luggage Mama Papa pun kena ada backpack, senang nak bawak pikul je dekat belakang. Lagi-lagi kalau Mama Papa nak travel kawasan yang tak sesuai untuk bawak luggage.
Backpack ni ada banyak saiz untuk Mama Papa pilih. Kalau untuk travel dua atau tiga hari boleh muatkan baju family Mama dalam satu beg je. Tak perlu nak bawak dua tiga beg, leceh nanti nak ulang alik ambik beg.
Kalau Mama ada anak kecik boleh la beli backpack yang asing untuk kelengkapan baby. Nak guna nanti senang Mama boleh terus ambik je backpack baby, senang kan Mama.
5. Toiletries Set Travel
Dekat atas tadi Mama Siti share pasal washbag kan, ini pula untuk toiletries.
Kalau pegi travel tak kan lah nak bawak toiletries dengan botol-botol besar kan. Ubat gigi ada dalam saiz kecik tapi kalau shampoo dengan body wash, semuanya botol besar-besar.
Untuk memudahkan Mama mengemas, wajib beli travel set ni. Mama boleh terus transfer ke dalam botol yang kecik comel ni. Memang sesuai la untuk kegunaan keluarga Mama nanti. Saiz yang kecik ni dapat jimatkan ruang dalam beg tau Mama.
Bila ada travel saiz macam ni senang la Mama nak simpan dalam wash bag.
6. Laundry Bag
Nampak je tak penting, tetapi ini merupakan salah satu aksesori atau peralatan travel yang perlu dibawa.
Baju kotor tak kan nak campur sekali dengan baju belum pakai kan. Kadang-kadang bila nak simpan baju kotor ni boleh tertukar pula bag nak baju belum pakai.
Untuk memudahkan Mama, perlu ada laundry bag ni. Selalu bakul laundry dekat rumah je, kali ni laundry bag atau laundry zipper bag. Lepas ni tak ni tak perlu risau lagi dengan baju kotor. Laundry bag ni ada banyak saiz jugak tau Mama, dari saiz kecik sampai saiz besar.
Balik je dari travel dah boleh masukkan laundry bag ni dalam washing machine, tak perlu Mama nak buang masa Mama untuk asingkan baju kotor lagi.
Mama Papa jangan lupa take note tau yang Mama Siti list ni. Mama Siti harap dapat membantu Mama Papa untuk travel nanti. Selamat bercuti Mama Papa!
Macam mana nak travel dengan haiwan kesayangan? Klik di SINI.