KelabMama

Menangi Hadiah dan Wang Tunai Bernilai Sehingga RM100,000 Menerusi Peraduan Susu UHT MARIGOLD dan Sun Life Malaysia di Seluruh Negara

MARIGOLD, antara peneraju jenama susu terkemuka Malaysia, untuk julung kalinya bekerjasama dengan Sun Life Malaysia, syarikat insurans hayat dan takaful keluarga, bagi melancarkan Peraduan “Sahut Cabaran, Realisasi Impian” di seluruh negara.

Sejajar dengan komitmen kedua-dua jenama terkemuka itu membina asas kukuh untuk kanak-kanak di negara ini, peraduan ini menyasarkan usaha melahirkan generasi pemimpin masa depan negara yang memiliki impian dan aspirasi.

Peraduan yang berlangsung bermula 1 September sehingga 31 Oktober itu diilhamkan menerusi kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Susu UHT MARIGOLD, “Membesar dengan Setiap Cabaran”, dengan sasaran untuk melahirkan kanak-kanak yang lebih berdaya tahan.

Peralihan daripada fasa kanak-kanak kepada remaja sering kali dikaitkan sebagai proses yang sukar untuk kanak-kanak.

Kebiasaannya kanak-kanak akan berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran di sekolah, bersukan, hubungan rakan-rakan serta kehidupan harian di rumah, menyebabkan mereka lebih mudah lemah semangat dan berasa kecewa sekiranya yang dirancang tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

“Kesusahan mampu membina sahsiah diri dan menguatkan daya tahan. Peranan sebagai pemilik jenama ini, kami perlu pastikan nutrisi yang baik disediakan menerusi Susu UHT MARIGOLD terlaksana sebaik mungkin bagi menyediakan sokongan fizikal dan mental untuk pembangunan kanak-kanak menggarap potensi mereka sepenuhnya,”

kata Poh Eng Lip, Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn. Bhd., pengeluar produk MARIGOLD.

Kanak-kanak yang memiliki daya tahan tinggi dilihat akan membesar sebagai seorang dewasa yang berjaya. Ini kerana mereka tidak melihat rintangan sebagai faktor yang melemahkan, sebaliknya mereka memahami rintangan itu adalah cabaran yang perlu diatasi setiap masa.

Kemampuan untuk ‘bangkit kembali’ inilah yang menjadikan mereka lebih kuat. Ia mewujudkan minda positif dan optimistik supaya tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi.

Sun Life Malaysia, sebagai jenama yang menerajui masa depan cemerlang dan kehidupan mampan, juga komited membantu rakyat Malaysia memiliki sekuriti dalam kewangan sepanjang hayat mereka dan menikmati kehidupan lebih berkualiti – dari segi kewangan, mental dan fizikal.

Dalam maklum balas berkongsi keterujaan memperkasakan golongan muda menerusi kerjasama MARIGOLD itu, Raymond Lew, CEO dan Presiden/Pengurus Negara, Sun Life Malaysia, berkata “Kami yakin langkah ibu bapa membuat rancangan awal untuk masa depan anak-anak akan membartu mereka memperoleh kejayaan dalam hidup, terutama apabila membabitkan keperluan pendidikan. Kerjasama dengan MARIGOLD mengukuhkan komitmen kami dalam membina komuniti yang mampan terutamanya dalam membantu generasi muda mencapai aspirasi mereka.”

Yap Jay Queen, Ketua Pemasaran Cotra Enterprises, bahagian pemasaran Malaysia Milk, turut berkongsi pandangan, “Kami percaya peraduan ini akan mendapat sambutan dikalangan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak kecil. Mereka mahu anak-anak mereka diberi hak berpeluang dan pada masa yang sama memiliki jati diri yang lebih tenang kerana membina daya tahan itu adalah kunci utama dalam membina sahsiah kanak-kanak.”

Susu UHT MARIGOLD, sebagai produk susu harian menyasarkan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas yang tepat bagi mereka mencapai impian, bermula dengan nutrisi yang sesuai. Susu UHT MARIGOLD mengandungi protein dan formula unik BonePlus termasuk vitamin D dan kalsium bagi membina tulang yang kuat dan sihat.

Cara Penyertaan

Mama boleh menyertai peraduan ini dengan melengkapkan dua (2) langkah mudah dibawah:

Hadiah-hadiah yang menanti para peserta!

Menerusi peraduan ini, pengguna berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan apabila menghantar lebih banyak penyertaan menerusi pembelian. Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah tunai dan tablet yang bernilai keseluruhan sehingga RM100,000.

“Asas yang kukuh adalah teras kepada kejayaan kanak-kanak. Nutrisi kini antara faktor penentu pertumbuhan kanak-kanak selain peluang melanjutkan pelajaran menerusi kewangan yang kukuh,” kata Poh. Mengulas kerjasama strategik dengan Sun Life Malaysia. “Bersama-sama, kami berharap dapat memperkasakan lebih ramai golongan muda Malaysia untuk lebih kuat, berdaya tahan dan memiliki masa depan cemerlang.”

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, Mama boleh layari laman rasmi Peraduan Sahut Cabaran Marigold.