KelabMama

Penyusuan: Menghapuskan Taboos dan Stigma Masyarakat

Penyusuan Menghapuskan Stigma dan Taboos

Penyusuan susu Mama adalah proses semula jadi yang memberikan banyak manfaat kesihatan kepada bayi dan Mama. Namun, stigma sosial yang menganggap menyusu badan di tempat awam sebagai sesuatu yang dianggap sebagai taboos boleh menjadi halangan bagi Mama-mama untuk menyusukan anak mereka secara bebas.

@kelab_mama

Zaman dah moden tapi masih ada masyarakat yang skeptikal dan berfikiran kolot tentang penyusuan susu ibu ni

@hanaalmauzah_ @nadmasrom kelabmama JomJannahPodcast Ogos BulanPenyusuanSusuIbuKebangsaan NationalBreastfeedingMonth #penyusuansusuibu#breastfeeding ♬ original sound – kelab_mama – kelab_mama
Kredit Video: TikTok KelabMama

Pada pandangan Mama Siti sendiri Mama Siti setuju dengan Puan Nad Masrom di mana, dalam konteks ini masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang penyusuan, mentaliti Papa dan masyarakat.

Fenomena ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kurangnya kesedaran tentang pentingnya penyusuan susu Mama, norma-norma budaya yang ketat, dan stigma terhadap tubuh wanita.

Namun begitu, banyak pihak kini berusaha untuk mengubah persepsi ini dengan mempromosikan penyusuan susu Mama sebagai sesuatu yang normal dan patut diterima di mana-mana tempat.

Selain itu, Papa sebagai orang paling terdekat perlu mengetahui secara mendalam tentang pentingnya penyusuan susu Mama, dengan menjadi penyokong utama si isteri; memberikan sokongan emosi dan praktikal yang diperlukan.

Papa yang berilmu dalam hal ini akan lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh Mama, termasuk tekanan sosial yang mungkin dialami ketika menyusukan bayi di tempat awam.

Kadang-kadang bila nursing room penuh, mesti terpaksa susukan bayi di luar. Bila guna nursing cover, ada juga sesetengah orang yang bagi side eyes dekat Mama kerana menyusu di tempat yang terbuka.

Tapi dengan sokongan Papa, Mama akan merasa lebih yakin untuk menyusukan anak di mana-mana sahaja tanpa rasa malu atau segan.

Ini bukan sahaja membantu dalam mempromosikan amalan penyusuan yang sihat tetapi juga menyumbang kepada perubahan positif dalam persepsi masyarakat.

Penting bagi Papa untuk mengetahui ilmu penyusuan dan kesedaran tentang menyusu, agar mereka dapat menjadi penyokong utama dalam memastikan amalan penyusuan susu Mama sebagai sesuatu perkara yang normal dan diterima oleh masyarakat sekeliling.

Sokongan Papa bukan sahaja memperkukuh hubungan suami isteri tetapi juga menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan keluarga secara keseluruhan.

Oh ye, bagi Mama yang belum ada nursing cover, boleh dapatkan di Motherhood.com.my, terdapat pelbagai pilihan menarik untuk Mama pilih!

Untuk ketahui lebih banyak info tentang topik ini, Mama Papa boleh tonton di TikTok KelabMama. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi kesedaran kepada semua mengenai penyusuan badan.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Apa barang yang wajib ada dalam beg menyusu Mama? Klik di SINI.