KelabMama

Penyusuan Anak Melebihi Usia 2 tahun Adalah TIDAK Digalakkan. Ini Sebabnya

Dah berusia lebih dua tahun namun anak masih mencari susu badan? Adakah situasi ini suatu yang membimbangkan atau tiada masalah jika ia diteruskan? Pastinya ini antara persoalan yang bermain di minda Mama apabila anak sukar putus susu meskipun dah capai usia maksimum.

Mungkin sebahagian besar dikalangan Mama juga tertanya-tanya mengapa pakar kesihatan juga menyarankn baby untuk feeding tak kira sama ada formula atau breastfeed sehingga usia dua tahun jerr? Okay, apa kata scroll entry Mama Siti ini untuk merungkai persoalan yang membelenggu para ibu di dunia.

Masa Tepat Untuk Anak Putus Susu

Sebelum pergi ke lebih lanjut, Mama Siti nak share terlebih dahulu mengenai laporan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung tempoh masa yang tepat untuk para ibu menghentikan penyusuan seseorang bayi tersebut iaitu pada usia dua tahun.

Setelah itu, bayi yang mula melangkah ke usia 25 bulan dan ke atas sudah boleh diberikan khasiat minuman itu melalui susu lembu.

Bagaimanapun, tiada masalah sekiranya Mama mahu meneruskan pemberian formula milk atau breastfeed setelah mereka menjangkau usia dua tahun. Ia tidak menjejaskan kesihatan kanak-kanak berkenaan mahupun dikategorikan sebagai haram daripada sudut Islam.

Menurut laman web daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, harus hukumnya bagi ibu bapa untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dengan syarat: 

Mengapa Disarankan Menyusu Sehingga 2 Tahun?

Untuk yang tertanya-tanya apakah faktor penyusuan disarankan sehingga dua tahun sahaja? Ini antara sebabnya:

1. Sistem penghadaman kanak-kanak sudah matang

Menurut laporan Hello Doktor serta pakar kesihatan dunia, bayi yang telah menjangkau usia lebih dua tahun mengalami sistem tubuh yang lebih matang dan kuat. Ini sekaligus menjadikan sistem penghadaman mereka juga sesuai untuk menerima khasiat makanan serta minuman daripada sumber sebenar.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak itu diberikan minuman susu seperti yang disyorkan dietitian dalam piramid makanan iaitu khasiat daripada susu lembu. Tiada lagi keperluan khusus seperti breastfeed atau susu formula bagi kanak-kanak yang sudah mencapai usia dua tahun dan ke atas.

2. Umur Sesuai Untuk Mereka Faham Keperluan Wean Off

Usia dua tahun dikatakan kaedah terbaik dalam memberi penerangan kepada seorang kanak-kanak itu. Meskipun masih kecil, namun Mama dan Papa boleh mula explain kepada anak untuk mereka slowly menghentikan rutin penyusuan sama ada dalam botol atau direct feeding.

Mama dan Papa akan perasan menginjak usia dua tahun, kanak-kanak ini mulai faham beberapa perkara dan menguruskan mereka tidak lagi sesukar seperti sebelum ini lantaran usia berkenaan adalah perkembangan minda mereka dalam menyerap segala pembelajaran dan perilaku orang dewasa.

Maka, inilah peluang yang tepat untuk Mama dan Papa teruskan explain kepada si anak dalam melalui fasa wean off.

3. Masa Untuk Mama Recharge Emosi & Fizikal

Selama dua tahun Mama kurang rehat, kurang tidur, lenguh sendi sana-sini. Maka, inilah masanya untuk Mama recharge energy dan topup kembali tidur lena Mama yang dah lama menghilang. At least, kalau Mama plan nak tambah anak lagi, Mama dah ready daripada segi emosi dan fizikal.

Meskipun Mama anggap remeh, namun tanpa rehat dan tidur yang cukup, Mama Siti yakin mesti emosi Mama sering bercelaru.

Mama mudah moody, mudah nak rasa marah pada si anak. Justeru, pentingnya fasa wean off ini adalah sebagai peluang untuk berikan Mama rehat yang cukup setelah dua tahun tidak berpeluang menikmatinya.

4. Saranan Dalam Islam

Bagi yang beragama Islam, tentunya kita percaya hikmah dan ketetapan daripada Allah SWT itu adalah yang terbaik dan tepat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah,ayat 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

Ayat ini jelas menyentuh bab penyusuan yang digariskan dalam Islam iaitu sehingga anak berusia dua tahun. Bagaimanapun, ulama telah bersepakat bahawa tidak haram hukumnya jika penyusuan melebihi daripada usia ini. Cuma, ia adalah saat terbaik dan tepat untuk Mama buat persediaan wean off.

Sedangkan daripada sudut kesihatan moden termasuklah WHO sendiri pun menyarankan penyusuan bayi itu perlu diberi bermula pada awal kelahiran sehingga mencapai usia 24 bulan jerr. Ia turut dibuktikan melalui firman Allah SWT ini.

5. Tiada lagi keperluan nutrisi diperoleh

Sebahagian para ulamak berpendapat khasiat susu badan hanya sesuai untuk perkembangan bayi baru lahir hinggalah dua tahun. Setelah menjangkau usia berkenaan, susu itu tidak lagi memberikan nutrisis sesuai untuk kanak-kanak tersebut.

Dalam sudut kesihatan moden, usia dua tahun adalah tepat untuk memberikan nutrisi pelbagai dengan makanan sebenar. Ia juga umur sesuai untuk memperkenalkan mereka dengan makanan seimbang dan berkhasiat yang ada di dunia ini.

Cabaran Putus Susu

Meskipun bukan tugas yang mudah, namun Mama dah boleh sentiasa ingatkan anak bahawa tiada lagi feeding bottle atau direct selepas ini.

Kerap ulangi pesanan Mama agar anak mula faham dan tahu bahawa sesi itu ada noktahnya. Walaupun sukar, namun sebaiknya terangkan pada mereka slowly sebaik menginjak usia dua tahun.

Lagi lama Mama tangguh, lagi lambat wean off journey itu bermula. Namun ingat, jangan berhenti secara mendadak yerr Mama.

Mulakan dengan menjarakkan masa dan kurangkan kuantiti pemberian sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, cabaran wean off yang paling besar semestinya ibu yang direct breastfeeding kerana itu sahaja tempat selesa si anak sejak daripada lahir. Justeru, kekuatan mental dan emosi sangat menguji Mama dan Papa ketika itu.

Jika anak belum bersedia, bolehlah teruskan lagi proses feeding anda. Cuma dalam masa sama, Mama jangan berhenti berusaha untuk melakukan persiapan wean off itu termasuklah mendidik anak agar mereka faham mengenai kepentingan putus susu.


Dapatkan lebih ilmu dan panduan penyusuan susu ibu di SINI.